Bolehkah Blogger Rasa Terasing?

Pernah rasa terasing? Mr Tehr sendiri pernah mengalami dan merasai bagaimana rasanya terpisah dari dunia luar ketika bertugas di Sarawak dahulu. Dalam kehidupan di zaman serba canggih ini, rasa terasing boleh sahaja terjadi di mana-mana, bila-bila masa dan kepada sesiapa sahaja.

Perasaan terasing boleh berlaku dalam kesibukan seorang lelaki bekerja, kesibukan seorang remaja belajar, keramahan seorang sahabat bergaul dan bersosial, masalah kesihatan, malah ada di antara wanita yang terasa begitu terasing dalam kesibukan menguruskan rumah tangga sendiri.

Terasing
[Sudirman]

kegelisahan di dalam kedinginan
meniti sepi keseorangan
sebuah kematian yang tiada bernisan
sendu mengiringi perpisahan

ruang nan luas diri bergerak bebas
namun keupayaanku terbatas
segala mimpi menjadi api
perit membakar diri

sebuah cinta dan harapan
menjadi debu berterbangan
tersekat nafasku kabur pandangan mataku
amat tersiksa diriku
kerana kehilanganmu

oh mengapakah terus mengharap menanti
walau cukup kusedari
kau tak kan kembali

pemergianku mengisi permintaan
biarpun dikau masih kuperlukan
kita dikata pasangan bahagia
kini terasing luka

lagu: manan ngah
lirik: habsah hassan

Hidup seorang blogger juga boleh rasa terasing dari dunia blogger kerana sibuk bekerja, berkursus, sambung belajar, menghadapi peperiksaan/ujian, tiada sambungan internet, kena marah dengan isteri/suami/mak/ayah/majikan [kerana leka dengan blog] dan bermacam hal lagi. Hilang segala rasa gembira juga hilang mood untuk berbalas pantun. :D Berbagai cerita yang hendak ditulis juga tenggelam begitu sahaja dihanyutkan perasaan.

Terasingkah kita kalau blog tiada pengunjung atau tiada sebarang komen di setiap entri?

TehrDemikian kisah 'Bolehkah Blogger Rasa Terasing?' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


27 Comments

  1. kakyon says:

    tak pernah pulak rasa terasing..ala blog main pondok2 aje..hehe
    kakyon baru je tulis kisah kota kinabalu part 1My Profile

  2. kulanz says:

    blog tiada pengunjung atau tiada komen pd entri tu dah jadi perkara biasa.. tak pernah pula rasa terasing
    kulanz baru je tulis kisah Rumah Mewah Sarang BurungMy Profile

    1. Mus says:

      biasa berlaku pada blog aku.. huhu..
      Mus baru je tulis kisah Tiket Balik Raya Dah Settle, Tapi..My Profile

      1. dan kawe gak.. he he…
        tapi no problem ehhh… yg penting enjoy blogging :D

        1. maza says:

          dan maza juga.. heheheh

          namun hidup harus diteruskan..
          pendek kata jgn berjauh hati lama2. uhuk!
          maza baru je tulis kisah Diam-diamMy Profile

  3. zulkbo says:

    salam..
    resam aku seorang blogger
    ermm..saya mulanya terasa juga
    bila tiada yang komen di blog
    tapi mungkin kisah kita tidak
    mencuit hati pembaca untuk
    singgah..selalunya cerita sensasi
    ramai yang suka baca..sesekali
    kena selit juga Bro..
    zulkbo baru je tulis kisah Aku Seorang Blogger Masih BertatihMy Profile

  4. padin says:

    terasa terasing tu taklah, pasal aku pikir kalau tiada pengunjung atau pengomen tu, mungkin cerita kita tidak menarik untuk pembaca.. Tak perlu risau apa – apa, :D
    padin baru je tulis kisah PeminatMy Profile

  5. Jai says:

    Bergantung pada org juga, ada rasa terasing, ada rasa tak.. PApepun, bila terasa asing, buat entry SEO…ha3…

  6. sud@is says:

    taklah sampai rasa terasing
    tp sendiri taulah kalau xda pengunjung tu, mungkin n3 x karan/umph untuk dilawati.
    sud@is baru je tulis kisah PatuhMy Profile

  7. Jiwa says:

    blog aku jarang ada komentar. tapi tak pernah rasa terasing. kenapa mahu tolak diri sendiri ke arah kemurungan semata-mata perkara yang trivial? jangan bunuh keseronokan berblog semata-mata untuk sepatah dua kata pengunjung. cheers!
    Jiwa baru je tulis kisah Entri Pemalas : Kalau Eminem Buat Lagu di Zaman P. RamleeMy Profile

  8. pernah je rasa situasi xde org dtg singgah n komen kat belog.ape ade hal,janji kite sndiri dapat tulis ape yg kita mahu bilamasa kita nak..cukup :D hehe
    alexa yussida baru je tulis kisah dating with her n her barbie dollMy Profile

  9. toyol says:

    terasing waktu bblog?
    hoho..
    x pnh lg rasa cmtu..

  10. akubiomed says:

    Blog sepi dengan komen atau pengunjung sesuatu yang tidak mustahil. Kalau lama tidak berita terbaru diblog sedikit sebanyak menyumbang kurangnya pengunjung kecuali yang barmain SEO dan SERP
    akubiomed baru je tulis kisah Reaksi kekalahan Malaysia vs SingapuraMy Profile

  11. kakyong says:

    rasa terasing bila org lain boleh berblog via hfon, iphone, ipad bagai..

    kita ni hf pun tarak… ekekke…
    kakyong baru je tulis kisah Pelakon dan ost Ramadhan Terakhir..My Profile

    1. errkk kawe pon.. cuma tak rasa terasing… tapi rasa tertinggal bas :wink:
      Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah 50 Brilliant Portrait IdeasMy Profile

      1. bEe says:

        Alamak…. kita ni pun terasing juga sbb ada hp guna jari pun boleh tp tak pandai pakai… huhuhu

  12. eiela says:

    mula-mula dulu terasing jugak bila berblog sebab tak tau cara, sekarang takde.
    eiela baru je tulis kisah Rancanganku Dihujung Minggu.. Menjelang RamadhanMy Profile

  13. titan says:

    esok aku gi kursus..ntah bila boleh online balik semula nih..memang terasing gak la dibuatnya. haha..
    titan baru je tulis kisah Isu Ujikaji 100 artikel dalam 1 hari..gagal atau berjaya?My Profile

    1. bEe says:

      Takpe titan, yg penting still masyuk hehehe

  14. RedBoys says:

    sekarang aku memang rasa terasing sebab dah lama tinggal dunia blog.. hehe
    RedBoys baru je tulis kisah Kelebihan Bulan SyaabanMy Profile

  15. ghost writer says:

    aku selalu terasing ketika menjalani tugas di dalam hutan belantara.tiada komunikasi dengan dunia luar.
    ghost writer baru je tulis kisah fragmenMy Profile

  16. zik says:

    macam orang asing dah nih…… tapi boleh kecek kelate lagi nih..hehe
    zik baru je tulis kisah Kisah 1 ramadhan 1432 masihi (1st day puasa)My Profile

    1. bEe says:

      Sbb zik dah bercampur dgn org2 luar… hehehe

  17. bEe says:

    Huhuhu
    no komen cikgu. Sbb kdg2 mgkn blogger sekadar nak melepaskan rasa hati dan buat blog. Takde pengunjung pun takpe…

    Ada blogger yg buat duit mmg memerlukan pengunjung dtg
    Ada blogger yg suka nak cari kwn baru so try utk BW (bEe lah tu)

    Lain org lain rasanya kan! :-)

  18. Norasikin says:

    Apa pasal kepala pusing
    Tetap menumis juadah berbuka
    Apa ada hal dengan terasing
    Tetap menulis apa yang ku suka
    Norasikin baru je tulis kisah Panduan Membeli-belah dan Berbelanja Dimusim PerayaanMy Profile

  19. secara jujurnya memang ada rasa sedikit terasing.. tetapi itu mungkin petanda kita kurang memberi, sebab itu kita kurang juga menerima
    sabree hussin baru je tulis kisah Apa Yang Blogger Dapat Apabila Menulis FREE?My Profile

  20. Amirez says:

    awal2 dulu terasa juga terasing. setuju dgn pendapat sabree, kurang memberi jadi kuranglah menerima. bila dah start memberi, barulah rasa terasing tu hilang :)
    Amirez baru je tulis kisah Jemputan Buka Puasa untuk Blogger KelantanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun