Bodoh Macam Lembu

Selamat menyambut Aidiladha untuk semua. Saya dapat fikirkan dua perkara sahaja setiap kali sambutan Aidiladha. Pertamanya ibadah haji yang dikerjakan di Tanah Suci dan kedua ialah ibadah korban yang dilakukan di seluruh dunia Islam. Sebut pasal korban pastinya kita akan terus terbayangkan lembu, walau pun korban boleh juga dilakukan dengan beberapa jenis binatang lain seperti kambing, biri-biri, unta dan kibas.

Masyarakat kita selalu menggunakan ungkapan ‘bodoh macam lembu’ untuk menggambarkan seseorang yang bodoh atau dungu. Tetapi bila difikir-fikirkan, binatang lembu ini banyak pula memberi faedah kepada manusia. Segala apa yang ada pada lembu dapat digunakan seperti kulit, tanduk, daging, malah tahi lembu juga masih boleh memberi faedah. Bodohkah lembu?

Lembu siapa tambat di pantai,lembu bodoh
Punca talinya di pokok asam;
Ilmu siapa yang adik pakai,
Senyum manis siang dan malam.

Meriah sambutan aidil adha,
Seluruh dunia sama gembira;
Menghela lembu dengan talinya,
Menghela manusia dengan akalnya.

Kakak di dapur mengacau dodol,
Patah senduk dimarah Pak Dol;
Umpama seekor lembu dogol,
Tidak menanduk cuma menyondol.

Binatang yang mahu dikorbankan pada Hari Raya Haji ini mestilah cukup umurnya dan merupakan haiwan peliharaan. Umurnya pula bergantung kepada jenis binatang yang mahu dijadikan korban.
1. Unta – berumur 5 tahun masuk ke 6 tahun.
2. Lembu/kerbau/kambing – 2 tahun masuk ke 3 tahun.
3. Biri-biri/kibas – Setahun masuk kedua atau sudah bersalin gigi hadapan walaupun belum cukup setahun tetapi melebihi 6 bulan.

TehrDemikian kisah 'Bodoh Macam Lembu' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


34 Comments

  1. Latifah says:

    bodoh2 lembu, berguna juga…

    kalau manusia???

    emmm… payah2…

    salam aidil adha…
    Latifah baru je tulis kisah malam ISNIN yang BAHAGIAMy Profile

    1. tehr says:

      memang payah :D

  2. matdin says:

    nak kena sembelih dah lembu haha..

    1. tehr says:

      dah masak pun, bro :D
      syukur

  3. sangilapi says:

    kalau kat kampung biasa dengar keluhan macam ni “kalau aku bela lembu selama 11 tahun dapat jugak hasilnya “……rintihan orang tua yang membesarkan anak[menyekolahkannya] namun akhirnya jadi sampah masyarakat :(

    *sebodoh-bodoh lembu,berjasa jugak pada tuan yang membelanya :)*

    1. tehr says:

      siapa pun memang tak mahu terjadi begini

  4. Mus says:

    mmg tak baik mengatakan lembu bodoh..
    Mus baru je tulis kisah Selamat Hari Raya Aidil AdhaMy Profile

    1. tehr says:

      orang yang berkata tu…

      1. suri says:

        cian lembu kan binatang ..dia tak bersalah satu sen pun huhu…

        malangnya lembu…

  5. padin says:

    manalah dapat idea “bodoh macam lembu” tu kan, huu
    selamat hari raya qurban, tehr
    padin baru je tulis kisah Blog dan Blogger Mesra padinnoMy Profile

    1. tehr says:

      aku tak tahu idea datang dari mana
      hanya teringatkan lembu :D

  6. cascd says:

    siapa la yg mmperkenalkan ayat tu dulu..ksian lmbu…itu juga rzeki kita..
    cascd baru je tulis kisah Salam Aidiladha 2010 Dari lapadeh SekeluargaMy Profile

    1. tehr says:

      kesian lembu
      kesian orang yang berkata

  7. MASA says:

    orang beragama hindu tak puas hati kalau kita kata lembu bodoh…
    MASA baru je tulis kisah Selamat Hari Raya AidiladhaMy Profile

    1. tehr says:

      tuhan mereka tu

      1. suri says:

        mereka tak makan lembu..makn sayur pun tak kisah asl jgn makan Tuhan mereka…itukan salah satu pegangan mrka..

  8. Cik Siti says:

    kadang-kadang lembu pun leh degar cakap kite…. bah!bah! semua masuk kandang…hehehe
    Cik Siti baru je tulis kisah Salam AidiladhaMy Profile

    1. tehr says:

      kalau macam tu, tak le bodoh lembu tu, kan? :)

  9. ProfHariz says:

    Salam AidilAdha Bro :)
    ProfHariz baru je tulis kisah Anak Muda Kerana KLCCMy Profile

  10. bisk says:

    kalau macam tuh kita pon jadi dungu macam lembu kalau makan dagingnya…erk.

    1. tehr says:

      aik?
      macam tu pulak? :D

      1. padin says:

        hahahaa kata lembu bodoh,
        tapi ibu2 susukan anak dengan susu lembu jugak..
        keh keh keh…

        1. tehr says:

          perlu utamakan susu ibu

  11. ray ban says:

    selamat hari raya diucapkan pada bro
    ray ban baru je tulis kisah Types lens use by Ray banMy Profile

  12. kulanz says:

    peribahasa “bodoh macam lembu” tu dah tak boleh diguna pakai..
    kulanz baru je tulis kisah Richard Branson Jadi Pramugari AirAsiaMy Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal, bro
      ada manusia lebih bodoh berbanding lembu

  13. zik says:

    kesian lembu tuh…. kalau dia bodoh pun… harga dia mahal sekarang nih… lagi2 time raya korban… harga naik 30%-50%….
    zik baru je tulis kisah Maha International 2010- 26 november ini!My Profile

  14. puteri says:

    kesian lembu tu tau…
    dah la dikatakan ‘bodoh macam lembu’
    pastu pulak.. dinafikan juga haknya
    ‘lembu punya susu, sapi dapat nama’

    ishq..,, ksian..
    hu..
    he..
    puteri baru je tulis kisah i love Lee Chong Wei!My Profile

    1. tehr says:

      kesian2x
      kekadang tuan lembu dinafikan haknya
      …oleh pencuri :(

  15. Latifah says:

    emmm hari tu ada tgk dokumentari pasal Kemboja, lembu2 kat sana siap kene berenang dalam sungai untuk ke padang rumput. bijak kan lembu2 tu… =)
    Latifah baru je tulis kisah sampaikanlahMy Profile

  16. Utt says:

    lembu dah ler bodoh tak reti nak tunduk untuk sembelih..
    Utt baru je tulis kisah Full-time Call Centre Officer at ESA Network Sdn BhdMy Profile

  17. suri says:

    lembu kat ats tu cam nmpak sedih jer huu..

  18. lembu juga yg kena iskx2…
    uruchimaru@kf baru je tulis kisah KwajaleinMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun