Bila Rindu

when i need youRamai suami atau isteri yang sentiasa berjauhan dari keluarga dan orang tersayang kerana berbagai sebab. Sama ada lelaki atau perempuan sama sahaja, perpisahan yang terjadi menuntut pengorbanan dan kesabaran serta menggamit rindu yang berlarutan.

Bila digamit rindu, lagu When I need You memang akan meniti di bibir. Nyanyian Leo Sayer [1977] ini cukup popular dari dahulu sampai sekarang. Penyanyi terkenal seperti Celine Dion, Rod Stewart, Julio Iglesias dan Cliff Richard juga merakam kembali lagu ini. Aku pula lebih suka suara serak Rod Stewart. He he…

When I need you
I just close my eyes and I’m with you

Rindu bila berpisah memang payah untuk diceritakan. Hanya orang yang pernah mengalaminya sahaja yang tahu. Zaman sebelum ada telefon dahulu, hanya surat sebagai pengganti diri. Mungkin sebelum menerima surat balasan, surat baru sudah pun dikirim. Kalau kawasan yang didiami tidak mempunyai perkhidmatan pos, lagi parah. Terpaksalah bulan di langit menjadi teman.

Pulang untuk melepaskan rindu? Kalaulah ada kenderaan sendiri, ada kapal terbang sendiri! Kalaulah ada duit berjuta-juta ria. Keperluan untuk bekerja dan menyelesaikan tugas memang akan menyekat pergerakan. Masa dan kesihatan juga selalu menghalang perjalanan. Apo Nok Dikato.

Aku ada kawan yang bekerja di Kelantan sementara isterinya bekerja di Kuala Lumpur. Ada sepupu yang bekerja di Johor sedangkan suaminya bekerja di Terengganu. Moga-moga mereka bersabar.

Rindu itu sangat indah…

TehrDemikian kisah 'Bila Rindu' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


37 Comments

  1. rindu di hati tidak terkata
    rasa percaya terpahat di hati
    jarak pemisah hanya di mata
    jiwa bersatu dalam hati
    tengkorakemas baru je tulis kisah Selamat dengan IslamMy Profile

    1. tehr says:

      kapal biru minta berhenti
      tepi sungai jetinya tiada
      ombak rindu melanda hati
      jatuh berderai si air mata

  2. begitulah lumrah suami isteri, rindu rinduan :)
    ieda al-habsyi baru je tulis kisah Tersalah RabaMy Profile

    1. dnoBiz says:

      hahahah
      rindu rinduan cakar cakaran …. :D
      dnoBiz baru je tulis kisah Kemalangan Atau Kecuaian – Budak Maut Jatuh EskalatorMy Profile

      1. akubiomed says:

        Cakar Harimau yer bro. Manisnya madu ini….:-)

    2. tehr says:

      pesan untuk para suami ni, ieda

      kirim rindu, kirim sms dan kirim duit belanja :D

  3. teringat lagu ruffedge “bila rindu”,kawan2 dulu suka sangat dgn lagu ni..lagu slow layan ja:)

    1. tehr says:

      lagu rindu memang mainan bibir insan yang berjauhan
      kan? kan?

      1. Mus says:

        lagu ni mmg ngam..
        mp3 nya pasti dicari bila berjauhan.. terutamanya out-station hihihi..
        Mus baru je tulis kisah Review: Cara Mudah Menang Top-Up RM30.00My Profile

  4. padin says:

    hak3.. ada rakan sekerja aku yang kena berkhidmat di sarawak..
    tapi anak bini masih di johor fuhh parah..

    hee kalau aku dapat jodoh dengan orang luar johor
    apo nak di kato gak hee :D

    1. tehr says:

      terpaksa diterima, bro
      terpaksa

      orang kata, dok jauh2 payah nak bertengkar :D

    2. Mus says:

      memang kuat dugaan hidup berjauhan ni..
      Mus baru je tulis kisah Akibat Selalu Terjah Blog PopularMy Profile

  5. dnoBiz says:

    rindu…
    jangan pula rindu hanya bila berjauhan
    tapi bila dekat bercakaran…
    Ps : kalau cakar rimau takpe … :D
    dnoBiz baru je tulis kisah Blogger Gangster – Filem terbaru Lingkup ProductionMy Profile

    1. tehr says:

      cakar rimau?
      wah, bahaya sangat2 tu, dno :D

  6. toyol says:

    alahai..
    bnyk jg blog yg mnulis tntg rindu hr ni..

    cikgu rindu kt sape??
    toyol baru je tulis kisah RAHSIAMy Profile

    1. tehr says:

      aik? banyak ke, TK?
      saya hari ni baru je nak online ni

    2. Mus says:

      bialah dah lumrah hidup..
      Mus baru je tulis kisah Akibat Selalu Terjah Blog PopularMy Profile

      1. Mus says:

        *biasalah
        Mus baru je tulis kisah Akibat Selalu Terjah Blog PopularMy Profile

  7. zulkbo says:

    salam..
    kata orang..sayangkan isteri
    tinggal-tinggalkan..betul ke?
    saya tak pernah berenggang
    nih..tak biasa..hari2 pun jumpa
    melainkan beliau balik kampung
    time cuti sekolah..saya bekerja
    zulkbo baru je tulis kisah Tembakan Di Kepala Penjenayah Menyelamatkan Penghuni Pusat Asuhan SerikidsMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      sama la kita, zul
      mungkin paling lama pun saya hanya berenggang seminggu je :D

  8. zulkbo says:

    pernah merindui
    seseorang sampai lost
    10 kg..giler betul..
    last kawin orang lain..
    ada hikmah di sebaliknya
    tu..alhamdulillah..
    :)
    zulkbo baru je tulis kisah Tembakan Di Kepala Penjenayah Menyelamatkan Penghuni Pusat Asuhan SerikidsMy Profile

    1. tehr says:

      memang teruk penangan rindu ni kalau dilayan
      tapi biasanya akan dilayan juga
      biar pun dah tahu jodoh pertemuan, Dia yang tentukan
      hehe

  9. Mus says:

    bila berjauhan..
    akan menguji kesetiaan dan kemampuan kita hidup tanpa pasangan..
    Mus baru je tulis kisah Akibat Selalu Terjah Blog PopularMy Profile

    1. tehr says:

      satu ujian yang besar ni, mus
      semua persaan rindu, risau, kasihan bercampur aduk

  10. Lagu lama tapi memang menarik jiwa raga.
    Dah rasa macamana hidup berjauhan. :(
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah How to remove 404 errorMy Profile

    1. tehr says:

      rinduuuuuuuuu
      rindu serindu rindunya…

      1. Hahahaha…. :p
        Sekarang tak rindu dah ler.
        Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Don’t go to KL on 9 July 2011My Profile

  11. sayacomel says:

    tengah rindukan seseorang..
    sayacomel baru je tulis kisah Comel Serius – Musang yang comel dan kacak!My Profile

    1. tehr says:

      aik? sapa tu?
      sekarang ni senang… call je :D

  12. kakyon says:

    bila jauh rindu rinduan..bila dekat bercakaran..cakar harimau..heheh

    1. tehr says:

      eeeee
      takut nyeeer!

  13. layan Abg Rod yer bro? he he.. kawe pon minat suara dia yg serak2 basah tu.. kaw kaw ehhh..
    Datuk Ismail N baru je tulis kisah Kekasih GelapkuMy Profile

    1. tehr says:

      sesekali layan juga, bro
      selang seli dengan abang mad jais :D

    2. akubiomed says:

      Rod Steward walaupun suara serak-serak basah memang sedap didengar oleh dek halwa terlinga

  14. ghost writer says:

    setelah bertahun-tahun jauh dari famili semakin terasa rindunya..dari punya hati yang keras dah jadi seorang yang cukup sentimental..huhu
    ghost writer baru je tulis kisah di sebalik pagar hijauMy Profile

    1. tehr says:

      ambil cuti je, ghost
      lepaskan segala rasa rindu
      bebaskan segala cerita duka

  15. bEe says:

    Kesian kpd suami isteri yg terpaksa jauh…. faham perasaan tu cikgu :-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun