Bolehkah Lelaki Menjadi Pohon Kayu?

Mungkin ada benarnya bila kaum wanita menyalahkan lelaki yang kemaruk berkahwin lebih dari satu atau berpoligami. Soal kahwin nak ikut sunnah, tapi amalan yang lain semuanya punah. Memang tak makan saman betul, bila isteri tak izinkan sanggup pula bernikah di negara jiran. Sebahagian pula ada yang sanggup menceraikan isteri pertama dan membiarkankan anak-anak tanpa sebarang bekalan.

Memang kelakuan yang terlampau apabila ada yang menyimpan kekasih gelap, berzina malah sanggup juga membunuh isteri. Ada  juga yang sanggup membunuh kekasih dengan kapak. Tak bolehkah kaum lelaki menjadi lebih baik dari itu? Tak bolehkah menjadi seperti sepohon kayu?

musim berbunga indah warnalelaki sepohon kayu
semerbak harum di kala senja
membelai rindu si gadis jelita
berseri kelopak di tepi telinga

tetap rendang di padang luas
tempat berteduh segala ungas
berlindung dari hujan panas
dapatlah pula telur menetas

musim berbuah enaknya rasa
memberi nikmat untuk semua
walau tumbang tetap berguna
sudah pun mati masih berjasa

sebatang balak dibuatnya titi
ranting kecil diunggunnya api
dipacaknya tegak pagar berdiri
di rumahnya berhias tiang seri

Kalau wanita boleh menjadi pohon semalu, bolehkah kamu kaum lelaki menjadi seperti sepohon kayu? Sedia memberi dan melindungi wanita, isteri dan anak-anak? Bukankah wanita itu diciptakan untuk kamu? Sanggup kamu membiarkan dia menyirami hati keringmu dengan air mata.

TehrDemikian kisah 'Bolehkah Lelaki Menjadi Pohon Kayu?' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


68 Comments

  1. Cik Siti says:

    pokonya… adalah keimanan…. bila akar keimanan yang kukuh sudah pasti adam menjadi payung kepada hidup hawa…
    Cik Siti baru je tulis kisah Wanita dan RokokMy Profile

    1. tehr says:

      insya allah
      iman dan taqwa sebagai bekalan

      1. gayahspears says:

        betul tu bro :)
        gayahspears baru je tulis kisah Camera Murah tapi best!!!My Profile

    2. wandisini says:

      betul tu.
      itulah pokok yang sebenar. poko keimanan

      1. tehr says:

        kita pakat2 usahakan untuk itu

  2. ct says:

    hmm…
    nice post!

  3. ct says:

    btw..

    visit n do folo me yeah!

    http://owlkieranaa.blogspot.com/

    tq~

    1. tehr says:

      nanti saya terjah ct
      salam kenal

  4. Mesti boleh la.. lelaki mestilah bertungkus lumus demi keluarga.. menjadi pohon kayu pun boleh jadi.
    lowongan pekerjaan baru je tulis kisah Creative Copywriters Vacancy 2011My Profile

    1. tehr says:

      mungkin juga boleh menjadi apa saja, asalkan berfaedah :D

      1. suri says:

        lelaki kena kuat..bgtu jug dgn pompuan tak leh terllu berharap pd llki sb manalah tahu bila suami tak ada kelak merka juga perlu idup berdikari ..dlm membesakan anak2..

  5. sud@is says:

    pohon yang rendang boleh juga berteduh
    tapi kalau tegak berdiri
    dan berduri
    camna tuh…..
    sud@is baru je tulis kisah Bila Si Dia BertanyaMy Profile

    1. tehr says:

      pulak
      jadi pokok rendang je, tak perlu ada duri
      boleh? :)

  6. adah says:

    sepohon kayu daunnya rimbun…
    lebat buahnya serta daunnya…
    walaupun hidup seribu tahun…
    kalau tak sembahyang apa gunanya…

    hehehe..ternyanyi plaks…sebab ade ayat “sepohon kayu”..hihi

    sedey kan kalu dapat lelaki yg xbagi menumpang berteduh leklok di bwh pohon kayu…means tak memberi perlindungan sepenuhnya kepada perempuan…
    adah baru je tulis kisah Bulan December Bulan KahwinArrkkkMy Profile

    1. tehr says:

      bagus lagu nasyid tu

      betul tu, adah
      memang sedih sangat la kalau hidup tidak memberi faedah kepada sesiapa

    2. gayahspears says:

      adah siap komen lagu nasyid lak kat n3 bro tehr nie..hahaha.. bagus2
      gayahspears baru je tulis kisah Camera Murah tapi best!!!My Profile

      1. tehr says:

        adah memang suka nasyid

        1. gayahspears says:

          patotlah.. hahah.. gayah baru tau adah suka nasyid :P
          gayahspears baru je tulis kisah Selamat Pengantin Baru SahabatkuMy Profile

        2. cikmin says:

          cikmin sama la dengan adah tu..suka benar dengar lagu sepohon kayu ni… :P
          cikmin baru je tulis kisah Udang Goreng EnokiMy Profile

  7. suri says:

    Insyallah boleh tapi mesti kuat pada akarnya dahulunya..pasti pasak yang didirikan akan tegak..yang lain pasti akan mengikut dari belakang…

    skrg klu iman senipis bawang pun takut2 nanti kita akan mudah terjerumus lorong yang gelap…

    mohon dijauhkan..

    1. tehr says:

      tu la
      iman dan taqwa tu mesti kuat
      jangan kuat ‘semangat’ je

  8. mie says:

    kenapa pohon kayu??
    asala tidak satu pokok trus..
    heheee
    mie baru je tulis kisah Hari Terakhir di MMHEMy Profile

    1. tehr says:

      eh, kenapa pulak ya?
      agaknya sebab belum tentu nak jadi pokok apa :D

  9. zulkbo says:

    salam..
    teringat lagu ini..
    “sepohon kayu daunnya rimbun..
    lebat daunnya serta buahnya..
    walaupun hidup seribu tahun..
    kalau tak sembahyang apa gunanya..”
    zulkbo baru je tulis kisah Dapat Hadiah Birthday Dari SitiMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali

  10. zulkbo says:

    ..alamak adah pun teringat
    lagu ni..sejiwa la pulak..he he
    zulkbo baru je tulis kisah Dapat Hadiah Birthday Dari SitiMy Profile

    1. tehr says:

      menuju arah yang sama tu

  11. khairy says:

    tak tahu nak cakap cmne..memang complicated skit. Bila perempuan tak bagi….mula la perkara buruk berlaku macam zina, perempuan simpanan. Kalau perempuan izinkan, mula la berlaku perkara tak adil dalam poligami

    tahu nak salah kan siapa….
    khairy baru je tulis kisah Menyesal Jadi DoktorMy Profile

    1. tehr says:

      bila dak dapat berlaku adil, maknanya masih tak layak la tu, kan?

  12. padin says:

    err.. aku akan cuba jadi pohon kayu… keh3..
    padin baru je tulis kisah Cara Elak MengantukMy Profile

    1. tehr says:

      sama la kita, bro
      cuba sebaik mungkin

  13. afzai.nizam says:

    ♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Kami DAtang Ziarah Blog Anda
    buat pembaca blog kami
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫

    Salam kunjungan salam ziarah…. lelaki ni ibarat pohon kayu merimbun melindung seisi dalamnya… melindungi anak isteri….

    tapi jangan jadi pohon kayu yang reput… tak tahan dengan ribut taufan tombang jua ahirnya

    1. tehr says:

      hehe
      kalau repu sapa pun tak berani nak berteduh, kan?

  14. dnoBiz says:

    Sunah dipakai bila ada kepentingan..,
    tapi yang lain dibiarkan terabai
    dnoBiz baru je tulis kisah Percutian Mengejut – Perjalanan PulangMy Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal, bro

  15. zik says:

    sepatutnya boleh .. sebab menjadi pelindung buat sekeluarga…
    zik baru je tulis kisah Kucing lawan Alligator- sapa menangMy Profile

    1. tehr says:

      insya allah
      kita boleh, zik

  16. bisk says:

    betapa hebatnya tehr punya pantun..suka sangat idea nih.

    dan alangkah makmurnya kalau lelaki menjadi sepohon kayu dari menjadi sebatang besi…yang bersedia mempertahankan keselamatan dan membalun badan isteri.

    1. tehr says:

      tak hebat mana pun, bisk
      saya main hentam je :D

  17. indah susunan ayat…maksud nye lagi lagi lagi indah n berpengajaran^^
    alexa yussida baru je tulis kisah yeasaya suka bolaanehkahMy Profile

    1. tehr says:

      senyum seindah suria…
      hehehe

  18. wadud says:

    entry ko wat aku tersenyum.. :D
    time kasih bro.. hehehe
    wanita yang menidakkan pemberian Allah kepada lelaki tuh.. huhu.. seperti melarang ape yang dah Allah tentukan.. :P bahaya3..

    1. akubiomed says:

      Sebab itu ada yang mengambil jalan singkat kahwin lari kat Siam macam kawan saya 3 bininya umur sebaya David Beckham. Pertama Siam, kedua Malaysia dan ketiga Siam. Macamana tu
      akubiomed baru je tulis kisah Analisa blog bulan NovemberMy Profile

      1. tehr says:

        3 tu
        harap dia boleh sempurnakan semuanya
        insya allah

    2. tehr says:

      ya la,bro
      lelaki / perempuan kalau dua2 ikut apa yang Allah tentukan, semua beres
      aman bahagia selamanya dan semuanya

  19. akubiomed says:

    Sebab itu dalam suruh berlaku adil kepada 1,2,3 dan 4. Kalau tak boleh setia hanya 1. Saya pernah saja tanya bolehker berbini lebih dari satu? Nak tahu apa jawapannya langkah mayatnya dulu :-) So pengajarannya kena tungguuuu
    akubiomed baru je tulis kisah Analisa blog bulan NovemberMy Profile

    1. tehr says:

      nampaknya satu je la :)

  20. ah, lelaki memang dimana saja sama. Kalau dianggap istri tak cantik lagi dan menggairahkan, seenak saja dia mau kawin lagi…
    resep masakan baru je tulis kisah Resep cake tapeMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      tak semua ya, hanya sebahagian

  21. Hadi Rofiee says:

    Ini yang peliknya dengan sebahagian kita yang ikut sebahagian sunnah & tinggal sebahagian yang lain.

    Sepohon kayu daunnya rimbun. :-)
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah Islam dahulu dan sekarangMy Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal, kan

  22. nice entry :)
    Muhammad Burn baru je tulis kisah Apa Itu ImanMy Profile

    1. tehr says:

      tima kasih

  23. fendidahada says:

    sedih tgk keadaan sekarang..zalim mengalahkan binantang…tup2 nanti bila bicara cakap tak siuman…pelik2…tpi kalo dah membunuh tu…bunuh je balik…bagi masyarakat diluar sana sedar akan hukumannya…
    fendidahada baru je tulis kisah Mencari pemimpin di Hutan Lipur Kuala WohMy Profile

    1. tehr says:

      kalau ikut hukum hudud, kena bunuh juga tu

  24. piewahid says:

    semuanya telah dijadikan cukup sempurna mengikut fitrah dan cara hidup yg dijanjikan terbaik.

    apabila nafsu dan akal mengatasi iman, maka terjadilah apa yang telah terjadi.

    wallahu a’lam!
    piewahid baru je tulis kisah sekiranya kita tahuMy Profile

    1. tehr says:

      minta dijauhkan Allah
      terima kasih singgah dan berkongsi dengan kami

  25. kakyong says:

    suami,
    jadilah pohon kayu yg lebat buahnya… :)
    kakyong baru je tulis kisah GA Teka &amp Menang Ibu3AMy Profile

  26. Ismail N says:

    boleh atau tak, tuhan aje yg tahu..
    kita cuma boleh cuba sedaya upaya – Hanya yang mampu. :D

  27. Norgadis says:

    Pepohon rendang hijaunya rumput,
    Tempat si dara berteduh diri,
    Jangan terpilih akar yang reput,
    kelak tumbang memhancur diri.

    Pilihlah pasangan yang baik dimata Allah.

  28. Cha'on says:

    kesetiaan penting.. jangan ikutkan nafsu je.. kalau iman tak kuat pun susah jugak.. macam2 boleh jadi..
    Cha’on baru je tulis kisah Muzik Muzik 25 Separuh Akhir Senarai Lagu Yang Layak Ke AJL 25My Profile

  29. huhu.. mencuba untuk menjadi sepohon kayu.. tpi calonnye takde lagi la bang.. huhu.. :)
    Johari Hamzah baru je tulis kisah Berani Mati – Blog Aku Best!My Profile

  30. Ladfe Amir says:

    menajdi pohon yang lebat daunnya, rendang serta penuh dengan buah yang manis.
    menjadi pohon yang memberikan teduhan, kasih sayang dan perlindungan.

    ianya tidak mustahil dan tidak sukar. Minta kepada Allah, InsyaAllah pasti boleh

  31. kulanz says:

    kalau jadi sebatang pohon yg banyak ranting dan daun rimbun elok juga tu.. lagi banyak unggas dan hidupan lain boleh berteduh.. :)
    kulanz baru je tulis kisah Bila Kepercayaan DinodaiMy Profile

  32. mijie says:

    pohon kayu yang kukuh akarnya, kuat dahannya dan lebat buahnya
    mijie baru je tulis kisah Hari ini baru ku tahu rupanyaMy Profile

  33. dja@sishaza says:

    Apa cerita pula kalo rendang sj tp bbuah…akar pulak goyah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun