Buat Tulisan Jernih Atas Gambar

Tutorial ini sebagai memenuhi soalan bagaimana saya meletakkan tulisan yang jernih [?] di atas gambar. Betul ke istilah tu? Sebagai pengetahuan tambahan, saya hanya menggunakan Adobe Photoshop 7.0 sahaja. Saya andaikan di sini anda sudah pernah menggunakan Photoshop dan telah juga tahu bagaimana mahu membuat layer tulisan [menulis atas gambar].

1Saya menggunakan tulisan berwarna putih tetapi anda boleh menggunakan apa sahaja warna. Anda boleh juga memilih untuk membuat tulisan condong atau mendatar. Boleh sahaja meletakkannya di tengah atau di sudut gambar.

2Ini adalah paparan bagi Layers dan Character yang saya gunakan. Jenis, saiz dan warna tulisan dapat dilihat di situ. Sebelum meneruskan langkah seterusnya, pastikan anda klik pada layer tulisan yang bertanda huruf ‘T’ dan latarnya bertukar kepada warna biru.

3Ini pula paparan pada kotak pilihan Styles. Nampak anak panah berwarna merah? Saya memilih ‘Clear Emboss – Outer Bevel‘ untuk mengubah style tulisan. Hanya sekali klik sahaja diperlukan.

4Effects – Bevel and Emboss akan keluar pada layer tulisan. Klik 2 kali [2X] pada butang yang ditunjukkan [butang hitam bulat] untuk membuka paparan Layer Style.

5 Ini adalah paparan Layer Style yang kita boleh gunakan untuk membuat penyesuaian kepada tulisan kita. Cubalah bermain-main di sini. Kalau mahu sama seperti saya, pastikan Size adalah 0 [kosong]. Saya juga menggunakan Highlight Mode normal berwarna putih dan Shadow Mode normal berwarna hitam. Anda boleh sahaja menukar warnanya dengan mengklik kotak yang berwarna hitam itu.

6

Akhirnya kita dapat tulisan jernih di atas gambar yang diinginkan. Saya menyimpan fail Photoshop (*.PSD; *.PDD) untuk kegunaan di masa hadapan. Untuk menyimpan fail gambar saya memilih Save for Web… kerana ia lebih ringan untuk dimuatkan ke dalam entri blog.

Harap sangat anda akan faham apa yang saya cuba jelaskan. [Tahu buat tak bermakna tahu menunjukkan cara membuatnya.] Apa-apa soalan kalau ada boleh kemukakan dalam kotak komen atau email je. Tehr tak kisah… :D

TehrDemikian kisah 'Buat Tulisan Jernih Atas Gambar' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


38 Comments

  1. MDHAFiZ.NET says:

    wah bangganya .. gambar itu di negeriku..Sarawak Darul Hana!!
    takbir!

    1. tehr says:

      cuti hujung tahun lepas kami ke kuching :D

      1. Mus says:

        tanahtumpah darah ku jua..
        Mus baru je tulis kisah 213 Jawatan Kosong Kerja Kerajaan Untuk DirebutMy Profile

        1. tehr says:

          anak sulung saya juga lahir di kuching, sarawak

  2. bisk says:

    mekasih untuk tips nih Tehr….
    mungin akan dipraktik bila dah ready.
    bisk baru je tulis kisah hujan keresahanMy Profile

    1. tehr says:

      slow belajar
      saya juga masih belajar walau pun dah lama kenal photoshop ni

  3. etomyam says:

    memang cantik bila di transparent kan tu :D
    etomyam baru je tulis kisah Promote to over 10 million individuals across the globeMy Profile

    1. tehr says:

      setakat itu je yang aku tahu, bro :D

  4. kami says:

    kami pun ada buat mcm tu kat header yang skang ni..
    nampak unik kan..hehe
    kami baru je tulis kisah Tips Penampilan Diri Yang MenarikMy Profile

    1. tehr says:

      memang nampak unik dan cantik
      lagi pun kepuasan tu yang penting bila kita boleh membuatnya

  5. padin says:

    memang menarik dan nampak eksklusif..
    padin baru je tulis kisah Aku Marah 3My Profile

    1. tehr says:

      memang menarik, bro
      tapi kalau sapa2 yang lagi pandai
      lagi cantik la dapat dibuat
      aku takat tu je

  6. akubiomed says:

    PhotoShop memang hebat untuk photo editing. Saya pakai GIMP dan PhotoScape. Paling mudah nak guna adalah PhotoScape
    akubiomed baru je tulis kisah Aku memang betul-betul lupaMy Profile

    1. tehr says:

      tak pernah pulak saya cuba gimp atau photoscape
      ada masa boleh dicuba nanti

    2. Mus says:

      PhotoScape memang ringkas dan mudah!!
      Mus baru je tulis kisah 213 Jawatan Kosong Kerja Kerajaan Untuk DirebutMy Profile

      1. tehr says:

        saya belum pernah mencubanya, bro
        ada masa nanti boleh dicuba

        1. akubiomed says:

          PhotoScape dan GIMP adalah jenis aplikasi terbuka(open source application) tidak perlu lesen

  7. Cik Siti says:

    dah buat tutor lak ye… tahniah… kongsi ilmu
    Cik Siti baru je tulis kisah Kenangan Bersama dengan TersayangMy Profile

    1. tehr says:

      sekadar apa yang saya tahu je
      yang ringkas2 je :D

  8. Norgadis says:

    Bagus, kongsi kemahiran yang ada, tapi saya memang tak pandai guna PhotoShop ini. Senang bagi yang mahir tapi amat sukar bagi orang mcm saya ni huhuhu….
    Norgadis baru je tulis kisah Tujuh kalimatMy Profile

    1. tehr says:

      slow2 belajar, nor
      sekali dah tahu caranya, memang seronok

  9. mie says:

    gue masih belum mahir dengan photoshop..
    eheheee
    mie baru je tulis kisah Kecantikkan Dan Keunikkan GibraltarMy Profile

    1. tehr says:

      ada masa boleh cuba2, bro

  10. Afiq Bukhari says:

    ohh macam tu ke? thnks tehr :)
    Afiq Bukhari baru je tulis kisah Cenderamata daripada blogger Mah@MahuMy Profile

    1. tehr says:

      yups, macam tu je
      apa yang saya buat la, afiq
      mungkin orang lain guna cara lain pula kan?

  11. toyol says:

    tengok je la..
    mmg x paham apa2 pun pasal photoshop ni..
    toyol baru je tulis kisah CEREWET DI MEJA MAKANMy Profile

    1. tehr says:

      hanya perlu masa je
      slow2 belajar, akan faham juga nanti

  12. zik says:

    senang sangat…. rupanya… terfiir juga , macam mana lah mereka semua nie buat sama dengan bro tehr nie…
    zik baru je tulis kisah Korea selatan tempat ketiga piala asia 2011!!My Profile

    1. tehr says:

      ramai yang pandai buat ni, zik
      sekadar meriahkan majlis je
      hehe

  13. suri says:

    salam hujung mgu..

    baru kesempatan bukak blog huuuu

    oh ya sudah ada caranya mengikut langkah demi langkah

    lpeas ni sy mesti cuba :)

    1. tehr says:

      cuba jangan tak cuba
      slow2 langkah

  14. suri says:

    terima kasih sahabat tehr atas toturial dan tnjuk ajar yg diberi :)

    apapun kena download adobe Photoshop 7.0 hiiii

    1. tehr says:

      nampaknya gitu la, suri
      kena download dulu tu

      1. RedBoys says:

        ada link untuk downloadnya tak, tehr?
        RedBoys baru je tulis kisah Tips Berhenti MerokokMy Profile

        1. tehr says:

          tak pernah pula download
          biasanya aku dapat dari kawan je

  15. RedBoys says:

    menarik sekali tutor ni. cuma tak mahirlah menggunakan PS ni. hehe. nampak agak complicated.
    RedBoys baru je tulis kisah Tips Berhenti MerokokMy Profile

    1. tehr says:

      boleh je slow2 mencubanya, RB

  16. Din says:

    rasanya lebih simple kalau font warna putih then drop shadow =_= ataupun adjust kapasiti = . . =
    Din baru je tulis kisah Solat memakai kasut ?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun