Bila Kita Hidup Dalam Dunia

Mahu bunuh diri kerana kecewa? Kerana lebih ramai orang yang tak boleh terima apa yang dipersendakan? Orang tak suka dengan gambar kontroversi yang telah dibuat dan dimuat naik ke internet?

buat klip video
sebar di alam maya
sex di bilik tidur
bukan untuk semua

Susah menjadi orang dewasa yang bijak berfikir dan bertindak!

bila kita hidup dalam dunia

kita perlu ikut tatacaranya
kita perlu hormat adat budaya
kita perlu patuh undang-undang negara
kita perlu taat aturan agama

masuk kampung melayu, bersatu
masuk kampung cina. bersama
masuk kampung india, sekata
masuk kampung siam, diam

bahagia kita hidup dalam dunia

Kata orang lama, bila kita masuk kandang kambing, kita cuba-cubalah mengembek. Bila kita masuk kandang kerbau, belajar-belajarlah menguak. Tak rugi pun kita belajar mengembek atau menguak. Bukan kita nak jadi kambing dan bukan juga kita nak jadi kerbau. Kita belajar!

Susah menjadi orang dewasa yang tidak mahu belajar!

Masuk kandang harimau? Laaaaaaaaari la, nak tunggu apa lagi. Takkan nak bunuh diri juga! :D

TehrDemikian kisah 'Bila Kita Hidup Dalam Dunia' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


17 Comments

  1. akubiomed says:

    Bahaya masuk kandang harimau mengaum. Silap haribulan kena ngap. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Bateri Rechargeable Evolta Panasonic untuk SpeedliteMy Profile

  2. kalau masuk reban ayam, kena berkokok
    blogger lelaki baru je tulis kisah Lingkaran Waktu Umur KitaMy Profile

  3. Mohd Shubhi says:

    Perlu pandai lihat sekeliling dan sesuaikan diri berdasarkan ilmu yang ada.
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah Apa hukum Wawa Zainal dan Aeril Zafrel kahwin 2 kali?My Profile

  4. lari mulut buaya masuk mulut naga hehehe
    Khairul Zamri baru je tulis kisah Kebas Kaki Dua HariMy Profile

  5. Joe says:

    Ntah la.. Sikit2 nak bunuh diri. Diorang tak tahu ke, kalau bunuh diri tu menyusahkan lagi orang lain?
    Joe baru je tulis kisah Ketahui Hak Anda Sebagai Pengguna Web HostingMy Profile

  6. mohdridzwan says:

    Bukankah sudah sedia maklum membunuh diri adalah satu dosa yg Allah tak suka? Inilah akibat drpd lemahnya iman dan rendahnya nilai takwa kpd Allah.

  7. ohcikgu says:

    risau bila nak tengok handset student. entah apa-apa la ada dalam tu..
    ohcikgu baru je tulis kisah Panduan Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Pembangunan Masyarakat S41My Profile

  8. UmmiKami says:

    Tertusuk pedang kerbau menguak,
    Terkena dada tepi berbisa;
    Masuk kandang harimau tergelak,
    Kerana kuda menjadi mangsa.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Sampai Bila……My Profile

  9. hafiz says:

    bangga agaknya bila dia tayang2, padahal org menyampah
    hafiz baru je tulis kisah Kereta baru AzeeqMy Profile

  10. hafiz says:

    bangga agaknya bila dia tayang2, padahal org menyampah
    hafiz baru je tulis kisah Kereta baru AzeeqMy Profile

  11. Hafizul says:

    Sebab tu hidup ni kena bijak..hehe..terima kasih bro kongsikan..
    Hafizul baru je tulis kisah Apabila Terlebih Aura JobdirumahMy Profile

  12. Bahrain says:

    Tak faham dengan remaja zaman skarang, mendedahkan perkara yang tdaik sepatutnya. DOsa pun tiap2x hari kita dapat. Kurang didikan agama sebenarnya.
    Bahrain baru je tulis kisah Cashout 8Share RM150My Profile

  13. titan says:

    bebudak sekarang..memang ramai gak yang bangang belaka.
    titan baru je tulis kisah Awak.My Profile

  14. Rina says:

    Ketika dewasa kita dituntut harus pandai beradaptasi dengan lingkungan sosial dan alam
    Rina baru je tulis kisah Tutorial : About SQL Injection And How To FixMy Profile

  15. Lyn™ says:

    Saya tak suka masuk kandang cikgu, masuk shopping complex suka la.
    ( Hidup biar bijak )
    Lyn™ baru je tulis kisah Pertandingan PENGUCAPAN AWAM anjuran Kelab Pidato PerdanaMy Profile

  16. Benda mudah macam common sense ni aku tengok makin susah pulak masyarakat kita nak paham. Tambah-tambah, ego orang zaman moden ni memang tinggi.

    Kadang bila bergaul dengan orang-orang yang berumur ni, saya tengok mereka lebih cepat mesra dan senang bertegur sapa dengan orang lain yang tidak dikenali berbanding golongan muda zaman ini yang kurang fasih bergaul.
    Anak Askar Pencen baru je tulis kisah Peluang Kerjaya Rakyat di Ambang Wawasan 2020My Profile

  17. Marhamah says:

    pernah dengar org kata “bodoh yang tak boleh diajar”..hmm harap2 dijauhkan la dari tu sumer
    Marhamah baru je tulis kisah Belajar BackboneJS IMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun