Bila Wanita Turun Padang

Moga-moga khabar sahabat blogger hari ini sihat sejahtera. Mr Tehr sihat seperti biasa sahaja, sedikit sibuk dan baru je ada kesempatan menjenguk blog. Sejak petang semalam banyak turun ke belakang rumah membersihkan apa yang patut. Mrs Tehr, memang tak digalakkan untuk membersihkan halaman belakang rumah, sekadar turun bawa teh 0 je. :D Turun ke padang memang dah lama tak berkesempatan.

kalau wanita turun ke padangbila wanita turun padang
tak kira malam atau pun siang
atur langkah jalan berlenggang
semua mata akan memandang

wanita ke padang beri sokongan
atau juga mengambil bahagian
pekerti terjaga di dalam kawalan
fitnah dan dosa boleh hindarkan

jangan lelaki ambil kesempatan
cerita buruk tentang perempuan
berbaik sangka dalam kehidupan
bersama kita meneguh perpaduan

Kadang-kadang terasa pelik juga bila sesetengah acara sukan mewajibkan kod pakaian sukan tertentu kepada peserta wanita. Sebahagian acara pula, pakaian sukan wanita lebih ringkas dan pendek berbanding lelaki. Agaknya mereka ni tak suka tengok bulu dada atau bulu kaki peserta lelaki. Sebab tu la pakaian lelaki tak dikisahkan sangat. He he he…

TehrDemikian kisah 'Bila Wanita Turun Padang' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


47 Comments

  1. mie says:

    rajin mr tehr membersih halaman rumah…
    kalau bab pakaian, memang banyak yang perlu diperbaiki..
    hehehhee
    mie baru je tulis kisah Selamat Hari Raya AidilfitriMy Profile

    1. tehr says:

      sejak raya
      baru ni la sempat jenguk belakang rumah
      dah macam kapal pecah pun… :D

      1. akubiomed says:

        Hmm..sambil mengemas belakang rumah sambil menyelam minum air. Musykil tiba-tiba entri mengenai wanita. ha..ha..
        akubiomed baru je tulis kisah Proton Saga R3 “My PROTON Makeover” pertamaMy Profile

    2. suri says:

      pagi hari keluar rumah
      untuk menyapu halaman depan
      wanita anggun harus maruh
      demi keluarga dan juga iman

  2. LadyBird says:

    kalau peserta sukan wanita memakai tutup aurat sekalipun.. adakah penutupan itu sempurna? hanya soalan.. sorry.. xde kaitan dengan entry..
    LadyBird baru je tulis kisah Japan Earthquake [True Story]My Profile

    1. tehr says:

      memang ada kaitannya tu
      saya lebih suka wanita memilih acara tertentu sahaja

    2. akubiomed says:

      Sekrang-kurang ada usaha untuk menjaga aurat

      1. suri says:

        rata2nya tidak bgtu kan hee,
        suri baru je tulis kisah Tranformasi Berjaya Rakyat SejahteraMy Profile

  3. zulkbo says:

    salam..
    kalau di Malaysia ni dah ramai
    altet yang lelaki saya lihat
    sudah mula berpakaian
    yang agak menutup aurat..
    kalau di barat macam pakai
    spende pun ada..he he..

    nak kena ada garis panduan
    antarabangsa saya rasa nih..
    :)
    zulkbo baru je tulis kisah Tangan Kanan Memberi Sorokkan Tangan KiriMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      baru2 ni kod pakaian pemain badminton wanita mahu di ubah lagi
      nak tarik minat penonton
      kononnya…

      1. akubiomed says:

        Mengarutlah kita hendak melihat permainan badminton bukan melihat pertandingan ratu cantik

        1. suri says:

          ha..bila wanita akan juarai sukan badminton asik llki jer huhu…
          suri baru je tulis kisah Tranformasi Berjaya Rakyat SejahteraMy Profile

    2. akubiomed says:

      Ada juga memakai seluar bermuda khakis tapi yang tak tahan melihat betis berbulu :-)

  4. titan says:

    emmm…payah nak komen. tunggu dan lihat aje.
    titan baru je tulis kisah Cek ke 4 dari ChurpchurpMy Profile

    1. tehr says:

      tunggu dan lihat pun bagus juga, bro :D

      1. suri says:

        hari-hari memcuci mata
        untuk melihat keindahan dunia
        bila nafsu mula ada
        jangan disalahkan orang lain pula
        suri baru je tulis kisah Tujuh Naungan PenciptaMy Profile

  5. emet says:

    Biasalah dunia… perempuan diguna-gunakan…
    emet baru je tulis kisah Koleksi Boot Safee Sali (Gambar)My Profile

    1. tehr says:

      hanya kerana mengejar nama
      tak sedar pula sedang diperguna

    2. akubiomed says:

      Tidak heran lihat di media atau di pasar malam bagaimana wanita dieksploitasi dan di jadikan pelaris

  6. Chipcoklat says:

    Kita selalu mewar2kan tentang pemakaian menutup aurat.. itu mmg baik sekali.. tetapi malangnya perlaksanaan itu yg penting selain berkempen sana sini..

    Jika takut ombak melambung,
    Jangan berumah ditepi pantai,
    Jika ayah berjalan serong,
    Masakan anak menunjuk pandai.
    Chipcoklat baru je tulis kisah Tidur Yang Mendapat PahalaMy Profile

    1. tehr says:

      tu la yang saya kata, chip
      patut pilih2 acara je
      tak boleh nak sertai semua kerana mereka takkan benarkan

  7. adele says:

    perempuan semakin tek berhalangan utk bersukan skrg…pakaian dah tak menjadi masalah utk mencari yg menutup aurat :)
    adele baru je tulis kisah Testimoni: Selepas 4 bulan memakai Kayla Ori Stem CellMy Profile

    1. tehr says:

      ada beberapa jenis sukan yang sesuai, adele
      sesetengahnya pula memang tak sesuai langsung

  8. Cik Siti says:

    pakaian bukan halangan untuk menang…
    Cik Siti baru je tulis kisah Nak resepi???My Profile

    1. tehr says:

      yups
      benar dan tepat tu

  9. nurmisnan says:

    Bab wanita turun padang nih mcm2 pesen ada.
    kalau cik puan pakai tak seksi pun jika menarik
    perhatian lelaki akan pandang juger.. tak gitu?
    nurmisnan baru je tulis kisah JAKIM mengesahkan tiada serbuan ke atas Kilang Munchy’sMy Profile

    1. tehr says:

      benar sekali
      begitulah selalunya yang terjadi
      sebab tu wanita perlu berteman bila keluar rumah

    2. akubiomed says:

      Betul kalau tutup aurat kelihatan anggun tentu ada mata yang memandang. Rasanya perlu pakai Burqah nampak mata sahaja

  10. Cha'on says:

    itu la.. kalau kita tengok peserta2 kaum wanita nie banyak yang terdedah daripada pakaian lelaki.. mungkin nak tarik perhatian kot.. hahhha..
    Cha’on baru je tulis kisah Manusia Sebagai Khalifah Di Muka BumiMy Profile

    1. tehr says:

      jangan2 pereka pakaian wanita tu semuanya lelaki
      pandai je mereka ni :D

  11. Juan says:

    betul juga, aku dah lama terfikir pasal ni, pompuan pakai ringkas? lelaki plak yg tutup semua? pelik pelik
    Juan baru je tulis kisah Software Al-QuranMy Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal, juan
      memang sengaja merendahkan martabat wanita

  12. yas says:

    Kalau pompuan yg turun padang…kompom prnonton lebih tertumpu pada derang…hehehe
    yas baru je tulis kisah Teknik terbaik ambik gambar…My Profile

    1. tehr says:

      hehe
      kumbang dengan bunga

    2. dnoBiz says:

      heheh macam biasa je Yas… :D
      dnoBiz baru je tulis kisah Pesta Seks – Parti Liar Siswa dan siswiMy Profile

  13. tips-kurus says:

    kalau foot-baller, baju lengan panjang. seluar pendek nampak lutut..
    tips-kurus baru je tulis kisah Intip Calon Menantu Waktu Subuh/Isya’My Profile

    1. tehr says:

      mereka tak fikir hal aurat pun

  14. bagi saya, atlet wanita hanya sesuai utk acara tertentu sahaja. biarlh acara yg membolehkan wanita menutut aurat sahaja diizinkan utk wanita.
    shameel iskandar baru je tulis kisah Masih Relevenkah Sambutan Hari Kemerdekaan Apabila Tanah Melayu ‘Senasib’ Dengan ThailandMy Profile

    1. tehr says:

      patutnya macam tu la
      kalaulah negara kita dapat kuatkuasakan peraturan begini
      rasaya tak rugi besar mana pun

    2. dnoBiz says:

      baru je semalam aku tengok pelajar wanita KIAS (NIlam PUri), main futsal dengan pakai telekong labuh dan juga busana Muslimah… Ok je.., sepak bola baik je.. :D
      dnoBiz baru je tulis kisah Rukun Solat – Takbiratul Ihram yang sering diabaikanMy Profile

  15. Jai says:

    Teringat pulak aku pada badminton yang nak ubah cara berpakaian.. Jadi ke tak ek?
    Jai baru je tulis kisah Pesta Seks Parti Liar Siswa SiswiMy Profile

    1. tehr says:

      kalau tak silap aku la…
      ditangguhkan

  16. dnoBiz says:

    teringat kat sukan Badminton yang dulu katanya nak diwajibkan pemakaian skirt dengan alasan baik untuk publisiti…
    Last last tak jadi…
    dnoBiz baru je tulis kisah Video Warna Anwar dan Eskay – Kenapa baju hitam jadi Putih ?My Profile

  17. kasi chance ehhh.. Takkan lelaki jer turun padang :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah What You See Is What You GetMy Profile

  18. Sebenarnya bro ini antara agenda zionis untuk merosakkan wanita-wanita kita dengan mensyaratkan pemakaian tertentu dalam acara sukan.Yang pastinya pakaian tersebut mengundang dosa dan fitnah.
    InfoBuahPinggang baru je tulis kisah 3 Cara Bagaimana Mengekalkan Kesihatan Buah Pinggang AndaMy Profile

  19. bEe says:

    Wanita…
    engkau bulan kau juga suria :-)

  20. Mus says:

    seperti sengaja menganiaya wanita
    Mus baru je tulis kisah Selamat Tinggal Bumi KenyalangMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun