Cabaran Blogger | Satu Hari Di Hari Raya

Cuba jenguk di sini: Cabaran Blogger | Satu Hari Di Hari Raya, pasti meriah dengan kisah-kisah raya dari sahabat blogger. Kisah dan kenangan raya Mr Tehr tak ada pula yang istimewa, banyak yang dah terhakis dan hilang ditelan kabus masa.

hari raya zaman kanak-kanak
hanya berkepit di ketiak emak
tak ada abang adik atau kakak
ayah pergi menjenguk pun tidak

hari raya di zamannya remaja
seronok hanya di laman sahaja
tiada motor tak juga berkereta
hanya sekadar berbasikal tua

bila bekerja mula nak senang
beraya pula di rantau orang
lagu raya sesekali didendang
kampung pula hati terkenang

tetapi bila berkeluarga kini
baharulah raya berseri-seri
seronok melihat anak isteri
beraya pula di rumah sendiri

Kawan-kawan bujang yang balik beraya nanti, cuba-cubalah slow talk dengan mak ayah. Cari calon yang sesuai, dirikan masjid. Kalau dah ada calon, elok je tetapkan hari dan ketikanya. Kata orang, perkara baik ni perlu disegerakan. :D Tak perlu rasanya tangguh lama-lama untuk kumpul duit berpuluh ribu buat kenduri kahwin yang membazir tu. Hari raya akan menjadi lebih bermakna nanti. Insya-Allah.

TehrDemikian kisah 'Cabaran Blogger | Satu Hari Di Hari Raya' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


31 Comments

  1. titan says:

    aku dah lama nak dirikan masjid. Tapi kena sudahkan satu demi satu dulu..kang, semua tak menjadi kalau main redah aje..
    titan baru je tulis kisah Ramadan 2011 – Pemain Mercun Mancis ProfessionalMy Profile

    1. tehr says:

      amin.
      moga dipermudahkan segalanya untuk titan

    2. adele says:

      wah,tahniah2..smoga dipermudahkan :D

    3. hafizmd says:

      ameen..moga dipermudahkan :D
      hafizmd baru je tulis kisah Kuih Oh! Kuih…My Profile

  2. zik says:

    duit masih tak menentu(tak stabil)… insyallah tahun ini dan tahun depan akan diusahakan…ongkosnya
    zik baru je tulis kisah Sajak ramadhan: Andai ini ramadhan terakhir kuMy Profile

    1. tehr says:

      insya-allah

  3. Jai says:

    Last tu aku sokong.. Cepat2 la dirikan masjid bila dah mampu.. X yah la nak tunggu duit juta2 baru nak buat kenduri grand2.. Kalau bercerai, x nak pulak buat grand2..ha3.. Bukan minta2 cerai ni, tapi bak kata bro, jangan membazir, x molek la..he3
    Jai baru je tulis kisah SMS Palsu | Bulan Mengelilingi Kaabah Pagi SabtuMy Profile

    1. tehr says:

      aku sebenarnya sedih tengok
      orang miskin kat kampung terlopong je lihat pembaziran orang2 kaya kat tv

      1. Jai says:

        Tau xpe.. Kan x berapa molek tu..he3
        Jai baru je tulis kisah SMS Palsu | Bulan Mengelilingi Kaabah Pagi SabtuMy Profile

  4. maza says:

    nasihat cikgu yg terakhir sekali maza rasa suka pula…seolah2 terkena tempias diri, rasa bujang menyapa di hati.. ahaks..

    hehehehe….

    Selamat hari raya Cikgu..
    cukup indah susunan kata di atas.. maza suka! puisi cikgu memang cunn sekali!
    maza baru je tulis kisah Pasar Malam, Bukit Ayam, KluangMy Profile

    1. tehr says:

      perkara baik tak perlu la tangguh2, kan? :)

      1. Ya lah Maza.. tamatkan lah zaman bujang tu… Hampeh! Bagitahu darling baru tau!
        DuluLainSekarangLain baru je tulis kisah Di Mana Anda Di Pagi Raya?My Profile

        1. hafizmd says:

          kui3…

          maza hanya terasa bujang jer tuh….keh3
          hafizmd baru je tulis kisah Kuih Oh! Kuih…My Profile

  5. zulkbo says:

    salam..
    raya saya seperti selalu
    simple sahaja..utamakan
    anak2 dan keluarga dahulu
    zulkbo baru je tulis kisah Ada Yang Bertanya Saya Jawablah : Iklan InnityMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      hehe tiada yang lebih bahagia bagi seorang bapa
      melainkan melihat senyuman anak2 dan isteri

  6. padin says:

    hehe bro tehr.. macam tau2 je apa yg ade dalam hati ni keh3
    aku harap semuanya di permudahkan la.. hee
    padin baru je tulis kisah Cabaran Blogger : Satu Hari Di Hari RayaMy Profile

    1. tehr says:

      insya-allah, semuanya akan dipermudahkan niat baik tu, bro

  7. DaHLia says:

    dah meningkat usia ni,
    biasa je feel nyer..
    tak terlalu excited…
    masa yang ada diluangkan melawat saudara mara

    1. tehr says:

      tumpang meriah budak2 je, cikgu
      lagi pun budak2 lebih kaya dari orang dewasa time raya :D

  8. Nik Thoha says:

    Hari raya akan lebih bermakna jika dapat bersama dengan orang yang tersayang. Mesti seronok dan bahagia dapat beraya dengan orang yang tersayang ni kan? Hanya orang yang ada pengalaman je yang boleh menjawabnya..hehe

    Bagi diri saya sendiri mungkin masih terlalu muda untuk mencari calon buat teman hidup ni. Belajar pun tak habis lagi. Kena usaha cari rezeki bagi menampung kehidupan diri dan keluarga. Semoga Allah memurahkan rezeki dan memudahkan bertemu jodoh dengan calon yang sesuai.

    1. tehr says:

      amin.
      habiskan satu persatu, nik
      saya pun kahwin masa umur 27 :D

  9. adele says:

    em,calon dah ada..insyaAllah..akn tiba masanya.. :D
    adele baru je tulis kisah Resipi dan Cara-Cara Membuat Blueberry CheesetartMy Profile

    1. tehr says:

      insya-allah
      jangan tunggu lama2 tau :D

  10. akubiomed says:

    Beraya bujang dan mempunyai keluarga akan memberi pengalaman yang berbeza. Kalau sudah bersedia dan cukup serba serbi usah tangguh bina masjid cepat-cepat :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Cabaran Blogger | Satu Hari Di Hari RayaMy Profile

    1. tehr says:

      memang berbeza sangat tu, bro
      raya ketika berkeluarga lebih sempurna

  11. Entri menarik dan nasihat yang baik terutama buat cik abang dan adik yang masih dating jer.. he he.. lekas2 lah ler… :D Mmg syok bila raya sama anak-anak. Tak sama sorang2 kan bro? Cuba ingat kembali lah zaman budak2 bila raya sama emak bapak. Gembira kan? Perasaan tu lebih kurang ajer. Btw, thanks kerana sambut cabaran kawe… Sori lambat respond. Urusan kekeluargaan lately.
    DuluLainSekarangLain baru je tulis kisah Di Mana Anda Di Pagi Raya?My Profile

  12. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    أهلا وسهلا يا رمضان!! … رمضان كريم
    ”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
    firestartingautomobil.blogspot.com
    bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    tip tayar motorsikal pancit

    Nenek-nenek si bongkok tiga,
    Siang ngantuk malam berjaga,
    Kalau berbini tak cukup tiga,
    Bila dah empat, ha!! tak terjaga.
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip periksa kerosakan dan Servis RadiatorMy Profile

  13. Abgreds says:

    Salam Tehr..
    Cerita sempoi kalau dibahasakan elok-elok memang menarik. Banyak mesej tersurat dan tersirat dalam pantun raya cikgu tu..

  14. nurmisnan says:

    hahaha… cantik pantun

    makan lontong dgn ketupat
    kalau tak kahwin cepat
    konpem aweks kau kena rembat… har3
    nurmisnan baru je tulis kisah Cabaran blogger l Satu Hari Di Hagi RayaMy Profile

  15. Cik Siti says:

    raya ni…. zaman kanak-kanak memang tak boleh lupa… sekarang sambut mana yanga ada…
    Cik Siti baru je tulis kisah Lagu Raya Kegemaran… Tag dari Cik AnitaMy Profile

  16. hafizmd says:

    Memang menarik pantun cikgu tehr! terbaiklah…

    Ayat2 akhir tuh, mmg 1000% setuju. Tak usahlah melambat2kan usaha pembinaan masjid. Buat mana yg patut, tinggal mana yg membazir. Tak gitu cikgu?
    hafizmd baru je tulis kisah Kuih Oh! Kuih…My Profile

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun