Busuk

hati yang dipenuhi dendam
gelisah siang sebanyak malam
cerah bertukar menjadi kelam
indah hanya ternampak suram

hati yang dipenuhi nanah
bau hanyir bertambah punah
fikiran akal menyerah kalah
dunia kelam tiada yang indah

hati yang busuk berulat
bau lantung merebak cepat
syaitan merasuk jauh dekat
pekerti hanyut menjadi karat

hati yang penuh dendam

gambar cedok dari cikgudahlia.com

Lakaran wajah [fotofit] suspek disiarkan oleh TV3 meminta orang ramai menghubungi hotline 03-21159999 dengan kadar segera sekiranya diserang atau mempunyai maklumat berkaitan.

Sehingga kini sudah 23 kejadian simbah asid dilaporkan. Bukan sahaja wanita, lelaki juga tidak terkecuali turut menjadi mangsa. Kes yang sememangnya sangat berat kerana mangsa pastinya mengalami trauma untuk jangka masa yang lama. Mungkin sepanjang hayat.

TehrDemikian kisah 'Busuk' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


64 Comments

  1. Ismail N says:

    tak der keja lain kot main simbah2 asid?
    suruh dia keje kat kilang buang sisa radioaktif la lepas ni…
    Ismail N baru je tulis kisah Baby’s Day Out Kompleks KaramunsingMy Profile

    1. Cik Siti says:

      kita hantar di jepun…
      Cik Siti baru je tulis kisah Mood TertekanMy Profile

    2. tehr says:

      haha
      kerja sebagai penyelamat pun bagus juga tu

      1. Mus says:

        memang betul tu.. guna kepandaiannya di sana
        Mus baru je tulis kisah Cabaran Jalan Kaki Ke Sekolah Luar BandarMy Profile

  2. adele says:

    jahat.mmg jahat. manusia skrg makin menggila.
    adele baru je tulis kisah Aku Ingin Jadi Penulis yang Serius!My Profile

    1. tehr says:

      satu jenis penyakit yang sukar diubati

      1. suri says:

        rasanya kita bt camni kat dia baru dia tahu skit ke tdk huu…

        kejam!! mmg melmpau

    2. Norasikin says:

      org sakit jiwa memang susah nak faham
      Norasikin baru je tulis kisah Resepi Cekodok Pisang Autoreverse™ Ada apa dengan Autoreverse™My Profile

  3. kesian kepada mangsa-mangsa yang terlibat..
    naimulfirdaus baru je tulis kisah blogger yang terukMy Profile

    1. tehr says:

      kesan jangka panjang memang berat tu, bro

      1. suri says:

        sb nak sebuh dari simbahan tu bukan blh hilang secara keseluruhannya…

  4. Cik Siti says:

    nasihat untuk semua dan diri sendiri berhati-hatilah… diharap juga suspek akan segera dihukum… tidak dengan undang-undang mungkin dengan takdir…
    Cik Siti baru je tulis kisah Mood TertekanMy Profile

    1. tehr says:

      kita semua berharap semoga tiada lagi kejadian seperti ini
      memang kejam ni

  5. kakyon says:

    perbuatan yang berpunca dari hati yang busuk.
    kakyon baru je tulis kisah sambutan hari ibuMy Profile

    1. tehr says:

      memang semuanya berpunca dari hati, kakyon

  6. wadud says:

    macam2 kes kat malay skang ea.. sampai pi simbah2 pulak..
    wadud baru je tulis kisah Rahsia NyamukMy Profile

    1. tehr says:

      bagi aku
      kes ni memang berat, bro
      berat

      1. Mus says:

        mcm mana dorang boleh dapat asid tu?
        Mus baru je tulis kisah Cabaran Jalan Kaki Ke Sekolah Luar BandarMy Profile

  7. sud@is says:

    awas

    dua lelaki India bermotosikal berumur 20-30-an, sorang kurus dan gempal….
    sud@is baru je tulis kisah Selamat Pagi CikguMy Profile

    1. tehr says:

      harap2 jenayah ni segera tamat

  8. toyol says:

    ntah apa jnis manusia cmni ye..
    buat onar x tentu hala..
    toyol baru je tulis kisah HANTU LAGIMy Profile

    1. tehr says:

      ya
      memang satu onar yang menakutkan ni, tk

  9. MDHAFiZ.NET says:

    hidup kt malaysia dh nak serupa hidup di amerika :)

    1. tehr says:

      jenayah yang ada di mana2
      kita perlu berharap dan berusaha untuk mengurangkannya

      1. suri says:

        perlukan kita klr umh pakai mask heee..

        1. Mus says:

          kalau tu yang selamat.. apa salahnya?
          Mus baru je tulis kisah Aku Redha Atas PemergianmuMy Profile

  10. zulkbo says:

    salam..
    kita tunggulah bila dah di tangkap nanti
    nak tengok juga air mukanya nanti..
    :(
    zulkbo baru je tulis kisah Google Analytics Beta – Berwajah BaruMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      harap2 akan segera tertangkap, bro
      masyarakat sedang susah hati sekarang ni

  11. ghost writer says:

    ouh ada penafian sebenarnya tentang suspek nih bila mana dia datang sendiri melaporkan kalau itu bukan dia dan polis dah pon mengesahkan yang suspek ini tidak ada kaitan dengan penyimbahan asid..semuanya kesilapan.
    ghost writer baru je tulis kisah buta hurufMy Profile

    1. tehr says:

      gambar tu hanya fotofit je kan, bro
      kalau tak tepat, mungkin polis boleh keluarkan gambar yang lain
      harap2 akan lebih tepat nanti

      1. Mus says:

        bagus juga dia melaporkan diri yang dia tak salah..
        kalau tak.. pasti ada yang tersalah sangka dengan dia
        Mus baru je tulis kisah Buat Duit Dengan Kereta SewaMy Profile

  12. maza says:

    Pukul buah pukul di tengah
    Pecah retak jatuh ke tanah
    Perkara jenayah perlu ditegah
    Sebelum rosak membawa padah….
    maza baru je tulis kisah Ummu Fatt- Hari IbuMy Profile

    1. tehr says:

      pecah retak jatuh ke tanah
      hilang kasih hilanglah sayang
      sebelum rosak membawa padah
      sebelum nyawa pula melayang

  13. titan says:

    apsal la kejam sangat nih..
    titan baru je tulis kisah Edisi Siasat – Buat Duit dengan SmowtionMy Profile

    1. tehr says:

      ya la, titan
      kecacatan kekal ni
      memang kejam sangat

  14. Wan Perlis says:

    hilang pertimbangan

    1. tehr says:

      yups
      memang akal waras dah hilang

  15. Hadi Rofiee says:

    Semoga tindakan tegas yang sewajarnya PERLU dan MESTI dilaksanakan bagi mencegah jenayah ini.
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah Ilmu dan amalMy Profile

    1. tehr says:

      akan tertangkap juga nanti
      selalunya polis tak ambil masa lama nak selesaikan kes jenayah macam ni

  16. Dah keluar berita tadi pagi, bukan dia ni orang yang dicari sepertimana yang dilaporkan oleh pihak polis. ;)
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Blogspot unavailable updateMy Profile

    1. tehr says:

      harap2 kita akan dapat fotofit yang lebih tepat nanti

  17. mijie says:

    pagi tadi dah keluar berita, suspek tampil ke balai polis untuk membersihkan nama dan suspek bukanlah orang yang terlibat
    mijie baru je tulis kisah Perancangan percutian yang singkatMy Profile

    1. akubiomed says:

      Saya pun ada baca berita mengenai suspek telah ke balai polis kerana foto fit hampir sama dengan muka beliau.

      1. tehr says:

        polis kena keluarkan fotofit baru gantikan yang ada ni

  18. esempoi says:

    yang aku tak paham, kenapa masih belum dapat ditangkap
    sebab dia sentiasa aktif bertindak.. bukannya setahun sekali
    esempoi baru je tulis kisah Kereta Jenama Terkenal Diperbuat Dari KertasMy Profile

    1. tehr says:

      nampak macam polis dapat gambaran salah dari pengadu
      maklum saja mangsa memang dalam terkejut

  19. puteri says:

    orang wat wat tu tak terfikir ke kalau dia yang ditempat mangsa.. atau ahli keluarga dia yang terkena??

    Tehr,
    selamat hari guru!
    :)
    puteri baru je tulis kisah run away to NilaiMy Profile

    1. tehr says:

      hati yang dah kering
      tiada lagi bunga2 di taman hati

  20. puteri says:

    aik? rasa mcm dah sent tadi komen
    tp npe xnmpk pon???

    mmm…

    b.t.w
    selamat hari guru, tehr!
    puteri baru je tulis kisah run away to NilaiMy Profile

    1. tehr says:

      selamat hari guru
      thanks

  21. padin says:

    tu la masa belajar kimia dulu tak pernah amik tau kot
    properties asid ni macamana.. hampeh betul la!

    1. tehr says:

      mereka ni tak belajar kimia ni
      huhu

  22. hafizmd says:

    asid alkali dalam makmal
    kini dibeli sesuka hati
    pihak berwajib kenalah kawal
    barulah susah pengguna nak beli
    hafizmd baru je tulis kisah Perlawanan akhir Piala FA – 5 sebab kenapa aku nak Terengganu lawan Kelantan…My Profile

    1. tehr says:

      asid alkali disukat-sukat
      ada menjual ada dibeli
      dadah pun dikawal ketat
      tapi masih juga didapati

  23. suri says:

    moga dapat balasan yg setimpal ..

    mmg benar kata bro hati busuk bebenar..tak akan bwa kita kemana2 pun .malah kehidupan kita akan d benci..disumpah org shja..

    1. tehr says:

      pekak telinga dan buta hati, suri
      tak peduli lagi apa orang kata

  24. mekar says:

    Salam,

    dia ingat asid tu adalah air barangkali ! Suka2 hati jer nak menyimbah org. huhu
    mekar baru je tulis kisah Kenapa Mesti Hormati GURUMy Profile

    1. tehr says:

      orang buta hati ni tak nampak apa lagi, mekar
      memang ikut suka dia je

  25. Gayahspears says:

    Tuhan bagi akal takmo gunakan sebaik mungkin…
    Kejam la…grrrr~~~ geram sgt2 ni… huhu
    Gayahspears baru je tulis kisah Selamat Hari GuruMy Profile

    1. tehr says:

      memang kejam
      harap2 gayah berhati-hati selalu

  26. zik says:

    banyakknya kes …menakutkan betul…..
    zik baru je tulis kisah Selamat hari guru 2011- paradigma yang baru!!My Profile

    1. tehr says:

      ya la, zik
      bila dah banyak kes macam ni
      takut pula nak keluar rumah

  27. mie says:

    huh!!
    sampai sekaranag masih belum temui..
    harap segera diatasi..
    mie baru je tulis kisah Mengidam Kuih Tradisional SabahMy Profile

  28. Norasikin says:

    Hairan jugak bila dah mcm tu banyak kes, masih lom kantol lagi. Biasanya tak sampai 24jam dah settle dah. Walaupun macha tu gilo, tp bila nak buat jahat pandai pulak fikir supaya tak ditangkap
    Norasikin baru je tulis kisah Resepi Cekodok Pisang Autoreverse™ Ada apa dengan Autoreverse™My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun