Budak Bakar Mercun, Mercun Bakar Budak

orang ke bazar berduyun-duyun
banyak melihat membeli tidak
budak-budak membakar mercun
mercun pula membakar budak

mahu membeli badak berendam
hidangan juadah berbuka puasa
mungkin juga membalas dendam
tak dapat bapa anak yang kena

ikan panggang dipenuhi abu
ikan goreng di dalam kuali
apalah dibilang untung beribu
orang disayang kehilangan jari

dicicah kicap si ulam timun
dicicah belacan ulam pegaga
riang sekejap duka bertahun
sesal kemudian tidak berguna

gulai lemak hidangan bersahur
telur ikan di dalam pinggan
usahlah tamak ucapkan syukur
puasa dan raya di dalam aman

Negara kita Malaysia, melarang pembakaran mercun seperti yang termaktub di dalam Akta Bahan Letupan pindaan tahun 1991 akibat peningkatan kadar kecederaan di kalangan kanak-kanak. Kes kecederaan akibat bermain mercun terus meningkat saban tahun walau pun berbagai kempen dan peraturan diperkenalkan oleh kerajaan. Apa langkah kita sebagai abang, kakak, ibu, bapa atau sebagai blogger?

TehrDemikian kisah 'Budak Bakar Mercun, Mercun Bakar Budak' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun