Bukan Mamak Sentimental

Bukan Mamak Sentimental

Makan kuaci bersama-sama,
Berbagi makan jangan tamak;
UmmiKami seorang mama,
Tentu bukan seorang mamak.

Blog mamasentimental, bukan blog mamak sentimental.

Ingat tu!

Aku pernah lepaskan entri 10 Blog Terbaik Sepanjang 2013. Blog mamasentimental pula berada pada kedudukan pertama. Ya. Blog milik UmmiKami ini yang paling banyak menghantar trafik ke blog ini sepanjang tahun 2013.

Mamasentimental atau UmmiKami suka menulis pantun, seperti aku. Beliau biasa menulis banyak rangkap pantun dalam setiap entri. Dan tentunya berdasarkan tema yang dipilih.

Aku pula hanya menulis beberapa rangkap sahaja.

Blog mamasentimental menggunakan domain blogspot. Sedikit berat dengan berbagai widget, gambar dan lagu. Tapi ini tidak menghalang mereka yang gemarkan pantun untuk singgah berhibur dan berbalas pantun.

Termasuk aku. :D

Korang penggemar pantun, sila cari masa untuk jenguk-jenguk blog mamasentimental ini. Ada beraneka pantun dengan berbagai tema. Pasti korang akan terhibur dengan pantun-pantun beliau.

Bahasa budi bersopan santun,
Budaya kita suruhan agama;
UmmiKami pandai berpantun,
Santapan jiwa pengubat duka.

TehrDemikian kisah 'Bukan Mamak Sentimental' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


29 Comments

  1. ajumohit says:

    owh ni kira blog kaki pantunlah ye ;), bolehla join sekaki
    ajumohit baru je tulis kisah Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.comMy Profile

    1. TehR says:

      sila-sila duduk bersila
      apa pula nak malu-malu
      sekadar untuk hati ceria
      agar tidak ditindih rindu

      1. suri says:

        dua blog sering tak lepas nak membacanya ;)
        suri baru je tulis kisah Hystrix BrachyuraMy Profile

        1. UmmiKami says:

          Kalau hari cuaca meruntun,
          Kering-keringlah pagi di tanjung;
          Kalau Suri membaca pantun,
          Sering-seringlah pergi berkunjung…. ya :D
          UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Harap…My Profile

      2. UmmiKami says:

        Mula-mula nak buka entri Cikgu, terkejut juga sebab mamak sentimentimental tu….rupanya….

        Terimakasih secawan teh…. :)
        UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Harap…My Profile

    2. UmmiKami says:

      Kata pahit buahlah kecubung,
      Sarang merpati ada di pohon;
      Kata ajumohit hendak berkunjung,
      Sekarang menanti anda berpantun…hehe
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Harap…My Profile

  2. Adehh, blog kawe tak hantar trafik lagi ke bro? :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Malaysia Web Hosting Companies For Those Who Are About To BlogMy Profile

    1. TehR says:

      ada, bro
      ada…

      terima kasih banyak

  3. Hafizul says:

    Dahhh..geng dia gak rupanya…hahaha..
    Hafizul baru je tulis kisah Tanggal 20 Januari 2011My Profile

    1. UmmiKami says:

      hehe
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Harap…My Profile

  4. guliroket says:

    dua-dua blog kuat berpantun nih..
    guliroket baru je tulis kisah JDT bermula garang mengigit Perak.My Profile

    1. akubiomed says:

      Sudah jempu regu memang seronok berbalas pantun.
      akubiomed baru je tulis kisah Tapis kentut dengan seluar dalam high techMy Profile

      1. UmmiKami says:

        Rendah delima pengkalan titi,
        Sebelah petang langit meruntun;
        Sudah lama berbulan menanti,
        Jemputlah datang Akubiomed berpantun.
        UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Harap…My Profile

  5. Cik Siti says:

    blog mamasentimental salah satu bloglist Cik Siti… Memang dia pandai berpantun
    Cik Siti baru je tulis kisah Januari Penuh Dugaan… Tidur Di HospitalMy Profile

    1. UmmiKami says:

      Terimakasihlah Siti sayang…. :D
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Harap…My Profile

  6. hafiz says:

    Blog pnatun memang dah rare skrg ni
    hafiz baru je tulis kisah Dapat 101 like di fanpage Hairulafiz.comMy Profile

  7. maza says:

    anak ayam terkedek-kedek
    ayam buaya di celah batu
    sungguh cekap berpantun cik adek
    moga-moga kami memperoleh hidayah selalu…

    hehehhee
    maza baru je tulis kisah Baru vs BaharuMy Profile

  8. dja@sishaza says:

    Mama sentimental dan mamak sentimental ada bezanya. Mamak sentimental tak pandai berpantun, tapi mungkin hebat ber ‘ Sanggam’ style hihihi :-)
    dja@sishaza baru je tulis kisah PETUA MUDAH AWET MUDAMy Profile

    1. UmmiKami says:

      Betul tu Cikgu dja…hhehe
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Harap…My Profile

  9. kakiblog says:

    ummi kami bukan setakat boleh berpantun..malah boleh berblogwalking juga!
    kakiblog baru je tulis kisah alangkah seronoknya jika goyang kaki dapat duit!My Profile

    1. UmmiKami says:

      Berderap-derap makan kuaci,
      Meleleh mata drama ditonton;
      Harap-harap masa tak terkunci,
      Boleh kita sama berpantun.
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Harap…My Profile

  10. seronok pulak tengok pantun-pantun ni hehe
    Khairul Zamri baru je tulis kisah Aura Beauty PerfectMy Profile

  11. Lyn™ says:

    Banyak yang dah tak reti berpantun sekarang ni.
    Lyn™ baru je tulis kisah Bantuan persekolahan RM 100 menyusahkanMy Profile

  12. akubiomed says:

    Untunglah bro TehR ada regu untuk berpantun. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Tak sampai seminit Milo ais licinMy Profile

    1. UmmiKami says:

      Cikgu Tehlah orang pertama datang berpantun di blog Ummi….masih segar dalam ingatan…. :D
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Harap…My Profile

  13. bukharimalek says:

    orang lama! (Y)
    bukharimalek baru je tulis kisah Kisah Tongkat Membelah LautMy Profile

  14. UmmiKami says:

    Pantun sekadarnya buat Cikgu Teh…

    Cenderawasih hinggap di papan,
    Terkena batu dihurung penyengat;
    Terimakasih terungkap harapan,
    Kerana Cikgu pendorong semangat.

    Anggun menunggu siapa orangnya,
    Di tepi lautan tiada berawan;
    Pantun Cikgu apa kurangnya,
    Menjadi ikutan kepada kengkawan…. :D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Harap…My Profile

    1. SA says:

      satu dua tiga
      duduk tinggi rendah
      pantun cuba-cuba
      tak jadi jangan marah
      SA baru je tulis kisah Juara Badminton Siri Super Malaysia 2014My Profile

  15. hafizmd says:

    Mama sentimental…seronok ke sana sbb ada macam2 pantun yg semuanya sedap2…

    terbaiklah!
    hafizmd baru je tulis kisah Celoteh Hariz #1 Hariz Nak Baby!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun