Bukan Lawak April Fool

Bukan kerana lawak bodoh April Fool apabila Mr Tehr tersenyum sengeh macam kerang busuk membaca komen-komen sahabat yang berkunjung di setiap entri yang dilepaskan. Bukan juga kerana menerima cek dari Nuffnang kalau Mr Teh leka menyusun kata membalas pantun-pantun yang diberikan. Bukan itu sebabnya!

tamanbonda membeli penyapu lidi
buat menyapu taman hiasan
Mus Ismail N dnoBiz Cik Siti
terima kasih hamba ucapkan

bersih taman permata budi
senyum manis puteri bonda
akubiomed benjy padin suri
hadir tuan hamba gembira

puteri bonda senang sekali
bermain buai riang berlagu
tengkorak emas zik toyol mie
usah jemu datang bertamu

bermain buai di waktu pagi
sungguh leka sampai senja
ghost writer kaizen adele bEe
mesra kalian hamba tak lupa

sampai senja tidaklah puas
gusar rasa ayah dan bonda
Norgadis zulkbo sud@is yas
terima kasih kepada semua

Satu catatan bulanan khas kepada para pengomen terbaik yang sentiasa muncul di blog tehramuan ini. Sebanyak dua puluh [20] pengomen telah Mr Tehr cuba masukkan ke dalam rangkap-rangkap pantun di atas dan lima [5] pengomen terbanyak pula Mr Tehr letakkan avatar mereka di sidebar sebagai penghargaan yang tidak terhingga. Sekali lagi terima kasih kepada semua.

TehrDemikian kisah 'Bukan Lawak April Fool' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


60 Comments

  1. adele says:

    wah2..tahniah lah buat mereka yg tersenarai :D

    1. tehr says:

      termasuk adele juga tu ;)
      tq.

      1. adele says:

        yup..tq buat bro..mcm x pcy plak rsanya :D
        adele baru je tulis kisah Pengotornya Perempuan Berkuku Panjang!My Profile

  2. padin says:

    memang rasa seronok bila pengunjung datang
    memberi pendapat mengenai apa yg cuba kita bincangkan
    hee..

    1. Cik Siti says:

      betul tu… itu yang buat semangat nak teruskan berblogging…
      Cik Siti baru je tulis kisah Selamat Hari PekerjaMy Profile

    2. tehr says:

      tu la pasal, padin
      dah jadi macam satu hiburan pulak bagi aku :D

      1. padin says:

        yup, ia seakan komunikasi juga kan..:D

  3. ghost writer says:

    mekasih ya bro Tehr…

    yang terbaik gitu!
    ghost writer baru je tulis kisah sekeping kad-1000 kebencian dan joshuaMy Profile

    1. tehr says:

      sama2 kasih, ghost :D

  4. Cik Siti says:

    senyum bersebab tak pe…. lagi pun senyum tu bukan ke baik…..

    1. tehr says:

      senyum itu sedekah
      tapi kekadang, sorang2 pun senyum, cik siti
      tak ada sapa2 pun lihat :D

  5. akubiomed says:

    Kalau boleh saya ingin bermain pantun dengan bro Tehr tapi maklumlah otak agak berkarat :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Selamat menyambut Hari Pekerja 1 MeiMy Profile

    1. tehr says:

      saya pun sama gak, bro
      masih juga dok canai nak buang karat
      harap2 makin menipis
      hehe

  6. dyea says:

    mmg sentiasa tersenyum bila melihat kehadiran teman2 dkt blog kita..lg bersemangat nak menulis..walaupun cite tah pepe
    dyea baru je tulis kisah Video Games zaman 90 anMy Profile

    1. tehr says:

      minat dan kebolehan seorang tu tak sama, dyea
      harap2 pengunjung dapat sesuatu dari sini

  7. azinur says:

    alamak bestnye…siap di tag tag gitu..bile nak wat lagi..hehe
    azinur baru je tulis kisah ♥ Bile jarak memisahkan kiter! ♥My Profile

    1. tehr says:

      buat apa ni, azinur?
      blog ni ada 2 aktiviti selang seminggu
      pantun pilihan dan teka mata
      kalau tiada halangan akan dilepaskan petang jumaat
      cuba la nanti kalau ada kesempatan :D

  8. sud@is says:

    Tq mr tehr
    byk2 buat teka teki lagi
    timakasih daun keladi
    sud@is baru je tulis kisah Pekerja BercutiMy Profile

    1. benjy says:

      B3njy nengok sud@is ni pakar jawab teka teki yang tehr berikan .. tahniah kepada sud@is …
      benjy baru je tulis kisah 5 BLOG PALING KERAP DILAWATIMy Profile

  9. zulkbo says:

    salam.. terima kasih atas ingatan anda tu..blog ini sentiasa pilihan hati saya..maaf tak dapat berada di kelompok teratas seperti selalu..kekangan kerja membataskan saya :)
    zulkbo baru je tulis kisah Gambar Projek Besar zulkbo – Hampir SiapMy Profile

    1. benjy says:

      Kehadiran Zilkbo sekali sekala pun cukup untuk memeriahkan blog Tehr ni …. kan tehr kan..kan..kan..
      benjy baru je tulis kisah 5 BLOG PALING KERAP DILAWATIMy Profile

      1. tehr says:

        betul tu, benjy
        ada kerja yg perlu didahulukan
        blog ni hanya sampingan saja

  10. IM?
    insan marhaen baru je tulis kisah SabarMy Profile

    1. tehr says:

      mungkin lain kali kot? :D

  11. tips-kurus says:

    saye tak boleh minum teh selalu; nanti perut kembong..:)
    tips-kurus baru je tulis kisah Tips Ayat Power!My Profile

    1. tehr says:

      tak minum pun tak apa, tips
      datang bayar je
      haha

  12. Mus says:

    memang syiok dapat cek.. tak kirala ari nuffang ke.. apa ke..
    asalkan bukan cek tendang..
    Mus baru je tulis kisah Pengalaman Sebenar Pendapatan RM5-000 – RM8-000 Melalui BlogMy Profile

    1. tehr says:

      ya la, mus
      tak kira la banyak ke, sikit ke
      asal dapat je :)

  13. Aidanatasya says:

    salam ziarah…

    wahhh, best dapat pantun :)

    cikgu mmg bijak berkata-kata… hehehe
    segan nak komen2 kan sini makluman takut tak masuk pulak…

    tapi cikgu top comment kat blog saya ;)
    Aidanatasya baru je tulis kisah Kain Ela Trend TerkiniMy Profile

    1. tehr says:

      apa pulak segan, aida
      semua ok je :D

  14. Aidanatasya says:

    sebagai penghargaan.. kepada cikgu

    saya letak banner cikgu kat blog saya ;)
    Aidanatasya baru je tulis kisah Kain Ela Trend TerkiniMy Profile

    1. tehr says:

      terima kasih
      dah tengok tadi, nampak hensem je
      haha

  15. LadyBird says:

    byk idealah.. :D..
    mr tehr ni cikgu ek? :D..
    LadyBird baru je tulis kisah Apakah Cinta Itu Sebenarnya Untuk KitaMy Profile

    1. tehr says:

      benar la tu, lady
      cikgu biasa2 je ;)

  16. mie says:

    nasib baik tersenarai juga
    beruntung gue..
    hehehehe
    mie baru je tulis kisah Gambar Perkahwinan Diraja Prince William &amp Kate MiddletonMy Profile

    1. benjy says:

      B3njy kagun dengan Mie .. ‘free kick’(komen) yang baik dalam blog Tehr menyebabkan Mie tersenarai ‘penjaring terbanyak’ (pengomen) dalam liga Tehr ni … tahniah mie …
      benjy baru je tulis kisah 5 BLOG PALING KERAP DILAWATIMy Profile

      1. tehr says:

        haha
        MU kalah semalam
        geram pulak aku

      2. mie says:

        ye ke…
        setiap post kena komen…
        sebab semuanya enarik..
        ehehehee
        mie baru je tulis kisah Keyword Bulan April 2011My Profile

  17. wandisini says:

    nak jugak..nak jugak
    wandisini baru je tulis kisah Tak Boleh Makan Nasi LemakMy Profile

    1. tehr says:

      boleh je, wan
      semuanya free :)

  18. benjy says:

    Wahhh ! … bestnya b3njy tersenarai juga … gembira nak mampos b3njy ni … gembira seolah-olah menjaringkan gol kemenangan liga kampung kat kampung b3njy …’YES!..YES!..’ sambil tangan mengengam ke belakang …

    p/s: tak der maknanya dan tak meriahnya sebuah blog itu tanpa pengomen …
    benjy baru je tulis kisah 5 BLOG PALING KERAP DILAWATIMy Profile

    1. tehr says:

      apasal tangan genggam kat belakang, bro
      genggam ke atas la :D

  19. bermain buai riang berlagu
    riang berlagu sambil berangan
    usah jemu datang bertamu
    datang bertamu menambah kenalan

    thanks bro! :D
    tengkorak emas baru je tulis kisah Islam yang disalah tafsirMy Profile

    1. tehr says:

      riang berlagu sambil berangan
      duduk di bangku makan kuaci
      datang bertamu menambah kenalan
      sambil berhibur senangkan hati

  20. sayacomel says:

    wahh, comel sekali pantun-pantun itu..
    sayacomel baru je tulis kisah Comel Serius – Bila bayi mula mengganasMy Profile

    1. tehr says:

      comelnya secomel sayacomel
      hehe

  21. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_—\_l__l—[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)–o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ” Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Maaf lama tak ziarah kamu semua….
    Jom Terjah entry terbaru ??
    abu nak Tanya kenapa cermin sebelh kiri

    tuai padi antara masak
    esok jangan layu-layuan
    intai kami antara nampak
    esok jangan rindu-rinduan

    tahniah pada mereka semua tu yerrrrr….. tahniahhhh
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tips-tips periksa kereta untuk perjalanan jauhMy Profile

    1. tehr says:

      anak muda membeli motor
      esok jangan mencari pasal
      rempit di jalan gigi bertabur
      esok jangan masuk hospital

      tahniah dan terima kasih untuk bro azli juga

  22. zik says:

    terima kasih diatas pantun yang kreatif ini… bukan senang tuh….
    zik baru je tulis kisah Mereka yang sempoi April 2011!!My Profile

    1. tehr says:

      hanya itu je yang termampu diberikan, bro
      terima kasih juga

  23. Affan says:

    wow, first time tgk org buat dalam bentuk macam ni. sebelum ni semua buat list je hehe
    Affan baru je tulis kisah Realitinya- bukan semua trend kita boleh ikutMy Profile

    1. tehr says:

      sesekali tukar selera tu, affan
      hehe

  24. Norgadis says:

    Banyak berjalan pandangan pun luas
    dahan dipotong si ranting kayu
    singgah ke sini tak pernah puas
    membaca pantun seni melayu
    Norgadis baru je tulis kisah Santai Puisi Perwila MeriahMy Profile

    1. tehr says:

      dahan dipotong si ranting kayu
      daun kering dibersihkan semua
      membaca pantun seni melayu
      sambil kita berhibur bersama

  25. kakyong says:

    Bila lah nak masuk dlm senarai tehr ni… ;)
    kakyong baru je tulis kisah Percuma Simple header untuk yang berminatMy Profile

    1. tehr says:

      ada masa tu nanti, kak yong

  26. Ismail N says:

    Tahniah kepada mereka yg terpilih.. Kawe mesti kena pintas di saat akhir ni.. he he..
    Anyway, pantun menarik yg memasukkan nama blogger2 yg mengomen. Kreatif skali :D
    Ismail N baru je tulis kisah Selamat Tinggal BungakuMy Profile

  27. toyol says:

    ntah bila la TK nk masuk carta top 5 tu..
    hehe..
    bnyk sngt miss bln ni, cuti pnjg le..
    x pe, bln ni bnykkn jln2 k sini..
    toyol baru je tulis kisah SENYUMMy Profile

  28. Norasikin says:

    Apsal 20 je. Nape tak 200. Dpt la saya tumpang kat nombor last sekali
    Norasikin baru je tulis kisah Resepi Ikan Pari Asam PedasMy Profile

  29. bEe says:

    Uikk…. bEe tersenarai ke???
    TAHNIAH kpd kwn2…. :-D
    bEe baru je tulis kisah Dia tidak menangis…My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun