Bonus vs Bantuan Khas vs Raya

Wah, seronoklah penjawat awam Malaysia. Pada 15 Julai nanti akan terima bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 seorang. Hadiah ikhlas daripada kerajaan untuk persiapan menyambut Aidilfitri.

Kalau si suami dan si isteri bekerja sebagai kakitangan kerajaan, campur dua orang dah RM1000 tu.

Pesara kerajaan pula akan dapat RM250 seorang. Kalau dua-dua suami isteri dah bersara, dah jadi RM500. Kan?

bantuan khas raya

Mujur juga ekonomi negara kita Malaysia terus kukuh.

Banyak laporan [berita] yang dikeluarkan boleh kita baca secara online atau offline. Sebab tu kerajaan dapat bagi bantuan khas kewangan untuk kakitangan awam setiap kali menjelang raya.

Untungnya kita…

ekonomi malaysia kukuh

Lagi seronok siapa yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan negeri Selangor. Tahun ini mereka akan dapat bonus raya sebulan gaji.

Siapa yang gajinya RM2000 akan dapat RM2000. Yang gaji RM5000 akan dapat RM5000.

Raya sakan la korang kaki tangan kerajaan negeri Selangor.

Tiba-tiba aku rasa nak jadi rakyat selangor untuk musim raya ni.

Ha ha ha…

TehrDemikian kisah 'Bonus vs Bantuan Khas vs Raya' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


9 Comments

  1. dja@sishaza says:

    RM 500 je…Tapi tak mengapalah, dari cempedak menjadi nangka,daripada tidak baiklah ada ..syukur :)
    dja@sishaza baru je tulis kisah RESEPI KETUPAT SOTONG ALA-ALA TERENGGANUMy Profile

  2. amirulfaiz says:

    Alhamdulillah, kalau syukur, Allah akan tambah, mungkin bukan dalam bentuk wang, tapi hati yang tenang. :D
    amirulfaiz baru je tulis kisah Bubur Lambuk Masjid Tanjung KlingMy Profile

  3. Manan Qayyim says:

    memang best la siape kerja kerajaan….
    Manan Qayyim baru je tulis kisah Pembantu Akauntan, Permulaan KerjayaMy Profile

  4. Alhamdulillah best la pekerja kerajaan.
    Raihanah Ahmad baru je tulis kisah Projek Bonus Raya: Jadilah Ahli Shaklee Sekarang!My Profile

  5. Cik Siti says:

    syukur… siapa yang nak bagi, kan?
    Cik Siti baru je tulis kisah 11 Tahun…..My Profile

  6. akubiomed says:

    Syukur penjawat awam mendapat bantuan. Sebagai pekerja swasta menanti berita gembira dari majikan.
    akubiomed baru je tulis kisah Mesin jahit yang awesomeMy Profile

  7. puterijamu says:

    duit raya, allhamdulillah… seronok nya org gomeng :)
    puterijamu baru je tulis kisah Bersahur Dengan Shaklee Pasti TerangkatMy Profile

  8. titan says:

    lahh..

    dapat ke?

    gua dengan berbesar hati menerimanya..hehe
    titan baru je tulis kisah YSLM dah kena serbu dengan KPDNKK.My Profile

  9. hanari says:

    Semoga bantuan keuangan tersebut bisa membantu untuk melengkapi kecukupan hari raya.
    hanari baru je tulis kisah Manfaat Puasa Untuk Pasien DiabetesMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun