Cabang Tiga Berangan

Cabang Tiga Berangan ialah satu simpang tiga di Kampung Berangan yang menghubungkan bandar Tumpat, Palekbang dan Chabang Empat. Semuanya dalam Daerah Tumpat.


View Larger Map

Boleh dikatakan setiap hari aku melalui jalan Cabang Tiga Berangan untuk ke rumah emak sama ada pagi atau petang, siang atau malam. Di sini ada kedai makan, kedai runcit/borong, kedai alat tulis, bengkel besi dan juga pasar malam [hari Jumaat malam Sabtu].

chabang tiga berangan

Chabang Tiga Berangan adalah satu simpang dan selekoh yang merbahaya terutama arah ke bandar Tumpat. Sudah beberapa kali berlaku kemalangan di sini yang melibatkan motosikal, kereta atau lori. Kebanyakannya terbabas di selekoh arah ke Tumpat. Pemandu atau penunggang yang menuju ke bandar Tumpat perlu berhati-hati bila melalui Chabang Tiga Berangan ini.

Dahulu Chabang Tiga Berangan,
Sekarang menjadi simpang empat;
Masa memandu jangan berangan,
Nak belok nanti kamu tak sempat.

Chabang Tiga Berangan sekarang ini sudah menjadi simpang empat. Sebenarnya ada satu lagi jalan yang menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan dan Sekolah Rendah Kebangsaan Chenderong Batu. [Hanya sesekali sahaja aku melalui jalan ini.]

TehrDemikian kisah 'Cabang Tiga Berangan' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


15 Comments

  1. hatiputera says:

    Kalau pergi ke Rantau Panjang , memang kena lalu jalan nie tak? sebab HP kekadang pergi ke Rantau Panjang dan pasir mas tetapi tak perasan dengan chabang tiga nie.
    hatiputera baru je tulis kisah PR1MA Daftar Secara OnlineMy Profile

  2. donnyien says:

    hello tehr,

    simpang berangan ke simpang empat,
    tempat bro Tehr selalu limpas,
    kalau berangan kenalah bertempat,
    takut nanti tak sempat melepas.

    *Limpas, (bahasa baku Sabah) bererti lalu.
    donnyien baru je tulis kisah Kisah lelaki choki-chokiMy Profile

  3. hafizmd says:

    Belum sampai ke Tumpat ambe ni…hehe

    Dah lama berangan nak ulang alik ke rumah mak tiap2 hari… =)
    hafizmd baru je tulis kisah Petua Kesihatan:Punca Kebas TanganMy Profile

    1. padin says:

      hehee bro Tehr pernah bawa aku ke rumahnya
      masa aku berkursus di Pasir Mas tahun lepas :D

  4. de engineur says:

    Klu nak lalu simpang Berangan, tak leh banyak sangat berangan. Kang terlepas simpang plak. Hehehe
    de engineur baru je tulis kisah Telekom to reward RM1,000 for cable theft reportMy Profile

  5. yas says:

    x de t/light ke bro kat cabang tigo nih???
    yas baru je tulis kisah AL FATIHAH – BAPA CHEF WAN MENINGGAL DUNIAMy Profile

  6. fiezaradzi says:

    bahaya tu kalau asyik ada kemalangan jer. hehe.. apa2 pun, hati2 walau di mana pun
    fiezaradzi baru je tulis kisah Ayam Penyet Jalan GombakMy Profile

  7. UmmiKami says:

    Tumpang lalu..^^

    Selekoh bercabang tiga berangan..
    Kini bergelar Simpang Empat…
    Gopoh cik abang semoga jangan..
    Nanti terlanggar nak tumpang tak sempat..
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Tanjak Sajak Santun Melayu…My Profile

  8. Cik Siti says:

    simpang tiga memang bahaya…. tambahan pulak mana yang tak biasa…
    Cik Siti baru je tulis kisah kipas….My Profile

  9. Namanya pon dah bahaya :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Google Maps For iPhone 5 Gadget ImpianMy Profile

  10. titan says:

    aduh, eksiden lagi..
    titan baru je tulis kisah Lee Ming Yu paling kacak.My Profile

  11. maza says:

    Kata nama Berangan itu semacam kena pula dgn sikap yg perlu ambil ketika menggunakan jalan itu.. hehehhe
    maza baru je tulis kisah Keputusan Piala AFF Suzuki 2012 separuh akhir Malaysia vs ThailandMy Profile

  12. akubiomed says:

    Kena pacak AES kat situ kot.
    akubiomed baru je tulis kisah Coconut Shake Klebang Aku datangMy Profile

  13. Hafizul says:

    Itulah padanya jika tak berhati-hati dah bawak kenderaan ikut sdap rasa..
    Hafizul baru je tulis kisah Isteri Minta CeraiMy Profile

  14. Ladfe Amir says:

    jika kerap berlaku kemalangan, perlu ada pihak memohon agar di pasang lampu isyarat di kawasan terbabit
    Ladfe Amir baru je tulis kisah Bukannya Fizo Omar (Episod 1)My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun