Buat Apa Saja

‘Buat apa saja asalkan hidup kita gembira dan selamat’. Banyak kali juga aku menulis ayat ini dalam entri Tehramuan.Com sejak akhir-akhir ini. Tak tahu sebab apa, aku rasa macam seronok pula untuk menulis ayat ini yang selalunya aku akan tulis di akhir entri.

seronok berbuat apa sahajaapa ni
bilakah masa atau pun ketika
tepuklah dada tanya selera
asalkan diikut aturan agama

hidup gembira manusia hajati
gelak ketawa sepanjang hari
keluarga di kanan jiran di kiri
berbunga taman di dalam hati

patah sayap paruh ditongkat
barang dikejar pastilah dapat
tujuan hidup sentiasa selamat
aman di dunia sampai akhirat

Kita diberi dan mempunyai peluang untuk berbuat apa saja mengikut kata hati kita, selagi tidak melewati batas-batas agama, undang-undang negara, adat resam dan budaya. Moga-moga kita sentiasa gembira dan selamat.

Ada perhimpunanĀ Bebas Anwar 901 di pakir awam Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur pagi ini. Sesiapa yang turut serta sentiasalah ikut garis panduan yang ditetapkan.

TehrDemikian kisah 'Buat Apa Saja' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


36 Comments

  1. dinar says:

    buat apa saja,
    asalkan hidup kita bahagia,
    tambah indah ikut saranan agama,
    bahagianya bukan saja kita yang rasa,
    juga untuk kesejahteraan umat seantero dunia!!!

    1. tehr says:

      yups
      bahagia tak bermakna kalau semua orang disekeliling kita merana
      memang tak boleh bahagia sorang2 :D

  2. Melatiqistyna says:

    Wahhhh….. Ramai yg pandai berpantun2 ye… :)

    Betol tu, buatlah apa saja yg Kita nak, asalkan ikut aturannya, jgn terbelok….insyaAllah selamat…
    Melatiqistyna baru je tulis kisah Bapak Borek Anak Rintik…. :D My Profile

    1. tehr says:

      pilih jalan yang lurus je
      insya-allah selamat

      1. b3njy says:

        Jalan ke rumah Benjy kat Sabah banyak berliku-liku … habis elak semua lubang-lubang itu.
        b3njy baru je tulis kisah NUR AMALINA JUGA SUKA MEMBUAT KERJA AMAL KEBAJIKANMy Profile

  3. yas says:

    Diharap tidak berlaku kekecohan, polis dh bagi permit jadi harap derang gunakan dgn sebaik2nya….
    yas baru je tulis kisah Juara Masterchef Malaysia – Ezani der Champ!!!My Profile

    1. tehr says:

      khabarnya ada letupan
      aku tak tau lagi ni apa sebab

      1. b3njy says:

        Mereka ni yang buat bom sendiri sebenarnya nak tunjuk bakat masing2 … bakat terpendam tu cikgu … hehehehe
        b3njy baru je tulis kisah NUR AMALINA JUGA SUKA MEMBUAT KERJA AMAL KEBAJIKANMy Profile

  4. kakyon says:

    tehr.. gmbr tu menyentuh hati akk. mohon share.
    ikutlah adab dan peraturan..jangan sampai menyalahi undang2..
    kakyon baru je tulis kisah bila rose berkembang..My Profile

    1. tehr says:

      boleh2
      semua yang ada kat blog ni free je :D

      1. b3njy says:

        yer ker freee ? …. hehehehe nak ikut suka hati I nak ambil apa2 kalau macam tu :D
        b3njy baru je tulis kisah NUR AMALINA JUGA SUKA MEMBUAT KERJA AMAL KEBAJIKANMy Profile

  5. cik tom says:

    betul nak buat sesuatu kena la ikut garis panduan..kl hidup takde rules blh musnah diri/ negara..

    1. tehr says:

      tu la pasal
      tapi masih ada je yang nak buat suka hati dia
      pelik benar

      1. b3njy says:

        Mungkin dia perasan donia ni mak bapa dia punya kot :D
        b3njy baru je tulis kisah NUR AMALINA JUGA SUKA MEMBUAT KERJA AMAL KEBAJIKANMy Profile

  6. titan says:

    ramai gak yang pergi ye. hehe..
    titan baru je tulis kisah Kenapa Ezani yang menang MasterChef Malaysia?My Profile

    1. tehr says:

      aku gi sekolah :D

      1. b3njy says:

        Cikgu memang kacak sebab pergi sekolah :D
        b3njy baru je tulis kisah NUR AMALINA JUGA SUKA MEMBUAT KERJA AMAL KEBAJIKANMy Profile

    2. b3njy says:

      Titan, agak2 yang pergi tu kacak ke tak ? :D
      b3njy baru je tulis kisah NUR AMALINA JUGA SUKA MEMBUAT KERJA AMAL KEBAJIKANMy Profile

  7. LadyBird says:

    teringin nak buat apa sahaja yang dihajati..
    namun sebagai manusia biasa.. ada bende yang kita tidak boleh buat atau tidak mampu untuk digapai..

    usaha untuk mendapatkannya sangat indah berbanding dengan kita bebas untuk mendapatkan apa sahaja dengan mudah tanpa berusaha..

    nilainya amat2 berbeda..

    contohnya perhimpunan tu.. hehehe.. niat di hati memang nak pergi.. tetapi.. cabarannya banyak sekali..
    LadyBird baru je tulis kisah Perut Sumber PenyakitMy Profile

    1. tehr says:

      redah je lady kalau nak ikut serta
      tapi kalau tak sanggup, memang bagus dok kat rumah je

  8. kakyong says:

    kadang2 tak kesampaian nak buatlah apa sahaja..
    pasti ada saja halangan & pasti ada lah sebab & hikmahnya kan..
    kakyong baru je tulis kisah Cheritera hati 1st GiveawayMy Profile

    1. tehr says:

      halangan tu sebab nak beri kita nikmat lebih
      seronok sangat kalau dapat atasi halangan

  9. shraqs says:

    Aku takde kat KL, so camana semua? Rasanya ok kot, sebab DSAI tak bersalah..
    shraqs baru je tulis kisah Kekerapan Blog Yang Ideal?My Profile

    1. tehr says:

      habis babak ni kita masuk babak mengundi pula ni
      dengar kata dah dekat benar

      1. b3njy says:

        Kabar2 angin bila pula tu ?
        b3njy baru je tulis kisah NUR AMALINA JUGA SUKA MEMBUAT KERJA AMAL KEBAJIKANMy Profile

        1. tehr says:

          aku agak bulan mac nanti :D

  10. adele says:

    hmmmm…nak buat sesuatu..tp ada kekangan…tak bolehlah buat apa saja :(
    adele baru je tulis kisah Fahamilah Perempuan!My Profile

    1. tehr says:

      pulak dah
      tak apa, pelan2 kayuh nanti peluang tu akan tiba juga

      1. b3njy says:

        Kayuh basikal ke kayuh sampan ni cikgu ? :D
        b3njy baru je tulis kisah NUR AMALINA JUGA SUKA MEMBUAT KERJA AMAL KEBAJIKANMy Profile

  11. b3njy says:

    Kalaulah boleh buat suka hati kan … Benjy nak jadi PM …. hahahaha
    b3njy baru je tulis kisah NUR AMALINA JUGA SUKA MEMBUAT KERJA AMAL KEBAJIKANMy Profile

    1. tehr says:

      eh, kalau la boleh
      tak tahu pulak aku nak jadi siapa :D

  12. kulanz says:

    tak kira sokong siapa.. yang penting jaga keamanan… hidup selamat, tiada kacau-bilau..
    kulanz baru je tulis kisah Keputusan Perbicaraan Liwat II Anwar IbrahimMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      yang penting semua selamat dan semua gembira
      cukup dah macam tu :D

  13. akubiomed says:

    Semalam ada dilaporkan bunyi 3 letupan di perkarangan mahkamah. Ia bukanlah satu yang bagus hingga menganggu gugat keamanan dengan cuba menghuru harakan suasana. :-(
    akubiomed baru je tulis kisah Pengalaman kena denda di sekolahMy Profile

  14. Norizwan says:

    buat la apa saja…asalkan tak melebihi batas….seronok….Alhamdulillah….
    Norizwan baru je tulis kisah Manusia perlu menjelajah dan menakluki planet lainMy Profile

  15. masam sungguh terlebih cuka
    manis gula kuih koya
    buatlah apa saja disuka
    asal tidak melampawi batasnya

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    tip tersalah isi minyak kereta
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip periksa kerosakan dan Servis RadiatorMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun