Bila Tetamu Datang

bila tetamu datang
sunyi rindu menghilang

ada khabar dicanang
ada mata bertentang
ada senyum disilang
ada gelak berdendang
ada kisah disembang
ada sedih bertandang

tiba-tiba jatuh terlentang sebidang tikar mengkuang
sekilas mata terpandang juadah pula sudah terhidang

ada sepinggan hati riang
tumpah penuh sedulang
ada secangkir hati senang
melimpah penuh seruang

bila tetamu pulang
sunyi menghias ruang
rindu menyusun perang
harapan kembali berjuang

TehrDemikian kisah 'Bila Tetamu Datang' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


16 Comments

  1. Cik Siti says:

    mendalam maksud tu en tehr
    Cik Siti baru je tulis kisah Kata Hati….My Profile

  2. Anuar says:

    Puisi yang menarik.. Kehadiran tetamu ke rumah kita sebenarnya membawa rezeki dalam hidup kita.. Disebabkan itu kita perlu melayan mereka dengan baik.. Kepulangan mereka sudah tentu membawa satu kenangan dalam hidup kita.. ;)
    Anuar baru je tulis kisah Pulangan Pelaburan Sehingga 854% dalam tempoh 3 tahun (2011-2013)My Profile

  3. maza says:

    wakakaa.. kalau duduk di masjid, hari2 dapat tetamu .. insyallah. hehehe
    maza baru je tulis kisah Langkah Pertama Selepas PMRMy Profile

  4. Mendalam maksud ni. Kisah tuan blog ke?
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Menara KL Hilang?My Profile

  5. hafiz says:

    Melayan tetamu datang ni rupanya
    hafiz baru je tulis kisah Tips mengelakkan bayi tersedak susuMy Profile

  6. akubiomed says:

    Tetamu yang datang perlu raikan. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Penubuhan Celebrity Support Group oleh JKJR SelangorMy Profile

  7. Kamil Salleh says:

    Semoga tetamu sentiasa bertandang ke blog bro…, dapatlah melayan mereka dgn sebaiknya. Pasti mereka akan datang lagi. Insya Allah…
    Kamil Salleh baru je tulis kisah Kedudukan Terkini Senarai Peserta Contest SEO EridyMy Profile

  8. zik says:

    Tetamu yang datang diutamakan..
    zik baru je tulis kisah Petai terbesar didunia, ada berani??My Profile

  9. AUC says:

    bila tetamu pulang
    sunyi menghias ruang
    lantas tangan mengukir karang
    di alam maya melepaskan darang
    AUC baru je tulis kisah Facebook Wujudkan Tombol “Simpati”My Profile

  10. Lyn™ says:

    Teringat pesan aruah bapak untuk memuliakan tetamu yang datang.
    Lyn™ baru je tulis kisah AmanahMy Profile

  11. dja@sishaza says:

    Bagaimana pula dengan tetamu tak diundang cikgu …. banyak juga kes macam ni sekarang
    dja@sishaza baru je tulis kisah RIADAH CUTI SEKOLAH CARA ORANG KAMPUNGMy Profile

  12. UmmiKami says:

    Jala dan bubu merentang tanjung,
    Padi terapung setiap bendang;
    Bila tetamu datang berkunjung,
    Kopi kampung siap terhidang… :)
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Isteri….My Profile

  13. UmmiKami says:

    Kalau peria berbatang renjung,
    Temukan peria hampir mentimun;
    Kalau saya datang berkunjung,
    Jamukan saya secangkir pantun… :) :)
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Isteri….My Profile

  14. Bila kawe datang, hidang ler teh tarik lak.. :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah The Hobbit: The Desolation of SmaugMy Profile

  15. titan says:

    okeh. yang ni aku fail sikit nak faham.
    titan baru je tulis kisah Teringin nak melawat Masjid Al Aqsa.My Profile

  16. Hafizul says:

    Aiii macam lain jer pantun kali ni bunyi…
    Hafizul baru je tulis kisah Sayonara 2013My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun