Buaya Darat Dan Kebuayaan

Jalan-jalan di alam maya petang tadi, dapat pula berita mengenai buaya yang muncul di tasik buatan Taman Seri Inderapura, Kuantan. Belum juga lama sebelum ini telah ada buaya yang muncul di Kampung Sungai Soi.

Nampak macam bebas saja sang buaya ni dapat muncul di mana-mana sesuka hati. Risau juga kalau-kalau ada yang dibaham buaya nanti seperti yang biasa berlaku di Batang Lupar, Sarawak. Tapi dah lama juga tak dengar Bujang Senang mengganas, kan?

buaya darat lelaki yang suka menukar-nukar pasangan wanitanya dan meninggalkan mereka setelah dinodai
kebuayaan sifat atau perbuatan buaya darat, sifat suka mempermainkan perempuan
membuaya menyerupai buaya, merangkak, meluncur; berkelakuan seperti buaya darat

Pernah lihat buaya? Saya percaya ramai yang pernah. Tetapi saya sebenarnya bukan mahu bercerita mengenai buaya yang ada di air, tetapi mahu berkongsi mengenai kebuayaan dan lelaki yang suka membuaya. Pernah terjumpa buaya darat?

tehr

gambar hiasan

buaya darat sangatlah smart
tingkah laku sentiasa cermat
putar belit dan tipu muslihat
cari mangsa yang tak beringat

lembut lidah berbanding gigi
bila bicara senyuman berseri
orang dewasa dan gadis sunti
silap gaya dibahamnya nanti

buaya darat payah nak teka
kalau tak cukup ilmu di dada
engkar nasihat orang tua-tua
pasti sekali menjadi mangsa

Buaya air yang ganas, biasanya akan ditembak mati sahaja. Paling kurang pun akan ditangkap dan dihantar ke zoo. Tetapi kalau buaya darat yang ganas, nak buat macam mana? Tembak juga? Atau hantar juga ke zoo, berkawan dengan buaya air? :D

TehrDemikian kisah 'Buaya Darat Dan Kebuayaan' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


59 Comments

  1. matahari says:

    haha. buaya darat ni payah benar nak tangkap melainkan bertemu degan ruasnya.
    matahari baru je tulis kisah kegilaan yang ironikMy Profile

    1. akubiomed says:

      Setuju memang licik si buaya darat pantang nampak dahi licin mula hendak masuk jarum

      1. dnoBiz says:

        dan yang pasti buaya darat lebih ganas dari buaya air :D
        dnoBiz baru je tulis kisah Lesen Arak – Kelantan sedia tambah lesen premis minuman arakMy Profile

        1. tehr says:

          agak2 bujang senang pun takut dengan buaya darat ni

      2. tehr says:

        bakat semula jadi tu, bro
        bukan boleh dibuat2

    2. tehr says:

      memang kena cari bomoh buaya tu

  2. zik says:

    siapa agaknya yang bersongkok itu??? buaya darat nie ada dimana-mana….
    zik baru je tulis kisah Open Malaysia badminton 2011- Lee Chong Wei mesti juara!!My Profile

    1. padin says:

      aku pun tertanya2 siapa gerangan yang bersongkok tuh,
      padin baru je tulis kisah Kem Kepimpinan Majlis Perwakilan PelajarMy Profile

      1. tehr says:

        hehehe
        gambar hiasan
        dan pasti bukan buaya darat

    2. dnoBiz says:

      betul tu di darat dia ada, di air pun boleh, bahkan di udara pun ramai….
      dnoBiz baru je tulis kisah Getah Oh Getah – Harga getah dan Harga Penoreh GetahMy Profile

      1. tehr says:

        buaya udara paling bahaya
        jajahan takluk dia paling luas :D

    3. tehr says:

      gambar hiasan je tu, zik
      nak cari gambar buaya darat ni payah sikit
      sebab mereka ni pandai menyamar

  3. mie says:

    uihh!!
    kadang2 terasa diri ni buaya darat..
    ehehhee
    mie baru je tulis kisah Mini Contest!!My Profile

    1. tehr says:

      aik, ya ke ni, bro
      bahaya ni :D

    2. mie says:

      itu la…
      harap xmenjadi buaya..
      ehheee
      mie baru je tulis kisah Kek Pilihan Untuk Ulangtahun KelahiranMy Profile

  4. padin says:

    hehe macam mana agaknya buaya darat berkawan dengan buaya air, miahahaha
    padin baru je tulis kisah Kem Kepimpinan Majlis Perwakilan PelajarMy Profile

    1. tehr says:

      tak dapat aku nak bayangkan
      siapa yang baham siapa dulu
      hehehe

    2. Norasikin says:

      dikejarnya la.. Agak-agak siapa kejar siapa?
      Norasikin baru je tulis kisah Resepi Tat Keju Bluberi Blueberry Cheese TartMy Profile

  5. najwa says:

    humban kan je buaya darat kat dalam tempat buaya air tuh…
    poetry yg sgt mantap! eh yg bersongkok tu salah sorg buaya darat ke? hihihihihihi

    1. tehr says:

      hahaha
      bukan buaya darat tu
      buaya biasa2 je :D

  6. azie says:

    Buaya darat ni mmg bahaya.. buaya darat ni mau bg kat buaya air ja, biar die kena baham hehe..
    azie baru je tulis kisah Siakap senohong- Gelama ikan Duri- Bercakap bohong- lama-lama mencuriMy Profile

    1. tehr says:

      nanti kita paka2 tengok
      siapa yang kena!
      hehehe

  7. dnoBiz says:

    Buya darat lebih sesuai dihantar ke zoo,
    supaya tak berkeliaran merata tempat :D
    dnoBiz baru je tulis kisah Kemalangan – Orang ramai berpusu-pusu kutip syilingMy Profile

    1. tehr says:

      mesti buat zoo khas ni, bro
      tak boleh campur ngan gajah
      hehehe

  8. zulkbo says:

    salam..
    khabarnya buaya di jadikan
    sate di sarawal saya ye..?
    zulkbo baru je tulis kisah Benarkah Iklan Nuffnang Melambatkan Loading BlogMy Profile

    1. tehr says:

      salam
      eh, ya ke, bro
      tak tau la pulak

  9. kami says:

    buaya darat ni yg lg bahaya dari buaya kat sungai tu..hehe
    berhati hatilah wahai kaum hawa..:)

    1. tehr says:

      tu la pasal
      buaya darat ni baham kaum wanita je

      1. hafizmd says:

        sekarang, bukan setakat wanita…habis yg berkenan disapunya..
        hafizmd baru je tulis kisah Wuduk dan bakteria…My Profile

        1. tehr says:

          yang ni buaya tembaga
          memang dahsyat

  10. hafizmd says:

    buaya oh buaya
    kenapa engkau kurus
    macam mana aku tak kurus
    buaya darat dah ambil alih
    hafizmd baru je tulis kisah Wuduk dan bakteria…My Profile

    1. Ali ridha says:

      duduk didarat ni.dia selalu
      berjemur.air dalam badan dah kering.huuuu…
      Ali ridha baru je tulis kisah Amrpstqorg Domain pagerank 5My Profile

  11. Ali ridha says:

    buaya darat bila dah terperangkap.
    baru dia tahu.langit tu tinggi ke rendah.
    Ali ridha baru je tulis kisah Amrpstqorg Domain pagerank 5My Profile

    1. tehr says:

      hahaha
      padan muka

  12. RedBoys says:

    kalau dapat buaya darat, memang habislah. susahkan nak beza buaya darat ni. manis mulut mereka ni.
    RedBoys baru je tulis kisah Pencarian 10 Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011My Profile

    1. tehr says:

      harap kaum wanita berhati-hati
      geng buaya darat ni pakai pemanis :D

  13. sangilapi says:

    adakah lelaki yang suka pakai sandal crocs dan pakaian jenama crocodile itu melambangkan sesuatu ? :)

    orang tua kata kalau lelaki hidungnya berminyak itulah tandanya -si hidung belang :)

    *berminyak macam mana,aku pun tak pasti *
    sangilapi baru je tulis kisah rezeki dari domainMy Profile

    1. suri says:

      isyah peramal 2011 ni heee

    2. tehr says:

      buaya getah je tu, bro
      tak bahaya

  14. bisk says:

    mungkin sebab buaya2 nih dah dirampas habitat dowank,tuh yang nak jadikan habitat manusia sebagai alternatif dowank…macam kita juga akan serang sapa yang menceroboh kediaman kita..kenapa tidak dowank..

    kalau buaya darat..hurmm cuma perlu tempat pemuliharaan jer kot.
    bisk baru je tulis kisah tetap utuh!My Profile

    1. tehr says:

      buaya darat ni tak kira habitat, bisk
      mereka main redah je

  15. Norasikin says:

    Saya cadangkan buaya darat dihantar ke air. Biar dia dimakan buaya air.

    1. suri says:

      tapi tak blh di masak yer kak heee

    2. tehr says:

      sanggup ke buaya air tu nak makan buaya darat?
      banyak kuman tu :D

  16. suri says:

    ad alari dlu tak pun jangan bergerak duduk satu tmpt cam batu heee

  17. huhu…
    dulu masa dekat sekolah.. ada buat group, kita orang letak name group tu GBR : geng buaya darat. hehehe…

    tpi masa tu tak matang lagi… sajew suke2.. tpi memang ada la 2 orang jadi buaya darat, cuma buaya darat tu tak menodai lagi la.. just banyak awek jew.. huhu…
    Johari Hamzah baru je tulis kisah Cinta Kristal – AwieMy Profile

    1. tehr says:

      fuh, group?
      jangan masuk perangkap dah la, jo :)

  18. gayahspears says:

    salam bro tehr…
    buaya darat??? kalo Gayah jadi buaya timur camne pulak ya?? hihihi

    1. tehr says:

      ya ke, gayah?
      ramai yang sedia menjadi mangsa
      dengan rela hati :D

  19. Latifah says:

    buaya ohhh buaya…
    hehehe
    Latifah baru je tulis kisah Luahkan apa yang terpendamMy Profile

    1. tehr says:

      pernah jumpa buaya ke, latifah?

  20. Ismail N says:

    Selalu tengok buaya di zoo dan taman buaya. Tapi yg mengganas belum lagi laa.. semuanya yg layu-layu. Harap2 tak jumpa lah yg ganas.
    Tapi zaman ni buaya darat yang mengganas dan kebuayaan banyak di daratan. Awaslah awek-awek semua.. jangan berani-berani sangat. Bahaya oiii!

  21. cikmin says:

    segak pulak tengok orang dalam gambar hiasan tu..ahaks.. :P
    cikmin baru je tulis kisah Kari Ikan Tenggiri Ala CikminMy Profile

    1. suri says:

      hai cikmin berkenan kor hang tegur2 tuh?
      haDOii…

  22. Cik Siti says:

    lebih rela kena terkam dengan buaya air dari buaya darat…hehehe

  23. kakyong says:

    takut dgn buaya darat… :p
    kakyong baru je tulis kisah Pulut kuning vs menukar nama anakMy Profile

  24. deCrewz says:

    Ha3.. Ramai pulak org takut ngan buaya darat, tapi buaya darat la diorg wat suami..ahaks..

    p/s : diriku buaya darat yang baik..ha3
    deCrewz baru je tulis kisah Buffered Earning Yang ke-3My Profile

  25. suri says:

    berkawan dgn buaya air? baik masokkan dia kat dlm kandang badak sembu hiiii..

  26. Norgadis says:

    Manis bicara sopan lagaknya
    ramai tertipu memandang parasnya
    bicara manis menutup maksudnya
    Rupanya busuk niat hatinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun