Blog, Nuffnang And Earnings

buat blog letak nuffnang
gelak gelak disangka senang

berangan-angan jadi kaya
macam tak sedar diri saja

lepas sebulan dapat earnings
ha ha kepalamu akan pening

ayuh dengar ini cerita benar
nanti harapan boleh bersinar

apabila traffic hanya sejemput
nuffnang juga akan kedekut

tetapi kalau traffic meriah
nuffnang boleh jadi pemurah

dan jangan letak iklan melulu
sebab nuffnang tak suka dimadu

nanti hilang status glitterati
kamu sendiri juga yang rugi

macam iklan youthsays atau innity
nuffnang tak benarkan buat begini

kamu janganlah utamakan duit
atau hanya mahu banyak traffic

lebih utama entri yang bermutu
barulah blog kamu berdaya maju

ada pula identiti yang tersendiri
orang akan ingat sampai mati

Sebagai ‘budak baru belajar’, jangan berharap kepada ‘durian runtuh’ kerana pokok durian mengambil masa bertahun-tahun untuk membesar dan berbuah. Banyak pula masa, usaha dan tenaga diperlukan untuk menjaga dan menguruskannya.

TehrDemikian kisah 'Blog, Nuffnang And Earnings' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun