Blogger Perasan

Apa khabar rakan blogger? Beberapa hari tidak menulis membuatkan aku rindu pada blog tetapi terpaksa juga aku tahan dan pendamkan kerana beberapa hal yang perlu didahulukan. Harap-harap korang pengunjung dan pembaca tak rindukan aku. :D

Kali ini aku ambil peluang untuk menulis beberapa rangkap pantun sebagai pelepas rindu aku dan rindu korang pada pantun. Ha ha ha … [sila beri peluang aku perasan kejap]

menumbuk sambal sambil berdiri
bawang dan cabai melimpah raga
blogger terkenal menjadi selebriti
peminatnya ramai seantero dunia

pedasnya sambal cabainya merah
berulam bercicah si jantung pisang
menjadi terkenal bukannya mudah
segala langkah diperhatikan orang

hangatnya berapi menu hidangan
muka berpeluh senyuman berseri
sementara diri menjadi perhatian
tunjukkan contoh teladan terpuji

Dah lama juga aku tak ambil bahagian dalam aktiviti menumbuk sambal di dapur. Selalunya aku suka sambal belacan campur ikan bilis yang ditumbuk tak hancur/lumat. Ulam biasanya aku pilih timun, pucuk gajus [ada kat depan rumah] atau celur jantung pisang. Tapi kalau malas nak tumbuk sambal, biasanya kami tuangkan budu je. :D

Google+

Post Berkaitan:

  1. Lelaki Kacak Yang Perasan
  2. Pantun Ombak Dan Rindu
  3. Bertemu Rakan Blogger
  4. Blogger Kacak
  5. Pantun Merdeka

Mahukan entri terkini dihantar terus kepada anda?

Masukkan alamat email di sini:

Oleh FeedBurner

Aktifkan akaun anda melalui email yang dihantar sebagai pengesahan.


54 Comments

  1. mak lagenda says:

    Erghhhh..pg2 dah sebut psl sambal belacan la plak! Aduss..klu mkn sambal belacan, mak paling suka makan pucuk ubi dan serai kayu. Jugak ada tanam di blkg umah my mum pokok serai kayu tu..hehehe
    mak lagenda recently posted..GORENG PUN SODAPPPPP!!My Profile

  2. dinar says:

    dalam gelas ada berudu,
    kalau malas tuang budu?
    dinar recently posted..Emas akan menguasai pasaran pelaburanMy Profile

  3. kimmie says:

    oh…lama tak update blog, saya menanti entri terbaru..hehhee…
    rupanya pergi menumbuk sambal belacan.
    kimmie recently posted..Saya Nak Hosting Percuma Pengendali BlogMy Profile

    1. suri says:

      kita lama tak jalan2 ni kurg sihat huu..

  4. Amirez says:

    sambal belacan?? boleh tahan pedasnya.
    tapi tak sepedas maksud pantun2 ni :)
    Amirez recently posted..IM Hassan Bakal Tamatkan Zaman BujangMy Profile

  5. jarang bro tak menulis.. selalunya tiap ari. ponat menumbuk belacan ker? :D
    Dulu Lain Sekarang Lain recently posted..Terukir Di Bintang – YunaMy Profile

  6. Ummi Hanie says:

    moga2 tuan umah sihat selalu yer ..

    nk buat caman akita ni manusia kan .. xlepas dr norma2 kehidupan .. cewah .. adakalanya xsempat jenguk blog langsung .. gundah gulana jadinye kan ? ;)
    Ummi Hanie recently posted..Malaysia Top BloggerMy Profile

  7. Melatiqistyna says:

    Kalau mkn jantung pisang tu, sy suka ngan sambal grg (blend cili API ngan belacan, pastu grg garing) setapp oh…heheheh
    Melatiqistyna recently posted..RIP – Whitney Houston, Iconic Pop Star, Dies at 48My Profile

  8. nurmisnan says:

    choiiii.. baru semalam buat ayam penyet with d sambal lah..
    hari ini ceta pasal sambal belacan with fucuk2.. masyaAllah
    sgt2 sodap..

    Betul.. bila dah glamours tunjukkan sifat dan sikap yang
    lebih baik..
    nurmisnan recently posted..Omar Al MuhtarMy Profile

  9. nurmisnan says:

    Aku peminat fucuk2 gajus dan belinjau. kalau dapat sayurnya
    buat masak bening air with d sambal belacan.. superb with
    ikan kering..
    nurmisnan recently posted..Omar Al MuhtarMy Profile

  10. abu luqman says:

    salam ziarah sahabat
    abu luqman recently posted..Kerana sekeping CD Isteri dibelasah suamiMy Profile

  11. adele says:

    ehehe..pandai ke cikgu menumbuk sambal belacan? :D
    adele recently posted..5 Subjek Sahaja Untuk Sem IniMy Profile

    1. suri says:

      ate pakai penghadang ke masa tumbuk tuh heee

      1. rahman says:

        Hahaha.. protection tu penting

      2. chii says:

        mesti la..nnt mata masuk cabai..da susah nak berpantun..
        x pasal pantun pasal mata pedih pula lepas ni..ehehe
        chii recently posted..Wordless Wednesday #17 – No SharingMy Profile

  12. mie says:

    sambal belacan memang wajib ada kalau nak makan nasi..
    kadang2 makan nasi dgn sambal belacan pun dah cukup..
    tapi bahaya tau..
    eehheeee
    mie recently posted..Bila Si Gadis Dibotakkan KepalaMy Profile

    1. chii says:

      betul2..nak2 dengan ulam mcm ulam raja, daun selom…mmg lauk lain x pandang da :p
      chii recently posted..Wordless Wednesday #17 – No SharingMy Profile

  13. nizam says:

    kalau dekat kelate sene jah nok cari jatung pise ni…sebelah luar susoh la sikit… :) celur jatung pise cicoh budu…meme sedak…
    nizam recently posted..Kesan Menyambut Valentine Day Atau Hari KekasihMy Profile

  14. zulkbo says:

    salam..
    berada dai ranking Alexa MY 421
    rasaanya anda layak bergelar blogger
    popular Cikgu..he he..teruskan berkarya
    zulkbo recently posted..Wang Kertas 50 Sen Malaya : Untuk Dilelong (C02)My Profile

    1. Ad-Dien says:

      Assalamualaikum
      menarik pantun ini…saya ingat tajuknya berkaitan dengan seseorang..hehe..
      moga sentiasa dalam rahmat dan jagaanNya ye cikgu tehr :)
      Ad-Dien recently posted..Bilakah Dibenarkan Berlakunya Perbezaan Pendapat (Khilaf) ?My Profile

    2. Ad-Dien says:

      betul tu..cikgu tehr ni popular..hehe….

      akhi zulkbo pun apa kurangnya,, :D
      Ad-Dien recently posted..Pentagon, Star David Dan Unsur KesyaitananMy Profile

  15. suri says:

    umh saya musim buat tempoyak adeh….jemu2..

    1. yas says:

      mintak sikit nanti….hehehehe
      yas recently posted..Wabak AGE|Rotavirus – 251 Kes Terbaru DiRekodkanMy Profile

  16. azura says:

    betul tu cikgu, saya jawab yer

    bakat terpendam menulis blog
    mana nak sangka di baca orang
    makin lama makin ku sanjung
    menjadi kunjungan peminat tersayang
    azura recently posted..Kuih lapis idamanMy Profile

  17. lazaac says:

    aku sampai skrg tak pandai mkn budu dan seangkatannya, mcm tempoyak ker, apa ker… huhu…
    lazaac recently posted..Jom Ke Perjumpaan Komuniti Envato 2012 Di Kuala LumpurMy Profile

  18. rahman says:

    sambal belacan.. perh sedapnya :)
    rahman recently posted..Fatehah Mustapa cipta sejarahMy Profile

  19. yas says:

    Lama juga aku x buat xtvt menumbuk sambal belacan…hr ni cuti pun berlambak kerja dirumah yg perlu diselesaikan….hehehe
    yas recently posted..Saya Nak Hosting Percuma Pengendali BlogMy Profile

    1. chii says:

      okla tu..tlg orang umah kemas umah pun da ok…ehehe
      chii recently posted..Wordless Wednesday #17 – No SharingMy Profile

  20. hatiputera says:

    kalau nak makan budu kena perah dengan asam limau,,,cecah dengan pucuk muda daun gajus,,,baru best dan kacak,,,
    hatiputera recently posted..142 Lagi Kes Jangkitan AGE Dikesan Di PerakMy Profile

  21. hafizmd says:

    selamat kembali cikgu…hehe

    budu oh budu…kalu kene, meme dok paling belakang doh…sedpnye!
    hafizmd recently posted..Local Derby:Kelantan vs TerengganuMy Profile

  22. Ump umph…. Sedapnya.
    Saya suka sambal belacan dengan ikan bilis tu. Budu pun sedap juga. Tapi sayang, umah flat sy ni takleh nakk bercucuk tanam ulam dia. Tak ckp tanah…
    Shasha Catering recently posted..Ketagihan Internet Boleh Mengubah OtakMy Profile

  23. ghost writer says:

    menumbuk belacan sambil berpantun
    idea datang berduyun-duyun
    :) haha
    ghost writer recently posted..separuh tubuh masih dalam penjaraMy Profile

  24. titan says:

    baru aku perasan, ko dah guna advertlets. hehe..
    titan recently posted..Komisen ke 89 dari TNXMy Profile

  25. selebriti blogger ni pun ada kuasa ‘tersembunyi’ untuk mngubah masyarakat ni
    sabree hussin recently posted..Tiga Sebab Yang Menghalalkan Seseorang Muslim Itu DibunuhMy Profile

  26. ciksembang says:

    pucuk gajus tu apa rasanya tehr..
    ciksembang recently posted..Our Soul Knot 19 tahun bersamaMy Profile

  27. Norizwan says:

    Mkn tghari ns putih lauk ayam grg, sambal belacan,timun, ngan kuah kari ayam….sedap wooo…:-)
    Norizwan recently posted..Lelaki terkecil di duniaMy Profile

  28. padin says:

    kalau mak aku yg buat sambal belacan sikit pun aku tak sentuh,
    tapi kalau di kedai mau mintak tambah.. huu…taktau napa,
    padin recently posted..Cinta Membutakan?My Profile

  29. ulam raja penuh sepinggan
    jering petai sambal belacan
    Orang terkenal menjadi perhatian
    Beribu mata satu sasaran

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    diy pasang soundproof kereta

  30. Tempawan emas tempawan,
    Cuci baju di perigi;
    Sungguh sedap sambalmu tuan,
    Lain kali buatlah lagi. :-)

  31. iza says:

    Assalam…
    Kalau rumah saya, sambal belacan tu menu wajib pada hubby.
    Mesti ada. Rela pi cari cabai dulu kat kedai sebelum makan nasi…
    iza recently posted..Cempedak Dan Kegunaannya.My Profile

  32. kakyong says:

    bestnya ada pucuk gajus depan rumah…
    kakyong recently posted..Contest Malaysia Top Blogger | Meh le kome support kakyong[dot]com©My Profile

  33. shameel says:

    dah lama tak makan sambal belacan sebab ada resdung.
    shameel recently posted..PANDUAN MEMILIH PEMIMPIN.My Profile

  34. eiela says:

    best pantun tuh, bagus sgt pengajarannya. saya tak makan budu makan belacan je cicah timun. sodap..
    eiela recently posted..Lima Kali LegaMy Profile

    1. b3njy says:

      Alahai rugilah tak merasa budu … waaa cakap sama lu memang sedap OOooo … ini macam (sambil ibu jari ke atas) :D
      b3njy recently posted..SEGMEN : TOP MALAYSIA BLOGGER YANG INGIN SAYA JADIKAN BFFMy Profile

  35. b3njy says:

    Budu perah limau nipis gaul dengan chili dan bawang merah … perghh!! … gila talak Benjy dengan menu tu …. makan dengan nasi je pun jadi OOoooo … sedap maut tu :D
    b3njy recently posted..SEGMEN : TOP MALAYSIA BLOGGER YANG INGIN SAYA JADIKAN BFFMy Profile

  36. b3njy says:

    Kalau ada tanya Benjy antara sambal belacan dan budu rasa Benjy pilih budu dulu … hehehehe :D
    b3njy recently posted..SEGMEN : TOP MALAYSIA BLOGGER YANG INGIN SAYA JADIKAN BFFMy Profile

  37. b3njy says:

    Tetapi kalau budu dengan tempoyak … wahh ! … susah juga nak pilih tu cam seri je … hehehehe :D
    b3njy recently posted..SEGMEN : TOP MALAYSIA BLOGGER YANG INGIN SAYA JADIKAN BFFMy Profile

  38. Norgadis says:

    Tajuk best…
    Banyak yang terbayang dlm minda pabila nampak tajuk “Blogger Perasan” tu…
    Norgadis recently posted..Mesyuarat Agung KUSMA DitundaMy Profile

  39. dnoBiz says:

    erk….
    macam mana aku boleh tak perasan Bro dah beberapa hari tak update blog…???

    Ps : sebab nya aku dah lama tak BW… jadual harian tah berterabur ni (kubelembe doh )
    dnoBiz recently posted..Kerana membebel – Dicerai kerana Membebel ‘gigitan cinta’My Profile

  40. chii says:

    ngeee…bila blogger yg sudah mendapat tempat di ati di kalangan blogger lain tidak update..pastinya setiap entri atau nukilan nya..dinantikan oleh peminat kan..eheh
    chii recently posted..Wordless Wednesday #17 – No SharingMy Profile

  41. akubiomed says:

    Nasib baiklah bro TehR tidak menumbuk dengan memakai cermin mata hitam. :-)
    akubiomed recently posted..Macaron cinta manjanya kamuMy Profile

  42. makin tua makin tak tahan pedas.. huhu.
    dulu je balun cili sebijik sebijik..
    rainbowcloudy recently posted..terima kasih :) My Profile

Tinggalkan Komen

Artikel terbaru boleh dihantar terus ke kotak email anda.

Sila hindari daripada menyentuh sensitiviti individu, agama dan perkauman. Anda bertanggungjawab dengan komen yang anda tulis.

CommentLuv badge