Blog Pilihan Malaysia – Azman Roslan

Dua hari lepas saya dapat tahu mengenai perkara yang menjadi cerita kepada sebahagian rakan blogger sekarang, melalui satu mesej pada shoutbox. Mulanya saya tak faham apa yang dimaksudkan oleh rakan kita ni. Menjelang malam, setelah melewati beberapa blog, baharulah rasa nak faham apa halnya. Mulalah rasa tak sedap hati. Ada acara pemilihan sedang berlangsung rupanya.

Wah, dah tercalon untuk bertanding pulak. Siapa yang mencalonkan? [terima kasih] Mulalah soalan masuk dalam kepala. Blog Pilihan Malaysia? Blog ‘tehramuan’ ni pilihan rakyat Malaysia? Berapa orang sangatlah yang tahu blog ni wujud dalam alam maya ni. Tapi, terima sajalah. Proses pengundian peringkat pertama pun sedang berlangsung.

blog pilihan malaysia 2010

gambar asal dari cikgudahlia.com

mari mengundi blog pilihan
pilih sahaja mana berkenan
calon lelaki atau perempuan
yang bujang atau berteman

dicetuskan oleh azman roslan
ideanya hebat sebagai hiburan
dapat memberi suatu galakan
bloger baharu belajar berjalan

menjadi blogger amat mudah
menjadi terbaik sangat payah
nilai kemajuan bukan mewah
nilai kejayaan bukan anugerah

blogger bukan harap dipuji
tak juga boleh bercaci maki
segala aturan mesti patuhi
adab pusaka perlu dituruti

Jadi, marilah sama-sama mengundi blog pilihan masing-masing. Beberapa katagori telah diwujudkan seperti Blog Personal Lelaki Pilihan, Blog Personal Suami Pilihan, Blog Personal Wanita Pilihan, Blog Personal Isteri Pilihan, Blog Tutorial Pilihan dan Blog Lawak Pilihan. Blog ini telah dicalonkan dalam katagori Blog Personal Suami Pilihan. Suami pilihankah saya ni? :)

Sangat segan bercampur malu mahu menerbitkan entri ini, tetapi demi menyokong usaha rakan blogger dan mengucapkan terima kasih kepada yang mencalonkan blog ini, maka diterbitkan juga seadanya. [Lagi pun dapat juga dijadikan sebuah entri :D]

TehrDemikian kisah 'Blog Pilihan Malaysia – Azman Roslan' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


63 Comments

  1. DJ says:

    all the best cikgu…
    sama laa kita, berada di ruang pertandingan…hehhee

    p/s: voted u :D

    1. tehr says:

      idea saudara azman ni bagus juga sebenarnya
      tapi saya sepatutnya masih tak layak bertanding

      1. Affan says:

        haha. kalau ada org calon, ada kelayakan lah tu

  2. padin says:

    semoga berjaya kawan
    padin baru je tulis kisah Kemas Kini BlogMy Profile

    1. tehr says:

      hahaha
      takkan berjaya punya, bro

      1. padin says:

        haha kena ubah ni bro,
        percaya sebelum berjaya keh3
        mesti ramai yang vote tu

        1. tehr says:

          aku setuju
          ‘percaya sebelum berjaya’
          dan aku juga percaya bahawa aku tak boleh terbang :)

          dah ukur baju tadi…

  3. zulkbo says:

    salam…
    saya sokongggg…!!

    1. tehr says:

      salam kembali
      terima kasih, zul

      harap2 saya tak menang

  4. belalang says:

    menjadi blogger amat mudah
    menjadi terbaik sangat payah

    sangat suka dengan kata2 tue…
    belalang baru je tulis kisah First Contest Dari SBTMy Profile

    1. tehr says:

      gelak satu rumah kami baca pasal nenek kat blog belalang
      hahaha
      masih nak tergelak lagi ni…

  5. bluedianthus says:

    Wah, gudluck ye tehr ..Blog tehr ni saya yakin ramai yang dah tahu. :)
    bluedianthus baru je tulis kisah Selamat harijadi yang ke-49 untuk Daddy tersayang!My Profile

    1. tehr says:

      terima kasih, sis
      tak tahu siapa yang calonkan
      tapi memang bagus sebagai satu cabaran
      trafik blog ni tak banyak mana pun…

  6. zik says:

    kena tolong vote nih… blog pilihan semalaysia…
    zik baru je tulis kisah Jumlah pekerja berkelulusan PHD di Malaysia semakin ramai!My Profile

    1. tehr says:

      ya2
      tolong jangan tak tolong :)

  7. Latifah says:

    wahhh tehr tersenarai juga ya?
    tak perasan lak…
    okay2… nnt Latifah jalankan tanggungjawab untuk mengundi ye.
    =)
    Latifah baru je tulis kisah Peraduan menulis sempena 1st AnniversaryMy Profile

    1. tehr says:

      tak tahu la sapa yang senaraikan :)

  8. sangilapi says:

    dalam pemilihan hindarkan pilih bulu dan pilih kasih :)

    kita sama-sama tunggu keputusannya……tapi aku memang tak suka bab menunggu keputusan ni :)
    sangilapi baru je tulis kisah perkembangan semasaMy Profile

    1. tehr says:

      seboleh2nya begitulah, bro
      kalau dapat corot pun tak kisah apa… aku masih juga aku :)

  9. Norgadis says:

    Salam,
    Tahniah kerana tercalon “Blog Pilihan Malaysia”, memang layak tercalon, sebab blog ni lain dpd yag lain, moga berjaya…
    Norgadis baru je tulis kisah Ular Dan Anak KucingMy Profile

    1. tehr says:

      terima kasih atas sokongan
      masih segan dan malu juga ni…

  10. NEON says:

    AKU SUPPORT KO = ) HIHIHI GULING3X…BERGURINDAM AKU PEPAGI NI =)
    NEON baru je tulis kisah Tutorial – Cara Buat Link Warna WarniMy Profile

    1. tehr says:

      baik2 berguling tu, neon
      penyek anak kucing tu nanti :D

  11. werdah says:

    Salam tehr

    Semoga berjaya…
    werdah baru je tulis kisah Perhatikan burung-burung iniMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      setakat ni dah berjaya dah ni :D

  12. gayahspears says:

    haha.. cam artis lak ya.. selamat mengundi~ lalalala
    gayahspears baru je tulis kisah Aku Di Rumah Blogger Rock TerkenalMy Profile

    1. tehr says:

      kamu jangan lupa lak gi ngundi
      kad pengenalan tu bawak

      eh, dah daftar spr ke belum, cikgayah

    2. gayahspears says:

      hahah.. kena bwk ic ya bro???
      sy suda jlnkan tugas sy.. suda mengundi~ bro da kan lum ni???
      cepat2 g undi!! yeah~
      gayahspears baru je tulis kisah Aku Di Rumah Blogger Rock TerkenalMy Profile

  13. wadud says:

    pergh.. :p
    memang da best.. hehehehe…
    okeh3.. vote2..:D

  14. ProfHariz says:

    Saya sudah tunaikkan tanggungjawab saya :)
    ProfHariz baru je tulis kisah Berpoligami – Cinta Atau SexMy Profile

    1. tehr says:

      ya… ya… prof
      segala tanggungjawab perlu ditunaikan segera :)

  15. Cha'on says:

    wah.. nak kene tengok nie sape yang tersenarai.. gud luck
    Cha’on baru je tulis kisah Muzik Muzik 25 Separuh Akhir Senarai Lagu Yang Layak Ke AJL 25My Profile

    1. tehr says:

      jangan tengok je, cha’on
      undi gak le sapa2 yang berkenan

  16. Mohd Hafiz says:

    wah.. ada pilihan raya blog lah skuwnk nih…
    aku nak undi blog ni!! hahaha….

    1. tehr says:

      cepat2 gi ngundi
      jangan lupa… bawa kad pengenalan :D

  17. puteri says:

    blog suami pilihan?
    suami pilihan blog?

    blogger suami pilihan?
    suami pilihan blogger?
    blogger pilihan suami?

    wah3..
    haa..
    apa lagi, kempen3!
    puteri baru je tulis kisah sakitMy Profile

    1. tehr says:

      bayaknya pilihan
      pening kawe :D

  18. etomyam says:

    penghargaan tu terhadap karya2 spesel,
    nak masuk mengundi jugak lah :D
    etomyam baru je tulis kisah Jadual pembayaran gaji bulanan tahun 2011My Profile

    1. tehr says:

      ya la, bro
      satu perhargaan kepada blogger
      aku ikut belakang je…

    2. dnoBiz says:

      betul tu bro,
      aku cukup sokong dengan penghargaan macam ni..,

  19. Ismail N says:

    Wah tahniah jadi calon.. he he..
    Macam mana nak undi teh ramuan. Pakai sms ke?
    Ismail N baru je tulis kisah Di Larang Kencing!My Profile

    1. tehr says:

      takyah sms pun – main klik2 je, bro
      ada link saya letakkan kat entri

  20. hhm saya pilih blog ini saja…
    Diana
    resep masakan baru je tulis kisah Rumah Mungil Yang SehatMy Profile

  21. coz tehramuan mantap bagus sekali…
    saya dukung…
    salam hangat
    Diana
    resep masakan baru je tulis kisah Diskon gila disduscomMy Profile

    1. tehr says:

      tak ada mantap nyer, diana
      baru nak belajar juga ni…

  22. suri says:

    semoga akan maju ke hadapan lagi..

    1. tehr says:

      insyaallah, suri

      sekarang pun sedang maju ni
      [bahagian perut je :)]

      1. Affan says:

        haha. bahagian perut tu untuk kategori suami2 je lah. hohoh

  23. Affan says:

    owh bro ada jugak ye.
    tak perasan pulak hehe.
    kalau saya pun, segan jugak nak mintak org tolong vote, bukan artis pun heheh.
    selamat tade dalam pencalonan

    1. tehr says:

      tu la pasal :D

    1. tehr says:

      harapannya kemeriahan yang berisi
      insya allah

  24. Ali ridha says:

    pilih vote untuk blog lelaki.hehehe…
    Ali ridha baru je tulis kisah Malaysian hacked into US Fed- prosecutorsMy Profile

  25. Ali ridha says:

    vote ye banyak2 tau.
    Ali ridha baru je tulis kisah Malaysian hacked into US Fed- prosecutorsMy Profile

  26. Ali ridha says:

    bagus juga vote ni.dapat la
    blog Malaysia terus berkembang.
    Ali ridha baru je tulis kisah Malaysian hacked into US Fed- prosecutorsMy Profile

  27. dnoBiz says:

    Aku tak heran bila kau tercalon,

    sebab pada aku kau memang layak :D

    tahniah Bro…
    dnoBiz baru je tulis kisah Bunuh isteri- Tertuduh lakukan seks berhampiran mayatMy Profile

  28. Ali ridha says:

    habis aku terlambat la.
    Ali ridha baru je tulis kisah Sebak lihat Kepala putus duaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun