Cuba jenguk di sini: Cabaran Blogger | Satu Hari Di Hari Raya, pasti meriah dengan kisah-kisah raya dari sahabat blogger. Kisah dan kenangan raya Mr Tehr tak ada pula yang istimewa, banyak yang dah terhakis dan hilang ditelan kabus masa.
hari raya zaman kanak-kanak
hanya berkepit di ketiak emak
tak ada abang adik atau kakak
ayah pergi menjenguk pun tidak
hari raya di zamannya remaja
seronok hanya di laman sahaja
tiada motor tak juga berkereta
hanya sekadar berbasikal tua
bila bekerja mula nak senang
beraya pula di rantau orang
lagu raya sesekali didendang
kampung pula hati terkenang
tetapi bila berkeluarga kini
baharulah raya berseri-seri
seronok melihat anak isteri
beraya pula di rumah sendiri
Kawan-kawan bujang yang balik beraya nanti, cuba-cubalah slow talk dengan mak ayah. Cari calon yang sesuai, dirikan masjid. Kalau dah ada calon, elok je tetapkan hari dan ketikanya. Kata orang, perkara baik ni perlu disegerakan. Tak perlu rasanya tangguh lama-lama untuk kumpul duit berpuluh ribu buat kenduri kahwin yang membazir tu. Hari raya akan menjadi lebih bermakna nanti. Insya-Allah.
Pilihan Kisah Berkaitan
Demikian kisah 'Cabaran Blogger | Satu Hari Di Hari Raya' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.
aku dah lama nak dirikan masjid. Tapi kena sudahkan satu demi satu dulu..kang, semua tak menjadi kalau main redah aje..
titan baru je tulis kisah Ramadan 2011 – Pemain Mercun Mancis Professional
amin.
moga dipermudahkan segalanya untuk titan
wah,tahniah2..smoga dipermudahkan
ameen..moga dipermudahkan

hafizmd baru je tulis kisah Kuih Oh! Kuih…
duit masih tak menentu(tak stabil)… insyallah tahun ini dan tahun depan akan diusahakan…ongkosnya
zik baru je tulis kisah Sajak ramadhan: Andai ini ramadhan terakhir ku
insya-allah
Last tu aku sokong.. Cepat2 la dirikan masjid bila dah mampu.. X yah la nak tunggu duit juta2 baru nak buat kenduri grand2.. Kalau bercerai, x nak pulak buat grand2..ha3.. Bukan minta2 cerai ni, tapi bak kata bro, jangan membazir, x molek la..he3
Jai baru je tulis kisah SMS Palsu | Bulan Mengelilingi Kaabah Pagi Sabtu
aku sebenarnya sedih tengok
orang miskin kat kampung terlopong je lihat pembaziran orang2 kaya kat tv
Tau xpe.. Kan x berapa molek tu..he3
Jai baru je tulis kisah SMS Palsu | Bulan Mengelilingi Kaabah Pagi Sabtu
nasihat cikgu yg terakhir sekali maza rasa suka pula…seolah2 terkena tempias diri, rasa bujang menyapa di hati.. ahaks..
hehehehe….
Selamat hari raya Cikgu..
cukup indah susunan kata di atas.. maza suka! puisi cikgu memang cunn sekali!
maza baru je tulis kisah Pasar Malam, Bukit Ayam, Kluang
perkara baik tak perlu la tangguh2, kan?
Ya lah Maza.. tamatkan lah zaman bujang tu… Hampeh! Bagitahu darling baru tau!
DuluLainSekarangLain baru je tulis kisah Di Mana Anda Di Pagi Raya?
kui3…
maza hanya terasa bujang jer tuh….keh3
hafizmd baru je tulis kisah Kuih Oh! Kuih…
salam..
raya saya seperti selalu
simple sahaja..utamakan
anak2 dan keluarga dahulu
zulkbo baru je tulis kisah Ada Yang Bertanya Saya Jawablah : Iklan Innity
salam kembali
hehe tiada yang lebih bahagia bagi seorang bapa
melainkan melihat senyuman anak2 dan isteri
hehe bro tehr.. macam tau2 je apa yg ade dalam hati ni keh3
aku harap semuanya di permudahkan la.. hee
padin baru je tulis kisah Cabaran Blogger : Satu Hari Di Hari Raya
insya-allah, semuanya akan dipermudahkan niat baik tu, bro
dah meningkat usia ni,
biasa je feel nyer..
tak terlalu excited…
masa yang ada diluangkan melawat saudara mara
tumpang meriah budak2 je, cikgu
lagi pun budak2 lebih kaya dari orang dewasa time raya
Hari raya akan lebih bermakna jika dapat bersama dengan orang yang tersayang. Mesti seronok dan bahagia dapat beraya dengan orang yang tersayang ni kan? Hanya orang yang ada pengalaman je yang boleh menjawabnya..hehe
Bagi diri saya sendiri mungkin masih terlalu muda untuk mencari calon buat teman hidup ni. Belajar pun tak habis lagi. Kena usaha cari rezeki bagi menampung kehidupan diri dan keluarga. Semoga Allah memurahkan rezeki dan memudahkan bertemu jodoh dengan calon yang sesuai.
amin.
habiskan satu persatu, nik
saya pun kahwin masa umur 27
em,calon dah ada..insyaAllah..akn tiba masanya..

adele baru je tulis kisah Resipi dan Cara-Cara Membuat Blueberry Cheesetart
insya-allah
jangan tunggu lama2 tau
Beraya bujang dan mempunyai keluarga akan memberi pengalaman yang berbeza. Kalau sudah bersedia dan cukup serba serbi usah tangguh bina masjid cepat-cepat

akubiomed baru je tulis kisah Cabaran Blogger | Satu Hari Di Hari Raya
memang berbeza sangat tu, bro
raya ketika berkeluarga lebih sempurna
Entri menarik dan nasihat yang baik terutama buat cik abang dan adik yang masih dating jer.. he he.. lekas2 lah ler…
Mmg syok bila raya sama anak-anak. Tak sama sorang2 kan bro? Cuba ingat kembali lah zaman budak2 bila raya sama emak bapak. Gembira kan? Perasaan tu lebih kurang ajer. Btw, thanks kerana sambut cabaran kawe… Sori lambat respond. Urusan kekeluargaan lately.
DuluLainSekarangLain baru je tulis kisah Di Mana Anda Di Pagi Raya?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
أهلا وسهلا يا رمضان!! … رمضان كريم
”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip tayar motorsikal pancit
Nenek-nenek si bongkok tiga,
Siang ngantuk malam berjaga,
Kalau berbini tak cukup tiga,
Bila dah empat, ha!! tak terjaga.
azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip periksa kerosakan dan Servis Radiator
Salam Tehr..
Cerita sempoi kalau dibahasakan elok-elok memang menarik. Banyak mesej tersurat dan tersirat dalam pantun raya cikgu tu..
hahaha… cantik pantun
makan lontong dgn ketupat
kalau tak kahwin cepat
konpem aweks kau kena rembat… har3
nurmisnan baru je tulis kisah Cabaran blogger l Satu Hari Di Hagi Raya
raya ni…. zaman kanak-kanak memang tak boleh lupa… sekarang sambut mana yanga ada…
Cik Siti baru je tulis kisah Lagu Raya Kegemaran… Tag dari Cik Anita
Memang menarik pantun cikgu tehr! terbaiklah…
Ayat2 akhir tuh, mmg 1000% setuju. Tak usahlah melambat2kan usaha pembinaan masjid. Buat mana yg patut, tinggal mana yg membazir. Tak gitu cikgu?
hafizmd baru je tulis kisah Kuih Oh! Kuih…