Blog Kegemaran Orang Dungun

Rupanya orang Dungun bukan saja suka makan telur penyu tetapi juga suka pantun. Pandai berpantun dan pandai pula menulis pantun. Bukan aku yang kata tapi Cik Alexa comel yang kata. Blog Tehramuan.Com menjadi kegemaran orang di Dungun. :D

blog popular

Dungun terletak di Terengganu. Antara daerah yang menjadi tumpuan pelancong kerana ada banyak tempat menarik di sini. Kata orang, nama Dungun berasal daripada nama pokok yang banyak tumbuh di kawasan paya air tawar.

bukit besi sejarah terdahulu
tasik puteri kini menunggu
tanjung jara berdendang bayu
rantau abang menangis penyu

air terjun chemerong terindah
hutan simpan sedia dijelajah
padang merdeka neon terserlah
pulau tenggol terkenal sudah

pasir raja pengunjung bertamu
tempat menarik harapan dituju
daerah dungun negeri terengganu
sehari bertandang setahun rindu

Dungun boleh dihubungi melalui jalan darat. Memandu sendiri atau menggunakan kemudahan pengangkutan awam seperti bas. Jom ke Dungun, tengok penyu bertelur. :D

TAHUN MELAWAT TERENGGANU 2013
NEGERI CANTIK; BUDAYA MENARIK

TehrDemikian kisah 'Blog Kegemaran Orang Dungun' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


35 Comments

  1. hafizmd says:

    Nampaknya blog cikgu dah jadi blog wanted kat Dungun =)

    Ambe biasa sgt lalu kat Dungun cuma jarang singgah jer…hehe

    p.s. bukan setakat budaya menarik, org2nye hensem lagi kacak…hahahhaa
    hafizmd baru je tulis kisah Fakta Penting Tentang Bayi Kekuningan/JaundisMy Profile

    1. TehR says:

      yups, wanita yang sopan dan cantik juga :D

      1. suri says:

        aku suka tu tpi suka org kelatan sb org molek3 belaka heee..tpis t tak der kwn girl sr sana dah ..tggu ada le sllu pelanggan haa…agak2 blh jdi kwn tak? ngeeeee >_<
        suri baru je tulis kisah Sampai Sakit KepalaMy Profile

        1. Ummikami says:

          Salam Suri…orang Kedah pun cantik-cantik juga…. :D
          Ummikami baru je tulis kisah Pantun Hiasan Dunia…..My Profile

          1. suri says:

            wsalam..
            aha..sy lupa org kedah, org johor, ggau, perlis..sabah pendek kata semua ctik2 belaka :)

  2. hafizmd says:

    terbaiklah cikgu!

    alexa mmg cun habis…kagum ambe
    hafizmd baru je tulis kisah Fakta Penting Tentang Bayi Kekuningan/JaundisMy Profile

    1. TehR says:

      masih belum stabil, bro
      juga belum tercapai target

      1. suri says:

        ambe gak yang byk hua…sesh nak capai ni hee..
        suri baru je tulis kisah Cerita Si Gelung BatuMy Profile

      2. hafizmd says:

        berapa targetnya cikgu?

        moga2 dapat capai bawah 50k..ameen
        hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday #35 Buat Duit Online Dengan Klikjer!My Profile

  3. tahniah tuan….saya dari Sarawak turut meminati blog ini.
    hanafi abdullah baru je tulis kisah Jangan Bertangguh Jika Dapat Dilakukan SekarangMy Profile

    1. Ummikami says:

      Blog yang mula-mula sekali Ummi datang berpantun…:D
      Ummikami baru je tulis kisah Pantun Hiasan Dunia…..My Profile

  4. papa mifz says:

    Dungun Most Wanted lah nih yer…hehe
    papa mifz baru je tulis kisah Mandi Manda di Pantai Tanjung TokongMy Profile

  5. dja@sishaza says:

    Hahah….Bukit Besi, Air terjun Chemerong, Pasir Raja…. tempat ambe melorek kenangan dulu tuh

  6. dja@sishaza says:

    Setiap petang khamis dulu suka gi pasar minggu Dungun sebab ada sorang mokcik tu pandai buat nasi beriani..mengimbau kenangan boh :)

  7. suri says:

    sy belum ada pelung nk ke sana lgi huu..
    suri baru je tulis kisah Cerita Si Gelung BatuMy Profile

  8. suri says:

    org dungun ker, melaka ker, pahang ke yg penting kit adok kt Malaysia mmg rakyat mesra alam gitu heee.thnih dah ctik no tuh heee
    suri baru je tulis kisah Cinta Dalam Bakul, Bila Lelaki Menggoda HatimuMy Profile

  9. padin says:

    hehee mase gi dungun hujung tahun 2011, tebing rebak.. mmg nampak depan mata..

  10. HafizAmri says:

    teringin nak p terengganu nanti.. huhu
    HafizAmri baru je tulis kisah Masalah Kesukaran TidurMy Profile

  11. akubiomed says:

    Pernah kerja luar sampai ke Dungun. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Pemanggang ajaib k-popMy Profile

  12. Hairul Azni says:

    Kalau lalu di Terengganu mesti nak lalu di jalan tepi pantai..
    Hairul Azni baru je tulis kisah Menang RM 100.00 Dari Giveaway Hairulazni.myMy Profile

    1. hafizmd says:

      lalu ikut sisir pantai mmg lebih relaks dan nyaman berbanding lalu ikut jabor..nak kena bawak kereta macam racing bila time byk lori..hehe
      hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday #35 Buat Duit Online Dengan Klikjer!My Profile

  13. onlajer says:

    orang dungun suka dkat cikgu nih
    onlajer baru je tulis kisah RIO – ReviewMy Profile

  14. hafidz says:

    Nanananana Terengganu Kita! :D
    hafidz baru je tulis kisah Relax lah!My Profile

  15. azura says:

    negeri cantik, budaya menarik insyaAllah orangnya baik-baik, itu kata MB Terengganu
    azura baru je tulis kisah Mandi Sungai TekalaMy Profile

  16. amboi tengok alexa popular di Dungun terus puji tuu. hehe. terbaik lahh. kalau jadi top 1 area dungun lagi la femes kat dungun blog ni. :D
    khairul asrol baru je tulis kisah Waspada Daripada Menjadi Mangsa “Blog Cloning” Melalui SitemapMy Profile

  17. titan says:

    sejak aku buat dulu-dulu..ramai plak yang tiru ekkk. haha..
    titan baru je tulis kisah 10 minit. Lebih baik ada daripada tak dapat.My Profile

    1. Hafizul says:

      Ala..hajat dihati baru nak buat mcm ni..haha..tak jadi ahhhh
      Hafizul baru je tulis kisah Pendapatan Ke-10 Dan Ke-11 Dari JobdirumahMy Profile

  18. Ummikami says:

    Kain kasa bersegi biku,
    Biku sedikit bergulung-gulung;
    Ingin rasa pergi Terengganu,
    Kakiku sakit tiada menolong. :)
    Ummikami baru je tulis kisah Pantun Hiasan Dunia…..My Profile

  19. Ummikami says:

    Masuk relau jalan melencong,
    Masih dingin lama terjaga;
    Seronok kalau sebulan melancong,
    Beralih angin bersama keluarga.
    Ummikami baru je tulis kisah Pantun Hiasan Dunia…..My Profile

  20. Hmmm… orang Dundun paling kuat minum teh rupanya…
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah VERSUS Season Two At TV9My Profile

  21. hafiz says:

    memang terbaiklah ranking tu bro…tahniah..
    hafiz baru je tulis kisah Wordless Wednesday # 23 : Ketam Masak SambalMy Profile

  22. MindaKini says:

    Tahniah lah.. hebat blog tehramuan
    MindaKini baru je tulis kisah Pilihanraya Tiada Di Dalam Politik Islam?My Profile

  23. Bro Zulkbo says:

    salam…
    lama juga saya tak ke Dungun, Ganu nih..
    apa yang menarik di sana sekarang ye?
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Lagu Jom Mengundi Nyanyian Black, Tomok, Shiha Dan Ayu : Video Dan LirikMy Profile

  24. Lynn says:

    Dungun terletak di Trengganu
    Menteri besarnya ramah dan berbudi bahasa
    Indah Terengganu di ulik bayu
    Berkembang ekonominya makin terasa
    Lynn baru je tulis kisah APA ITU MATAWANG RIZABMy Profile

  25. Hafizul says:

    Tahun 2013 tahun melawat terengganu..jom laburkan duit anda di sini..haha..Negeri cantik, budaya menarik, insyaAllah orangnya pun baik-baik..
    Hafizul baru je tulis kisah Pendapatan Ke-10 Dan Ke-11 Dari JobdirumahMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun