Bila Letupan Berbunyi

Siapa pun tahu akan bahaya bahan letupan. Budak-budak dah tahu, mak ayah pun tahu. Datuk dan nenek juga dah tahu. Yang sedihnya setiap tahun juga mereka membeli mercun dan bunga api untuk menyambut raya.

bermusim raya di negara kita
berbunyi mercun di sini sana
raya melayu mengalahkan cina
salahnya kerana orang dewasa

apabila ada letupan berbunyi
budak-budak melompat menari
yang tua pula tumpang sekaki
sesal hanya bila dah putus jari

bila letupan memecah suasana
adalah pula yang hilang nyawa
bunyi tembakan di tengah kota
gegarnya hingga ke hujung desa

bunyi mercun bunyi tembakan
sesekali bom memberi letupan
bilakah negara mendapat aman
bilakah damai dalam kehidupan

Ibu beli mercun untuk anak. Bapa juga beli mercun untuk anak. Datuk nenek pula beli mercun untuk cucu. Satu keluarga pakat-pakat main mercun untuk sambut raya.

Lagi teruk bila orang dewasa yang lebih-lebih main mercun. Anak kecil dan budak-budak pula hanya tersengeh atas tangga, melompat dan ketawa mendengar letupan mercun sambil melihat kebodohan orang dewasa!

TehrDemikian kisah 'Bila Letupan Berbunyi' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


12 Comments

  1. Mohd Shubhi says:

    Setuju…beli, bakar dan main mercun satu kebodohan!
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah Bagaimana anda diperbodohkan oleh bankMy Profile

  2. dja@sishaza says:

    Yg ramai2 putus jari tu org kita, peliknya masa sambutan CNY tak ada pula.. perasan tak cikgu ?
    dja@sishaza baru je tulis kisah TIPS MENINGGALKAN KUCING DI RUMAHMy Profile

  3. dja@sishaza says:

    Agaknya sebab org kita ni terlebih daya kreativiti kot :[
    dja@sishaza baru je tulis kisah TIPS MENINGGALKAN KUCING DI RUMAHMy Profile

  4. akubiomed says:

    Dekat kampung letupan mercun bola dikiri kanan rumah. Lebih dahsyat selepas pengumuman tarikh Hari Raya.
    akubiomed baru je tulis kisah Wordless Wednesday – ShinzukaMy Profile

  5. dengar juga bunyi sikit kebom – kebom kat sini..
    tapi rasanya raya cina nanti lagi dahsyat kebom-kebom nya..
    sebab kulai nie area cina.

    teringat pula saya ngan perang mercun antara flat masa kecik kat TUDM Lumut. Memang best la heee.. tapi esoknya semua kena panggil dan kena marah. hu.hu.hu…
    Hairul Hissam baru je tulis kisah 2 Mutiara Kata Di Aidil Fitri. Kesilapan Bukan Untuk Dikesali, tetapi…….My Profile

  6. Rina says:

    keponakan saya suka sekali dengan bunga api, takut juga ketika mereka memantik api terjadi suatu hal buruk dengan mereka…
    Rina baru je tulis kisah Easy Ways To Create And Build A Responsive Website DesignMy Profile

  7. AUC says:

    sakit sungguhlah nak tidor pun x leh… sbb kebodohan ni..
    AUC baru je tulis kisah Punca Lelaki MandulMy Profile

  8. suri says:

    bahaya mengundang diri
    suri baru je tulis kisah Istana Negara lama Part IMy Profile

  9. suri says:

    orang kita tak serik selagi tak kena lagi tu ar dia main
    suri baru je tulis kisah Adakah Kau Tahu..My Profile

  10. suri says:

    kalu satu keluarga beli memang depa kaya dengan merunlah
    suri baru je tulis kisah Adakah Kau Tahu..My Profile

  11. luthfi says:

    kalau yang kecil-kecil tidak apalah, tapi kalau yang besar bikin kaget dan terutama bisa berbahaya.
    luthfi baru je tulis kisah Kegiatan untuk demensiaMy Profile

  12. Hafizul says:

    Selamat hari raya..belum terlambat lagi nk ucapkan selamat hari raya untuk Tehr sekeluarga..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #66 – Luahan Hati Pondok KecilMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun