Buat Table Dalam Entri Dengan MS Word

Kadang-kadang dalam menyiapkan entri blog, kita mahu membuatnya dalam bentuk table. Saya sendiri pernah meletakkan table dalam beberapa entri yang lepas mengikut kesesuaian maklumat yang mahu dipaparkan seperti dalam entri ini.

MS Word menyediaan kemudahan ini, jadi apa salahnya kita menggunakan kemudahan yang sedia ada. Kali ini saya ingin berkongsi bagaimana membuat table dengan MS Word untuk diletakkan di dalam entri blog. Kita cuba lihat beberapa langkah-langkah yang perlu. Saya menggunakan MS Office Word 2003.

1. Buka MS Word dan klik Insert Table

table 1

2. Merge Cells yang perlu. Klik kanan dan pilihan menu akan keluar.

table 2

3. Klik kanan mana-mana cell dan pilih Table Properties > Tab Cell > Vertical Alignment : Center

table 3

4. Masukkan data dan maklumat
5. Select Table dan Copy

table 4

6. Pastekan ke dalam entri blog

Hasilnya seperti ini. Mudah, cepat dan berkesan. :D

Teh Ramuan Teh Ramuan Teh Ramuan Teh Ramuan Teh Ramuan
Teh Ramuan Teh Ramuan Teh Ramuan
Teh Ramuan Teh Ramuan
Teh Ramuan Teh Ramuan Teh Ramuan Teh Ramuan

Segala maklumat masih boleh diubah, ditambah atau dibuang setelah berada di dalam entri blog. Semua cell, row atau column masih juga boleh diubah tetapi sedikit sukar. Lebih senang membuat ubahsuai di dalam MS Word.

*Saya banyak belajar perkara baru apabila ada kawan-kawan yang bertanya cara untuk membuat sesuatu. Walau pun mereka tahu bahawa saya tidak tahu, tapi masih juga bertanya. Mereka mahu saya mencari cara-cara membuatnya. Sebenarnya seronok juga belajar dengan cara ini. :D

TehrDemikian kisah 'Buat Table Dalam Entri Dengan MS Word' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


40 Comments

  1. MDHAFiZ.NET says:

    wow.. 1st!! x pernah aku letak table dlm entri.. nanti aku cuba.. hehehe.. :) thanx Mrtehr..

    1. tehr says:

      cuba la hafiz
      apa2 hal nanti kongsi lagi dalam kotak komen
      kita sama2 belajar

      1. MDHAFiZ.NET says:

        insyaAllah.. kalau ada entri yg memerlukan table… :)

  2. Cik Siti says:

    satu lagi ilmu…. nak cuba le…. best juga kongsi ilmu ni
    Cik Siti baru je tulis kisah Kenangan Bersama dengan TersayangMy Profile

    1. tehr says:

      boleh dicuba bila perlu, cik siti

  3. Norgadis says:

    Saya pun tak pernah letak table dlm entri..
    Pelajaran baru ni…
    Norgadis baru je tulis kisah Selamat Menyambut Hari WilayahMy Profile

    1. tehr says:

      jarang2 je perlu table ni, nor :D

  4. padin says:

    wahh, ada lagi senang rupanya wakakaa
    aku gunakan html code untuk bt table..
    boleh cuba lain kali ni kalau nak guna table heee

    1. tehr says:

      dulu aku pun guna html
      lepas tu guna css table
      tapi guna ms word ni lagi senang dan cepat

    2. akubiomed says:

      Ye lar lagi mudah guna cara ini tak payah bersusah payah terkebil-kebil hendk tulis kod html:-)
      akubiomed baru je tulis kisah Peningkatan trafik blog di bulan JanuariMy Profile

      1. tehr says:

        memang berpinar biji mata bila tulis kod html, bro :D

  5. bisk says:

    kira cuma dalam entry jer lar nih.owh ok,no problem.thanx bro Tehr.
    bisk baru je tulis kisah sahabatMy Profile

    1. tehr says:

      setakat ni saya gunakan table dari ms word hanya di dalam entri
      boleh gak kot guna kat tampat lain
      belum cuba belum tahu, kan? :D

  6. mie says:

    uihh!!
    mudah dan simple..
    eheheee
    mie baru je tulis kisah Kami Blogger UtaghaMy Profile

    1. tehr says:

      kalau dah biasa dengan table dalam ms word, memang sangat mudah, mie

  7. sud@is says:

    tq sharing,,mudah dan senang
    sud@is baru je tulis kisah Singgah Sini SanaMy Profile

    1. tehr says:

      sekadar berkongsi, sud@is
      sama2 kita belajar

  8. zulkbo says:

    salam..
    ermmm..ini baru
    entri seorang guru..
    terima kasih ilmu
    yang di turunkan..
    he he
    zulkbo baru je tulis kisah Kalau Haruan Makan Anak Ini Orang Yang Sepatutnya Berakal Rogol Anak KandungMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      masih juga dalam proses belajar, bro
      lebih banyak teraba-raba dari melangkah :D

  9. zik says:

    sangat2 mudah…. ada pernah try letak… pasal jadual perlawanan kalau tak silap.. erm..
    zik baru je tulis kisah Katak berbisa pembunuh!! Toad Cane-Katak lautMy Profile

    1. tehr says:

      kadang2 memang ada keperluan untuk table ni

  10. toyol says:

    TK pun x pnh buat entry ada table ni..
    menarik..
    nanti TK akn blaja buat..
    trima kasih..
    toyol baru je tulis kisah BUKU TERBUANGMy Profile

    1. tehr says:

      ambil tahu dulu, TK
      nanti ada keperluan boleh guna

  11. Azzafirza says:

    thanks sharing
    Azzafirza baru je tulis kisah Tutorial – Disable Copy TextMy Profile

  12. gayahspears says:

    wah.. menarik la.. thnk 4 sharing bro.. Gayah nk try la..hihi

    1. tehr says:

      free dan percuma :D

  13. Nampak macam senang jer ni.., mungkin boleh cuba nanti kalau perlu letak table dalam post. :)
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Who remove you from FacebookMy Profile

    1. tehr says:

      kalau2 nanti diperlukan :D

  14. Azuan says:

    Masih belum terlintas lagi utk guna table.. tapi mana tau nanti akan diperlukan..
    Azuan baru je tulis kisah Setelah Sekian Lama MenyepiMy Profile

    1. tehr says:

      nanti bila ada keperluan boleh buat rujukan :D

      1. Azuan says:

        Itulah maksudnya bro…
        Azuan baru je tulis kisah Setelah Sekian Lama MenyepiMy Profile

  15. kakyong says:

    nak try jugak kaedah ni nanti..
    kakyong baru je tulis kisah Update Qistina Balqis Maisarah – 1- 2 &amp 3 Februari 2011My Profile

    1. suri says:

      rindu masa mula2 bljar buat excel ada je salah bahagi ..tolak tambah.. huuu

      1. tehr says:

        selamanya kita akan terus belajar, suri

  16. suri says:

    bila dah tahu dan dapat buat rasa seronok melebihi segalanya :)

    p/s:terima kasih atas tunjuk ajar watermak tu ..manfaat bt suri disini :)

  17. megat says:

    wah! sudah bagus. teringat sorang rakan blogger pernah tanya macam mana nak buat table dalam entri atau page.

    sekarang sudah pasti menjadi mudah. terima kasih atas info.
    megat baru je tulis kisah Bisikan hati- bisikan syaitan atau yakinMy Profile

    1. tehr says:

      sama2, bro
      terima kasih kerana singah

  18. Sya Isya says:

    oo.. baru tahu boleh guna table dr ms direct. tq2.
    Sya Isya baru je tulis kisah NAMA ANAK TOMOK DAN GAMBAR TERBARU ARRIANSHAH AKIDMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun