Cara Untuk Atasi Rasa Takut Gagal

Cara Untuk Atasi Rasa Takut Gagal adalah cerita dari blog Mr Tehr untuk kali ini. Sambungan dari entri Pantun Takut yang dilepaskan sebelum ini.

Takut gagal!

Biasanya dan selalunya ‘takut gagal’ kita itu kesudahannya TIDAK berlaku. Mungkin juga tidak akan berlaku sama sekali.

Sebenarnya kita tidak perlu pun untuk merasa takut. Apa yang kita perlukan ialah mencari ilmu, tips dan petua berkaitan dengan apa yang kita takuti. Apa yang akan kita hadapi.

 Lari?

Jangan berangan nak lari dari rasa takut gagal.

Lari bermakna kita mahu gagal.

Pastinya kita tidak akan berjaya lari dari perasaan takut. Makin jauh kita lari, makin laju pula takut menghambat kita. Semakin dekat dengan diri kita.

Pantun 2 kerat orang bijak pandai;

Orang berani langkah kaki,
Orang takut angkat kaki.

Orang berani mati sekali,
Orang takut mati berkali-kali.

Ingat!

Aku Bukan Penakut!

Ya. Kita bukan orang penakut yang sentiasa akan lari dari perasaan takut. Kita orang berani untuk sentiasa melawan dan berdepan dengan rasa takut yang menjelma dalam diri.

Kita berani untuk melangkah ke depan dan berjaya dalam perjuangan. Berjaya mencapai azam dan cita-cita.

Cara Untuk Atasi Rasa Takut Gagal

Cara Untuk Atasi Rasa Takut Gagal

  • Minta nasihat daripada orang yang berjaya
  • Minta nasihat daripada orang yang gagal
  • Berkawan Dengan Orang berjaya
  • Berkawan Dengan Orang Gagal

Orang berjaya dan orang yang gagal mempunyai banyak pengalaman berguna. Banyak pengalaman yang bermakna. Kita jangan hanya memilih kawan dari kalangan mereka yang berjaya sahaja.

Sebenarnya kita akan mendapat lebih banyak ilmu untuk mengatasi kegagalan daripada orang-orang yang gagal.

Bertindak dan membuat sesuatu perkara TANPA izin, redha dan rela ibu bapa juga akan lebih banyak membawa konflik atau masalah.

Redha Allah datang dari redha ibu bapa.
Dengan doa ibu bapa kita akan dapat keberkatan.
Allah akan bagi hidayah, petunjuk dan masalah kita akan selesai.
Kita merancang, Allah merancang dan perancangan Allah adalah yang lebih baik.

Panik antara punca kegagalan. Bila kita panik, Otak kita kurang mendapat oksigen. Kata pakar, kita mesti ambil nafas panjang supaya darah kita kaya dengan oksigen. Darah perlu makanan iaitu oksigen dan gula.

Sebenarnya ‘gula dah banyak’ dalam badan, hanya oksigen sahaja yang kurang.

Takut gagal temuduga?

Memang ada yang takut bila nak temuduga. Rasa berdebar, gemuruh malah ada yang sampai sakit perut. Macam dalam cerita Seniman Bujang Lapok. :D

Nasihat aku, kita mesti sentiasa mengambil langkah untuk menenangkan fikiran. Sentiasa mencari cara untuk atasi rasa takut gagal. Sentiasa berusaha untuk menghilangkan rasa takut, rasa was-was dan rasa curiga.

Sama-sama kita berlatih secara mental untuk mengatasi dan melawan rasa takut gagal.

TehrDemikian kisah 'Cara Untuk Atasi Rasa Takut Gagal' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


20 Comments

  1. Bahrain says:

    Aku sendiri pun ada sedikit masalah ketakutan ni. nervous pun ada padahal benda nak buat or hadapi benda simple bagi orang lain.
    Bahrain baru je tulis kisah Macam Mana Nak Bayar Balik PTPTN Melalui Maybank2U?My Profile

  2. Saya pernah dengar ungkapan begini. 80% perkara yang kita takuti itu tidak akan berlaku. Kita je yang terlebih-lebih beremosi.
    SITI NUR FARHANA ABD AZIZ baru je tulis kisah TELEKUNG REEHANS PILIHAN TERKINI MUSLIMAHMy Profile

  3. akubiomed says:

    Jangan takut untuk berjaya. :)
    akubiomed baru je tulis kisah Dell Professional P2211H Monitor LED sebagai monitor keduaMy Profile

  4. Laman Viral says:

    Siapa takut pada kegagalan, sememangnya dia takkan berjaya..
    Laman Viral baru je tulis kisah Laman Viral Bakal Gegar Dunia Internet Di MalaysiaMy Profile

  5. hafiz says:

    Kalau takut sangat nanti boleh jadi stress, kena usaha dan bertawakal..
    hafiz baru je tulis kisah Panduan lulus peperiksaan MUETMy Profile

  6. Hafizul says:

    Huhu…kena lawan habis-habisan rasa takut ni..barulah senang nak gapai kejayaan…
    Hafizul baru je tulis kisah Pendapatan Ke 40 Dari JobdirumahMy Profile

  7. titan says:

    biasalah tu takut.

    masalah biasa orang bumi.
    titan baru je tulis kisah Jobdirumah Payment – Kali ke 338-357My Profile

  8. Gagal sesekali perkara biasa. Kalau takut gagal, berubah lah !
    Dja @ Sishaza baru je tulis kisah Resepi Inti Karipap Paling SedapMy Profile

  9. mohdhiruan says:

    biasalah gagal tu..klu x rasa gagal mcm mana nak rasa cara nak berjaya.
    mohdhiruan baru je tulis kisah sekatan menjual rumah di bawah 5 tahunMy Profile

  10. kena cari juga kekuatan dalam diri untuk berjaya
    Raihanah Ahmad baru je tulis kisah Fenomena ESP Jadi Pilihan Ramai WanitaMy Profile

  11. amirulfaiz says:

    Takut itu perlu agar diri tak over confident,
    Seimbangkan dengan rasa harap. InsyaAllah..
    Buat yang terbaik.
    amirulfaiz baru je tulis kisah Underwater World LangkawiMy Profile

  12. Doa ibubapa memang membawa keberkatan dalam hidup kita…
    Noriza Rahman baru je tulis kisah Apakah Punca Kaki Kejang Semasa Mengandung?My Profile

  13. Rasa takut itu terbahagi kepada 2, takut yang beralasan dan takut yang tidak beralasan. Rasa takut yang beralasan adalah kerana pengalaman yang pernah dilalui, rasa takut yang tidak beralasan pula ialah ketakutan yang tidak diketahui ancamannya.
    Inspirasi Huda baru je tulis kisah Promosi Shaklee September 2015My Profile

  14. Hero Borneo says:

    gagal perkara biasa..mengapa perlu ditakuti
    Hero Borneo baru je tulis kisah Blogwalking Mesra Best Blogger NetworkMy Profile

  15. aimannajmy says:

    Lama tak singgah sini.. hehe baru ada mood nak blogwalking.. fear dgn phobia lebih kurang relate.. contoh takut ulaq.. boleh juga phobia dngn ulaq.. takut nak berjaya.. phobia dengan tak penah berjaya walau dah cuba byk kali..
    aimannajmy baru je tulis kisah Laman web ibarat hartanah online andaMy Profile

  16. Alongxp says:

    gagal tu pasti, berjaya tu rezeki… kan?
    Alongxp baru je tulis kisah Punca kenapa blog kena hackMy Profile

  17. zik says:

    gagal tuh biasalah.. dah banyak kali.. tak semestinya kita akan terus gagal…huhu
    zik baru je tulis kisah Buat duit dengan youtube, susah ke senang?My Profile

  18. Mawar Melati says:

    Dare to fail, dare to dream big…dare to grow

  19. Sobri Mansor says:

    kalau takut bawak motor sorang-sorang malam-malam, baca ayat kursi. ulang banyak kali. Insyaallah sampai la depan pintu rumah. hehe
    Sobri Mansor baru je tulis kisah Email Marketing Tools 2017 Percuma yang anda patut cuba dan gunaMy Profile

  20. ira says:

    nak gagal senang nak berjaya pun senang. atas pemikiran individu itu sendiri sebab dia yang mencorakkan kehidupan yang bakal ditempuhi.
    ira baru je tulis kisah omegaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun