Cari Peluang Untuk Belajar

Selepas beberapa hari berperang, akhirnya dapat juga aku hapuskan robots.txt yang menjadi mengacau, mengganggu dan menyekat enjin carian menjelajah blog.

Terima kasih kepada rakan blogger yang sudi meninggalkan komen, memberi cadangan dan bagi idea kepada aku dekat mana nak cari robots.txt itu. Terima kasih banyak.

log in cpanel

Mungkin ada yang hairan kenapa pula aku berperang dengan robots.txt yang menghalang enjin carian, sedangkan blog Tehramuan ini telah lama lahir. Pakcik Google pun dah tahu baik buruk dan segala kurap panau yang ada dalam blog ini.

Kisahnya macam ni. Aku buat satu lagi blog dengan domain dan hosting baru bersama NetKL. :D

Wah, rajin Mr Tehr buat blog! Sempat urus ke?

Bukan sebab rajin atau sebab aku ada banyak masa. Aku sememangnya malas dan sentiasa banyak hal. Bukan banyak kerja. Tujuan keluarkan duit RM60 untuk setahun tu adalah semata-mata mahu belajar.

Agak payah belajar dengan cara macam ni. Serius.

Aku mahu belajar beli domain dan sewa hosting. Mahu belajar cPanel. Mahu belajar install wordpress dan segala yang seangkatan dengan blog wordpress baru. Itu je.

Blog dah lama tapi baru belajar?

dashboard wordpress

Siapa yang ikuti blog Tehramuan ini sejak mula pasti sedia tahu blog ini dihadiahkan oleh seorang rakan yang pemurah. Semua urusan beli domain, sewa hosting, install dan semua sekali. Aku hanya terima dan tulis entri sahaja. Masa tu aku hanya tahu buat blog dengan blogspot percuma!

Sekarang tergerak hati untuk belajar. Tak salah, kan? Adik-adik, remaja kacak, gadis comel yang masih di bangku sekolah [kalau ada yang baca] harap korang tak lepaskan peluang yang ada untuk belajar. Jangan jadi macam aku ni, dah tua kerepot baru nak belajar.

Duit boleh dicari
Masa remaja yang pergi
Tidak akan kembali

Tanpa ilmu selamanya rugi
Itu memang pasti

TehrDemikian kisah 'Cari Peluang Untuk Belajar' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


28 Comments

  1. Mmg bagus tu bro.. kalau kita buat sendiri dan lalui sendiri.. baru dapat merasai kepuasannya…..
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Sempena Ulang Tahun Ke Tiga: Full Time Bisnes Online. Saya Nak Bagi Free Pakej Kincin.ComMy Profile

    1. TehR says:

      ya. walau pun agak sukar dan ambil masa
      tapi memang seronok bila dapat buat sendiri

  2. auc says:

    tak salah bro, kita tua ni tunjukkan semangat nak belajar pada yg muda2 ni…

    teruskan bro.. AUC sokong penuh :)
    auc baru je tulis kisah Kelantan vs Pahang Liga Super 2013My Profile

    1. TehR says:

      belajar cara orang tua ni
      tak sama dengan orang muda

      otak dah penuh dengan karat :D

  3. titan says:

    takpe. benda mudah aje tu. cikgu-cikgu mudah paham punya..
    titan baru je tulis kisah Blogger blogspot susah nak buat duit..kan?My Profile

    1. TehR says:

      ambil masa juga aku nak faham dan berjaya buat
      maklum la, cara belajar orang tua :D

  4. SHIMI says:

    Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Lepas ni bole le buat segmen tutorial blog pulak
    SHIMI baru je tulis kisah Life, you meant to be…My Profile

  5. Cik Siti says:

    Tahniah! dapat belajar sesuatu yang baru. Kalau nak belajar memang tidak boleh malu nak bertanya.
    Cik Siti baru je tulis kisah Hari Masak sedunia…My Profile

  6. dja@sishaza says:

    Tahniah cg… lps ni boleh lah rasa sendiri bagaimana seronok dan adakalanya pening nak install itu ini, upload ke ftp dan sebagainya …pengalaman buat semua sendiri memang sgt berharga :)
    dja@sishaza baru je tulis kisah TAK ELOK TIDUR LEWATMy Profile

  7. dja@sishaza says:

    P/s : jgn lupa perkenalkan blog baru..niche apa laa agaknya pula
    dja@sishaza baru je tulis kisah TAK ELOK TIDUR LEWATMy Profile

  8. Mohd Shubhi says:

    Nanti boleh ajar saya pulak, Insyallah
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah Usahawan dan pekerjaMy Profile

  9. Anuar says:

    Ya Betul… Kita perlu sentiasa belajar… Saya pun sedang belajar dalam banyak perkara… Pembelajaran sepanjang hayat, tanpa batasan…
    Anuar baru je tulis kisah Contest SEO : MyKad Smart ShopperMy Profile

  10. adarain says:

    saya first time guna wordpress, banyak yang nak kena belajar.
    adarain baru je tulis kisah Islam Adalah Cara HidupMy Profile

  11. onlajer says:

    haha aku pun nak belajar juga lah
    onlajer baru je tulis kisah Kempen Boikot Kurma Iran Diangap BerjayaMy Profile

  12. akubiomed says:

    Boleh belajar asas Cpanel ini tidak sudah kerana pihak hosting ada menyediakan video dan tutorial.
    akubiomed baru je tulis kisah Fenomena Supermoon di sebalik jerubu.My Profile

  13. hafiz says:

    samalah bro rasanya sekarang ni saya pun nak belajar juga..
    hafiz baru je tulis kisah Keputusan penuh Johor Darul Takzim vs Felda UnitedMy Profile

  14. nazray.com says:

    saya belajar sikit2, dulu pun pakai blogspot jer, tapi rasa macam nak advance, so ulang kaji sikit pasal cpanel dan install wordpress pada hosting secara manual. Alhamdulillah, berhasil.
    nazray.com baru je tulis kisah iOS 7 beta 2 dilepaskan untuk iPhone, iPad dan iPod.My Profile

  15. maza says:

    Wah baguslah cikgu, dah tua2 kerepot pun masih mau belajar.. org muda perlu malu ni.. hehehe

    psst: maza belum termotivasi mahu menggunakan hosting berbayar.. masih berkayuh dgn Blogspot yg percuma2 gitew.. ahaks.. free talk kakao talk maa..
    ;)
    maza baru je tulis kisah Jerebu dan Letupan EnergonMy Profile

  16. PerenLee says:

    Tak rugi melabur untuk ilmu…
    PerenLee baru je tulis kisah Kenapa Telinga GatalMy Profile

  17. Ismail N says:

    Semangat yang bagus tu bro. Semoga jadi expert WP nanti. :D
    Ismail N baru je tulis kisah Milo’s Breakfast Movement CampaignMy Profile

  18. Rina says:

    Tidak sulit untuk membuat blog wordpress sendiri dengan hosting dan domain berbayar ya :)
    Rina baru je tulis kisah Project : Make A Google Pagerank Prediction ToolMy Profile

  19. Hafizul says:

    yeahhh satu permulaan yang cukup hebat dan berani..semoga terus suksess yer bro..amin..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #57 – Perfume Cahaya CintaMy Profile

  20. hafizmd says:

    terbaiklah cikgu!

    mmg tak salah, malah amat bagus…jadi perangsang utk kita berubah lebih baik

    pssst…byk tu post blog ni..fuh!
    hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday #39 Pantai Pandak ChenderingMy Profile

  21. eiela says:

    belajar slow-slow pun lama-lama dapat juga,
    eiela baru je tulis kisah Syura Juara Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke-2My Profile

  22. Lynn says:

    Lebih baik ingin belajar dari tak punya semangat untuk membetulkan diri langsung. Syabas atas semangat Tehramuan.
    Lynn baru je tulis kisah JEREBU DAN PATI DELIMA GULSANMy Profile

  23. kakiblog says:

    kalau ada masa lebih tu..boleh juga belajar benda nie..

  24. takai says:

    Bagus ler kalo tehramuan nak belajar…mane tahu esk dpt master dlm blog..huhuhu
    takai baru je tulis kisah Budaya Pelik Di JepunMy Profile

  25. Joe says:

    Memang tak salah kalau nak belajar ape ape. Tapi memang baik la kalau belajar.
    Tak ade satu pun peraturan kat muka bumi ni yang menghalang seseorang belajar
    Joe baru je tulis kisah Kupon Domain Murah Julai 2013My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun