cahayacinta pondokkecil bayuk3nangan
tak kenal maka tak cinta
akubiomed pondokkecil apacerita
tehramuan

Budu Makanan Tradisi

siapa tidak mengenal budu
makanan sejak lama dahulu
di Tumpat atau Kota Bharu
kampung tradisi bandar baru

budu dengan orang Kelantan
tentu tidak boleh dipisahkan
kalau kurang selera makan
mudah sahaja nasi ditelan

kalau cerita tentang budu
tidak dicuba tidaklah tahu
makan bersama nasi kerabu
tidak ternampak mertua lalu

bila dicelur ulam pucuk ubi
perahkan pula limau sebiji
ikan bakar serta cili padi
tambah nasi beberapa kali

dongeng budu pabila dikisahkan
pantang bertambah jika dimakan
nanti bila majlis perkahwinan
pengantin tiba disambut hujan

lagu budu di YouTube

Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam dan merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia terutama di Kelantan dan Terengganu. Budu juga digemari di Selatan Thailand. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol dan paket plastik.

TehrDemikian kisah 'Budu Makanan Tradisi' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar