Bila Syaitan Berpantun

Ayam berkokok di atas dangau,
Kerbau menguak di tepi baruh,
Usah dirisau azan di surau,
Biarkan berlalu solat subuh.

Mentari ceria di hari baru,
Menghangat air di dalam besen,
Tunjuk pamerkan kejelitaan dirimu,
Ikut perkembangan dunia fesyen.

Petani bekerja di tengah sawah,
Mengumpul rezeki dari tanaman,
Makan tak kenyang dengan bismillah,
Rezeki tak hilang di dalam tangan.

Pelik melihat terasa lucu,
Kerbau melompat di atas tali,
Ikut sahaja kehendak hatimu,
Hidup di dunia hanya sekali.

Ayam berebut masuk ke reban,
Tamatnya siang suria terbenam,
Jangan terlihat diri kampungan,
Bila berjumpa mengucap salam.

Bulan purnama di atas kubur,
Bunga kemboja gugur ke bumi,
Wahai insan bila nak tidur,
Tak perlulah baca ayat kursi.

Ribut petir gegak gempita,
Basah bumi disirami hujan,
Quran dan sunah lupakan sahaja,
Nabi dah wafat zaman berzaman.

Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam.

TehrDemikian kisah 'Bila Syaitan Berpantun' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


One Comment

  1. windi says:

    bila baca pantun reverse saikologi macam ni rasa seram pulak. seram dan insaf.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun