Cadangan

Selamat pagi semua. Malam tadi sewaktu jalan-jalan ke blog kawan-kawan, terbaca pula berita mengenai seorang bapa yang mabuk telah menikam anaknya sendiri kerana menegurnya berbogel. Kejadian malang yang kesekian kalinya berlaku akibat dari pengaruh alkohol di negara kita. Selepas membaca cerita dari blog dnoBiz itu, saya telah meletakkan komen seperti di bawah.

mabuk komen

shin chan mabuk“aku lebih suka kalau kesalahan semua pemabuk ini diletakkan kepada orang yang memohon dan meluluskan lesen arak
mereka perlu bertanggung jawab sebab ketika memohon / meluluskan lesen mereka tidak mabuk
peminum yang mabuk pula memang tak tahu apa kesalahan yang dilakukan ketika mabuk
boleh ke macam tu, bro?”

Saya memberi cadangan begitu bukan berlandaskan hukum agama kerana saya sendiri bukanlah orang yang layak berbuat demikian. Cadangan itu hanya hadir dari akal dan sikap saya yang tidak sukakan orang mabuk walau pun saya sendiri pernah mabuk laut suatu ketika dahulu. :D

mengapa masih mahu teguk
kalau rasanya seperti jeruk
mengapa masih mahu mabuk
kalau memang lakunya teruk

kalaulah akal masih sempurna
mengapa pula mahu kau dera
kalau masalah datang menerpa
mengapa tidak selesaikan sahaja

Arak dan mabuk bukanlah jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Takkan mahu mabuk 24 jam sehari atau selamanya kerana tidak mahu fikirkan masalah. Atau mahu mabuk hanya untuk berseronok? Seronokkah hilang akal?

TehrDemikian kisah 'Cadangan' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


50 Comments

  1. wazy says:

    Hmm
    ada gak baca berita tu
    dah tahu benda tu memabukkan ,lagi la dia nak minum
    ish3
    wazy baru je tulis kisah 5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011My Profile

    1. Mus says:

      kalau dah ketagih tu.. susah nak buang tabiat tu..
      Mus baru je tulis kisah Kembali Kepada Yang AsalMy Profile

      1. tehr says:

        tu la pasal
        orang tua dah pesan
        jangan cuba!

    2. tehr says:

      memang saja cari penyakit tu, bro

      1. benjy says:

        bila tak ada penyakit,
        dia saja nak cari penyakit,
        bila dah dapat penyakit,
        marah pula kat penyakit.

        P.S. tak der kerja lain ke ? selain dari cari penyakit ? cubalah cari ketam ke ? siput sedut ke ? ok juga …
        benjy baru je tulis kisah ORANG MEMBERI KITA MERASA JOM KONGSI-KONGSI LAH BERSAMAMy Profile

  2. Mus says:

    banyak sangat minum boleh memboroikan perut.. tak baik untuk kesihatan..
    Mus baru je tulis kisah Orang Kuat Sabah 2011My Profile

    1. tehr says:

      …akhirnya hilang segala kehenseman :D

      1. benjy says:

        ramai orang gelak melihat boroi,
        tapi ramai juga orang boroi,
        kalau tak mahu jadi boroi,
        lahhh nak tahu juga,..janganlah minum arak kan dah boroi.

        P.s. Maaf kerana membuat pantun 4 1/2 kerat …
        benjy baru je tulis kisah ORANG MEMBERI KITA MERASA JOM KONGSI-KONGSI LAH BERSAMAMy Profile

        1. tehr says:

          pantun 4 1/2 kerat ni baru kini aku jumpa
          tapi boleh saja, bro
          kita bukan bincang pasal sastera pun :D

  3. akal yg waras tak di gunakan,ada masalah nak lari dari masaalah last2 minum mabuk2,klu boleh selesai masalah takpe la jgk nie lagi menambahkan masalah…..
    pink pearl lady baru je tulis kisah KEHEBATAN FILEM HIKAYAT MERONG MAHAWANGSAMy Profile

    1. tehr says:

      tak ada masalah, cari masalah
      dah ada masalah, tambah lagi dan lagi
      kan dah kacau jadinya

  4. Cik Siti says:

    selalunya yang berlaku kepada mereka yang sudah hilang pedoman dalam hidup…
    Cik Siti baru je tulis kisah UNIFIMy Profile

    1. tehr says:

      moga2 mereka diberi taufiq dan hidayat oleh allah swt

  5. hafizmd says:

    Orang kita ni ramai yg ‘kurang siuman’…contohnya, dh tau minum arak mabuk, lepas tu perangai teruk…nak juga diminumnya…tak ke kurang siuman namanya?
    hafizmd baru je tulis kisah Semuanya bermula dengan alif baa taa…My Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal, bro
      hairan sungguh kita melihatnya

  6. toyol says:

    aikkk.. camne cikgu tau rasa ia macam jeruk ni.. emm?
    hehe..

    benar, klau dh mabuk, mcm2 blh jd..
    undang2 pun pyh nk jatuh hukum krn d katakn mrk x waras tika kejadian..
    so??
    toyol baru je tulis kisah JAWAPAN DALAM SOALANMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      pernah la juga minum jeruk, muka memang berkerut kerana masam
      bila tengok lakonan mereka yang minum ni, nampak macam berkerut juga
      tu la aku kata macam jeruk
      haha

  7. mie says:

    benda yang dilarang..
    benda tu lah cepat diluluskan…
    naik saja komuter, nampak klilang arak….
    besar pula tu
    mie baru je tulis kisah Majlis Bertandang Ke Rumah Pengantin LelakiMy Profile

    1. tehr says:

      nampak macam berbangga pulak, kan?
      sungguh memalukan

      1. mie says:

        itu la…
        pelik sungguh dunia..
        eheheee
        mie baru je tulis kisah 5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011My Profile

  8. Ismail N says:

    Nanti yang jual arak tu pulak cakap, sapa suruh luluskan lesen kalau cam tu? :D

    Dulu ada YB cadangkan harankan terus aje penjualan arak ni sebab kalau dah dijual mmg ada yang minum dan bila dah minum paham-paham aje lah. Namun, itu bukan mudah dalam masy berbilang bangsa ni. Political consideration akan jadi isu utama. Malah perkara yang kecil macam Novel Interlok pun jadi kontraversi.

    Since nak halang penjualannya sukar. Maka terpaksa lah pihak berkuasa di harapkan sekali lagi memantau perkara. Sapa2 yg didapati mundar mandir di bandar dalam keadaan mabuk, jangan kasi balik rumah. Sumbat aje dalam lokap beberapa hari. :D
    Ismail N baru je tulis kisah Tolong Ingatkan AkuMy Profile

    1. tehr says:

      cadangan elok juga tu, bro
      jangan bagi balik atau keluar dari lokap selagi tak habis mabuk

    2. dnoBiz says:

      Itu lah masalah yang sebenarnya Bro,
      Bukan senag nak haramkan terus, sedangkan Kelantan yang cuba untuk menyekat penjualan arak ni pun selalu kena komplain dengan bangsa lain yang boleh minum arak, nak tak nak terpaksa tambah lesen untuk tempat minum arak.., bila dah tambah lesen tempat minum secara tak langsung kat situ ada jual minuman jenis tu….
      dnoBiz baru je tulis kisah Virus Adeno – Pelatih Pulapol ketiga meninggal duniaMy Profile

      1. tehr says:

        itu aku memang sedar,dno
        mungkin boleh dihadkan kawasan untuk minum hanya di tempat menjualnya sahaja
        bahaya akan berganda bila minum di kawasan lain
        masyarakat awam terancam

  9. dyea says:

    LESEN diluluskan kerana dapat banyak dari hasil tax…sama cam rokok la…dimulut bgtau rakyat harammmmmmmmmmmmm…bahayaaaaaaaa…tp kn ada jual lagi……sbb hasil dr tax mengkayakannnnnnnnnnnnnnnnnnn….

    1. tehr says:

      bahaya hanya kepada ‘perahu2 kecil’ je
      ‘perahu2 besar’ seronok ambil untung

  10. padin says:

    Memang tiada untungnya minum arak ni, dalam Quran sendiri ada menyebut halnya.. Seharusnya perkara ni kena tengok pada akar umbi, betul kata bro, orang yang meluluskan penjualan arak ni la punca segala permasalahan…

    1. tehr says:

      tu la pasal, bro
      mereka perlu ambil tanggung jawab
      bukan tunggu nak ambil duit je

  11. etomyam says:

    kesian kat budak2 dan pak & mak budak yg terjebak dlm benda haram ni huhu
    etomyam baru je tulis kisah Kuning VS PutihMy Profile

    1. tehr says:

      memang kesian mereka ni
      bergantung harap pada kaki botol

  12. Norgadis says:

    Saya pernah tengok org yg sedang mabuk, walaupun bajunya kelihatan agak kemas tetapi hairan dia boleh baring kat atas jalanraya, nak bangun pun tak larat dah. Sungguh memalukan…

    baju kemas zip terbuka
    duduk bersembang tiada kerja
    sudah mabuk segalanya leka
    hukum agama ditinggal saja
    Norgadis baru je tulis kisah Pokok Jambu Batu Norgadis Dah BerbuahMy Profile

    1. tehr says:

      duduk bersembang tiada kerja
      kain dan baju tidak bercuci
      hukum agama ditinggal saja
      berbuat mungkar setiap hari

  13. yas says:

    Gua penah denga, kalau org mabuk tu buat kesalahan semasa dia sdg mabuk, kesalahan tu boleh dimaafkan (di mahkamah ler) sbb akal dan fikiran beliau semasa tu tidak waras…..betulkan kalau gua salah…
    yas baru je tulis kisah Tahniah Team Lotus Renault GPMy Profile

    1. tehr says:

      aku pun tak pasti juga, yas
      tak belajar undang2 pun

  14. Asy says:

    Untuk kamu agama kamu dan untukku agamaku.
    َل ُ كمْ دِينُ ُ كمْ وَلِيَ دِينِ
    Asy baru je tulis kisah MEREKAMy Profile

    1. tehr says:

      agama sebagai panduan hidup manusia

  15. benjy says:

    Sebanarnya aku nak salahkan orang2 dahulu yang mula2 membuat arak … entah tahun bilalah arak mula tercipta … sebab orang itulah pencetus idea jahaat ….
    benjy baru je tulis kisah ORANG MEMBERI KITA MERASA JOM KONGSI-KONGSI LAH BERSAMAMy Profile

    1. tehr says:

      orang sekarang pula makin ramai yang suka ikut idea jahat tu
      pelik

  16. ghost writer says:

    sudah jelas lagi diperjelaskan…

    arak itu adalah punca segala kejahatan dan kekejaman…
    ghost writer baru je tulis kisah fix meMy Profile

    1. benjy says:

      Ghost, siapakah pencipta arak itu ? semasa dia menciptanya apakah yang dia fikirkan ? adakah dia merasakan, ciptaannya ini akan menjadi ciptaan yang agung seperti graham bell ke ? thomas edison ke ? … (ada idea ke ? ..)
      benjy baru je tulis kisah ORANG MEMBERI KITA MERASA JOM KONGSI-KONGSI LAH BERSAMAMy Profile

      1. tehr says:

        dia mabuk masa menciptanya :D

    2. tehr says:

      punca dan ibu segala kejahatan tu
      memang mempengaruhi pemabuk berbuat jahat

  17. dnoBiz says:

    Terima kasih Tehr sebab bagi link..
    Masalah arak ni memang sesuatu yang sukar untuk di benteras selagi ada pihak yang memperjuangkannya, takkira la di pihak mana pembangkang atau pun pas, sebab itu dah jadi hak kepada kaum lain katanya…
    tapi aku sebenarnya setuju hukuman tu di sabit kan sekali kepada mereka yang meperjuangkan hak untuk penjualan arak ni
    dnoBiz baru je tulis kisah Kerana Mengidam – Belasah Isteri Kerana mengidam macam macamMy Profile

    1. tehr says:

      ya
      jangan hanya tau ambil untung sahaja
      perlu juga ambil tanggung jawab

  18. suri says:

    kalau kita org bloger ada mabuk blog salah tak nghee…

    1. tehr says:

      boleh juga masuk katagori salah kalau dah lupa keluarga
      hehe

  19. suri says:

    arak blh melalainkan suruhan kita padaNYA..

    1. tehr says:

      memang macam tu akhirnya
      bila dah hilang akal / mabuk

  20. zik says:

    arak ibu segala maksiat….moga kita terhindar…
    zik baru je tulis kisah Kartun -3 peringkat dalam kehidupanMy Profile

  21. mancai says:

    salam singgah… mabuk adalah punca segala kejahatan… ish2 mintak2 dijauhkan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun