Buku 555 Bukan Buku Lima

folower ke 555Assalamualaikum / Sawadikap. Dah jadi gian agaknya. Biar pun internet broadband sangat mendukacitakan, tapi rasa tak selesa pula nak duduk kalau tak buka blog. Masa dulu-dulu tak selesa kalau tak ada buku 555. :D

Ada angka 555 pulak kak follower. Terima kasih semua kerana sudi menjadi pengikut blog tehramuan ni. Nampaknya blogger fendidahada yang mendapat nombor bertuah ini. Jom sama-sama terjah blog beliau dan sesakkan ruangan komen di sana.

cantiknya nombor tiga limabuku hutang
banyak kenangan ada bersama
sudah semesti kisah gembira
tak kurang juga kisah nan duka

buku tiga lima buku hutang
minum teh makan nasi dagang
berhutang malam juga siang
jangan pula sekeliling pinggang

cukup bulan menerima gaji
hutang perlu dijelaskan kini
tuan kedai senyuman berseri
buku tiga lima ditukarnya lagi

bila masa hidup nak senang
makan pakai semua berhutang
buku lima nantinya datang
hidup susah pula menjelang

Selain dari mencatat hutang kedai, buku tiga lima [555] juga bolehlah digunakan sebagai buku catatan. Idea-idea pun datang tak kira masa, kan? Maklum saja, sebagai blogger baru nak jadi tegar pasti belum mempunyai PDA dalam poket. Ada siapa-siapa yang dah bawa buku 555 ni ke mana-mana? Bawa je, tak berat pun. Dan jangan lupa sebatang pen. Takkan nak tulis pakai jari telunjuk je. :D

TehrDemikian kisah 'Buku 555 Bukan Buku Lima' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


79 Comments

  1. kakyon says:

    sekarang nie.. buku 35 dah jadi buku catatan rawatan kat hospital kerajaan..
    kakyon baru je tulis kisah bocorlah pulakMy Profile

    1. tehr says:

      eh, ya ke kakyon?
      dah lama tak ke hospital

    2. dnoBiz says:

      biar betul ni kakyon… heheh :D
      macam mamak warung kopi la pulak :D
      dnoBiz baru je tulis kisah Budak Terlampau – Pandangan di kaki LimaMy Profile

  2. adah says:

    menarik tajuk kat atas tue…

    “buku 555 bukan buku 5″

    hehe
    adah baru je tulis kisah Memori Ikan Pari Masak Asam PedasMy Profile

    1. tehr says:

      tu la
      tak ada sapa nak buku 5 tu

      1. suri says:

        lima 5 lima saya ada 5 jari kanan dan kiri heeee

  3. izanishak says:

    ingat lagi masa zaman sekolah rndah, buku 555 ni saya buat kamus kecik. tulis perkataan english siap ngan makna…hehehe…seronok bila kenang2 zaman dulu2…

    1. tehr says:

      wah, dah masuk kumpulan pelajar rajin ni

    2. akubiomed says:

      Samalah saya guna buku 555 untuk catit grammar English senang nak buat semakan :-)
      akubiomed baru je tulis kisah Syyh Aslah nak tidurMy Profile

  4. etomyam says:

    hehe, selalu juga beli buku 555 ni kononnya nak buat catatan, tapi tak sampai 5 mukasurat selalunya buku tu hilang ntha ke mana haha
    etomyam baru je tulis kisah Musim Toreh MenorehMy Profile

    1. tehr says:

      wa kaka
      sama ngan aku
      mula2 beli, semangat je buku dalam kocek baju
      tak lama pun… dah hilang

    2. dnoBiz says:

      heheh,
      aku punya masaalah suka cuci buku ni dalam W.machine habis semua baju lekat kertas…
      dnoBiz baru je tulis kisah Siapa Hanis Zalikha – Tangga ke 6 Dalam Carian GoogleMy Profile

  5. belalang says:

    kalaulah institusi bank menggunakan buku 555 untuk tulis semua loan kita…haru-biru gak kan…

    hahahaha
    belalang baru je tulis kisah Basah Sangat Dah Nih Sapu TangankuMy Profile

    1. tehr says:

      wah, mahu 3 kilo berat jumlah buku aku
      hahaha

      1. suri says:

        hutang sana sini mmg byklah catatannya kena tukar buku leger 555 yg besar pula heee

  6. toyol says:

    dh lama tak tngok buku 555..
    toyol baru je tulis kisah HARAPKAN PAGARMy Profile

    1. tehr says:

      banyak lagi sekarang ni
      bagus beli buat tanda duit :D

  7. padin says:

    hehe tehr.. masa kecik2 dulu banyak juga kumpul buku ni
    tengok senarai hutang mak beli ikan – sayur hehe

    sinonim agaknya buku 555 dengan buku hutang,
    padin baru je tulis kisah Tempoh BertenangMy Profile

    1. tehr says:

      memang sinonim, bro
      sangat2 sesuai

  8. sud@is says:

    ingat 35 ingat hutang
    hutang kat kedai runcit dan cina juail ikan….buku warna hijau…
    sud@is baru je tulis kisah Adakah Anda diSenangiMy Profile

    1. tehr says:

      bik je tuan kedai tu, kan? :)

  9. bisk says:

    555..cantek punya nombor.memang sering dikaitkan dengan buku note yang satu nih.cukup cemerlang beraksi di warung2 kopi kampung.pencatit buku 555 sampai kejelakan menulis nama orang yg sama.lepas makan minum terus jerit…”wak!masuk buku 555 dulu ya..!”

    follower yg ke 555 aku dah terlepas pandang tehr..mungkin saja aku kurang amik perhatian dengan follower.tapi tidak apa,mungkin saja aku akan lawat blog dia selalu.

    1. bisk says:

      owh aku baru teringat nombor ini juga mengingatkan aku pada satu jenama sigar zaman 80an dulu..rokok 555,kotak kuning keemasan rasanya.ntah masih ada sampai sekarang ato sudah luput ditelan zaman.
      bisk baru je tulis kisah my mistakeMy Profile

      1. tehr says:

        ya la
        memang ada dulu2
        sekarang tak nampak pulak

    2. tehr says:

      aku pun nasib je terpandang tadi
      internet sangat slow, jadi masa tu dok pandang2 blog sendiri je

  10. sangilapi says:

    zaman guna publik pon dulu,buku 555 ni lah ditulis segala macam no telepon,yang pasti nama pada pemilik nombor tersebut ditulis dengan nama-nama yang glamer :)
    sangilapi baru je tulis kisah bengkel blackberryMy Profile

    1. tehr says:

      siap tampal gambar lagi bersama no telefon :D
      macam2 kisah zaman dulu2

  11. mie says:

    buku 555…
    memang nostalgia zaman skolah…
    kecik2 pun dah pandai beli barang masuk dlm buku 555..
    heheeee
    mie baru je tulis kisah Tron- Legacy Ice Hotel vs MovieMy Profile

    1. tehr says:

      ikut gaya orang dewasa gak ni, mie :)
      tak mau kalah punya

      1. mie says:

        nasib baik dah dewasa xterikut2..
        heheeee
        mie baru je tulis kisah Rahsia di Sebalik Nasi Kenduri KahwinMy Profile

  12. zik says:

    buku 555… sekarng pun masih ada lagi guna maa… tapi bukunya besar sikit lah.. hehe
    zik baru je tulis kisah Zikrihusainicom Under constructionMy Profile

    1. tehr says:

      ya. semacam buku 555 gak
      tapi ada gaya sikit la

  13. Ali ridha says:

    buku 555 kira duit gaji.
    Ali ridha baru je tulis kisah Adsense-Pagerank dan Cpanel dikembalikanMy Profile

    1. tehr says:

      boleh juga tu

  14. Ali ridha says:

    kegembiraan diukir terasa
    entah apa
    hajat dihati
    buku 555
    tuan hamba
    yang pegang
    ingin hamba
    memimjam untuk
    kira gaji bulanan
    Ali ridha baru je tulis kisah Adsense-Pagerank dan Cpanel dikembalikanMy Profile

    1. tehr says:

      wa kaka
      mesti kena guna buku sendiri2, ali
      mana boleh pakai buku orang :D

  15. Ali ridha says:

    biasala dapat gaji kena bayar hutang.
    Ali ridha baru je tulis kisah Adsense-Pagerank dan Cpanel dikembalikanMy Profile

  16. Ali ridha says:

    buku terpatuk
    buang batuk
    atas baldi
    masak lemok lici
    api pembuka selera
    tengah hari.
    Ali ridha baru je tulis kisah Adsense-Pagerank dan Cpanel dikembalikanMy Profile

  17. MDHAFiZ.NET says:

    kalau x silap aku last aku beli buku 555 ni time aku darjah satu.. harga rm0.30 je…. haha.. skuwnk nih x tau masih hidup lg ke buku 555 tu…entah kenapa diaorang suka no 5.. kenapa x letak no 999 ke.. kan senang?? hahaha
    MDHAFiZ.NET baru je tulis kisah AFF Suzuki Cup 2010 – Thank You Indonesia!My Profile

    1. tehr says:

      memang panjang umur buku ni
      sampai sekarang masih dok aka lagi

  18. puteri says:

    dulu kecik2 masa sekolah rendah guna buku 555 untuk tulis nota dan taktahulah tulis apa lagi.. he.he

    dah lama tak guna.

    sekarang guna buku nota yang besar sikit.

    1. tehr says:

      no telefon tak ada ke kat dalam tu, puteri? :D

  19. alhamdulillah setakat ini hutang semua telah dilaksanakan..tapi dah namanya kuat berbelanja,,ada hutang yang akan menyusur
    secantikmanis baru je tulis kisah PEREMPUAN MATA DUITANMy Profile

    1. tehr says:

      alhamdulillah

  20. aibaks says:

    terbaek! weh bro.. aku folower ko no bape ye?

    1. tehr says:

      minta sori la banyak2
      aku sendiri tak tau

  21. Cik Siti says:

    tahniah…. dapat 555. tak lame lagi boleh le capai angka 1k

    1. tehr says:

      tahun depan :D

  22. mama says:

    Buku ni pelbagai guna, senang dibawa kemana2 (macam pantun 2 kerat lah pulak…) Sbb size nya yg kecil memang memudahkan…terutama nak catat hutang..hee..hee..

    1. tehr says:

      ya2
      pantun je :D

  23. Hadi Rofiee says:

    Hehe. Memang terkenal buku 555 ini. :-)

    1. tehr says:

      terkenal seantero dunia :D

  24. dnoBiz says:

    munkin aku pun akan guna buku ni hehehe..,

    Ps : Bro Jo dah guna makhluk Hitam dah tehr…, kau bila lagi :D
    dnoBiz baru je tulis kisah Budak Terlampau – Pandangan di kaki LimaMy Profile

    1. tehr says:

      aku?
      teringin gak nak tuntuk ilmu dengan makhluk hitam

      1. dnoBiz says:

        best gak kalau dapat live Blogging ni :D
        dnoBiz baru je tulis kisah Budak Terlampau – Pandangan di Kaki Lima 2My Profile

        1. sangilapi says:

          sambar je satu dino :)
          sangilapi baru je tulis kisah bengkel blackberryMy Profile

  25. Norgadis says:

    Buku lima nak tumbuk orang
    tiga lima nak bayar hutang
    kalau kita nak ambil barang
    bayar cash jangan berhutang.

    1. tehr says:

      tiga lima nak bayar hutang
      buku lima nak bagi penumbuk
      bayar cash jangan berhutang
      baru hidup tak kelam kabut

  26. ProfHariz says:

    Bila saya pula untuk angka 555 ? huhuhu
    ProfHariz baru je tulis kisah Filem Aku Masih DaraMy Profile

    1. tehr says:

      sabar2, prof
      ada masa dan gilirannya tu :)

  27. NEON says:

    ADE LAGI KE BUKU 3X5 NI WEH…COMEL JERR KAN..ORANG ORANG YANG DALAM BUKU TU PLAK TAK PERNAHNYE RETI NAK BAYAR HUTANG..CEHH
    NEON baru je tulis kisah Zizan Raja Lawak Balas Email AkuMy Profile

    1. tehr says:

      hutang wajib dibayar tu
      jangan wat2 lupa lak

  28. Aretikz says:

    Buku 555 lebih dibuat buku nota berbanding buku hutang.. penyalahgunaan semasa sekolah.. haha..
    Aretikz baru je tulis kisah 1 Dolar 11 SenMy Profile

    1. tehr says:

      hahaha
      kecik2 dah pandai salah guna benda
      sekarang pandai salah guna hp

  29. Ismail N says:

    Mana tak ramai yang join.. teh yang dihidang sodap2 belaka.. :D .Tahniah sebab capai 555 followers. Semoga jadi 5555 pula lepas nie.
    Sempat jugak bukan cerita buku 555 (sebutannya 3 5). Popular zaman dulu kan? Sekarang main swipe aje.. :D

    1. tehr says:

      wow
      tahun 2020 belum tentu sampai ke angka 5555 tu

  30. afzai says:

    ★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
    buat pembaca blog kami
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
    Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami.

    wooooo ni masuk buku utang ceti ni buku 555 bayar utang tertunggak dulu… kalau tidak nyawa melayang

    1. tehr says:

      kami nak tolong :)

  31. Ladfe Amir says:

    aku ada beli buku 3-5, ingatkan nak tulis kot2 ada idea. maklumlah, boleh tulis entri tambahan bila ada idea.

    tapi bukunya dah ke mana2 entah

  32. Seri Bahasa says:

    itu kenangan di zaman 70an, kalau diingat-ingat kembali macam cepat betul waktu berlalu.
    Seri Bahasa baru je tulis kisah Cara Mengatasi Services For This Domain Have Been DiscontinuedMy Profile

  33. Ali ridha says:

    follower ke 555
    dalam buku 555.
    Ali ridha baru je tulis kisah Adsense-Pagerank dan Cpanel dikembalikanMy Profile

  34. zulkbo says:

    salam..
    banyak kenangan buku 555 ni..
    zaman kanak-kanak sehingga
    sekarang..orang rumah saya
    bekalkan sorang satu buat budak
    mengaji Quran di rumah..sebagai
    penanda dah mengaji sampai
    mana..
    zulkbo baru je tulis kisah Apa Ada Cintakan Manusia Tip CintaMy Profile

  35. Affan says:

    owh, fendidahada. huhu.
    moga bertambahnya bilangan follower dapat menaikkan smgt untuk terus berblog :)
    Affan baru je tulis kisah Aktiviti Gila Semasa Musim SejukMy Profile

  36. ardzham says:

    Buku 555 masih saya guna hingga kini, tapi bukan tulis hutang tau!
    Setiap hari menghantar kuih untuk jualan di dua gerai, saya gunakan buku 555 untuk mencatat jenis kuih dan bilangannya.

    Bila masa ambil bekas kuih maka tuan gerai akan tolak jumlah yang tak habis dengan jumlah yang dihantar dan tulis dalam buku 555 tu. maka tercatatlah pendapatan dari jualan kuih setiap hari dalam buku 555.
    ardzham baru je tulis kisah Software Blogwalking Mudah Dan PantasMy Profile

  37. gayahspears says:

    hahaha.. kelakar…
    kreatif la.. pasai pengikut 555 pon blh dijadikan n3..
    terbaik la…

    1. tehr says:

      ntah macam mana kaitan tu boleh timbul :D
      tak tersangka

  38. wandisini says:

    ada lagi ke buku ni. dah lama tak nampak lah
    wandisini baru je tulis kisah Kalau Aku Jadi Pengerusi Surau…My Profile

  39. floyd says:

    kat tempat saya pun femes juga Buku 555 ni
    floyd baru je tulis kisah Sabah Budget 2012My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun