cahayacinta brohantu apacerita
tak kenal maka tak cinta Cik Siti akubiomed coretananuar

tehramuan

Bila Isteri Cemburu

Tahniah kepada Negeri Sembilan yang telah berjaya mengalahkan Terengganu 2-1 malam tadi. Penyokong pasukan Terengganu dan pasukan-pasukan lain tak payah la nak cemburu, Negeri Sembilan memang berhak muncul Juara Piala Malaysia 2011.

Orang kata cemburu tanda sayang. Betul ke? Bagi aku, kenyataan tu ada betul dan ada benarnya. Tapi bukan cemburu buta la. Kalau isteri cemburu, marah-marah, mesti ada sebabnya, kan? Mesti kerana dia sayangkan kita. :D Dan pasti sekali punca cemburu itu ada pada kita para suami. Cuba kaji dan tenung elok-elok apa puncanya.

Seloka I Love You

hari-hari i memang sayang you
siang malam i selalu rasa rindu
walau kita hanya sempat bertemu
saban hari di dalam muka buku

rasa riang bila kita bertunang
hati i memang tersangat senang
bunga mekar telah diseri kumbang
aman damai i tidak rasa bimbang

bila kawin kita hidup sendiri
pergi kerja i hanya jalan kaki
cukup bulan bila i dapat gaji
belanja sakan kita dekat kfc

tapi sekarang i tak faham you
i pelik bila u sangat cemburu
tuduh-tuduh i main tiga kayu
mana ada, hanya youlah satu

i love you tetap di dalam hati
tiada ragu tak akan dimungkiri
tiap masa ke mana juga i pergi
dari mula hingga sampai i mati

insya-allah hingga sampai i mati

Marah atau melenting bila isteri cemburu memang tak ada gunanya. Hanya mengeruhkan lagi suasana yang dah mula nak keruh tu. Cuba bawa bertenang dulu. Kata bro Titan, kita akan kelihatan lebih kacak kalau selalu bertenang. :D

TehrDemikian kisah 'Bila Isteri Cemburu' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



32 Comments

  1. faizul says:

    Kalau isteri cemburu tu, maknanya dia sayangkan suami. So, tak perlulah suami berasa marah-marah. Saya setuju statements tu.

    Yang paling kerap cemburu adalah isteri, tapi tak bermakna si suami tak sayangkan isteri kan?

    Tahniah NS.. hoben jang hoben!!
    faizul baru je tulis kisah Jom Santai – Elephant Sanctuary Kuala Gandah dan DeerlandMy Profile

    1. tehr says:

      sayang2
      siapa kata tak sayang :D

      1. Mus says:

        terlebih cemburu membuatkan suami rimas..
        kalau percaya/yakin pada pasangan.. pasti masalah ni tak berlaku..
        jangan pula bila dah diberi kepercayaan.. dikhianati pulak…
        Mus baru je tulis kisah Lobster Harga Murah Di Pulau Jambongan, Paitan, SabahMy Profile

  2. Norizwan says:

    cemburu tetap cemburu….:)…sayang tetap sayang…:)

    1. tehr says:

      haha
      cemburu tanda sayang la tu

  3. padin says:

    hehe, bak kata Maya Angelou, “cemburu ibarat garam dalam masakan. tiada, kurang rasa, ada sedikit dah sedap dah, kalau berlebih jadi racun dalam makanan” :D
    padin baru je tulis kisah Liga Super Asrama 2003My Profile

    1. tehr says:

      maksudnya mesti ada rasa cemburu dalam diri kita
      setuju

  4. kesian jugak kepada suami-suami, kalau isteri merajuk bukan senang kerja pujuk memujuk ni..

    1. tehr says:

      tapi bukan juga susah nak pujuk
      hanya perlu tahu caranya je :D

  5. titan says:

    ha..tau takpe. si suami pasti lebih kacak kalau dapat menangani masalah bini mereka yang kuat cemburu..
    titan baru je tulis kisah Dendam Chong Wei berbalasMy Profile

    1. tehr says:

      perlu belajar juga cara2 nak tangani masalah ni
      kan, bro? :D

  6. zulkbo says:

    salam..
    kalau bini cemburu macam biasa je..
    kena jenis suami cemburu tu macam mana..
    buruk benar,dapat bini cantik..orang terpandang
    isterinya..tengok kita macam nak pukul je
    zulkbo baru je tulis kisah Terima Kasih Orang Brunei : Jangan Lupa Datang LagiMy Profile

    1. tehr says:

      salam
      ya ta ya jugak tu
      memang akan nampak buruk benar kalau suami cemburu
      macam tak yakin dengan diri sendiri je

  7. sud@is says:

    tu asam garam
    tanda sayang
    sud@is baru je tulis kisah Tahniah Skuad Jang!!My Profile

    1. tehr says:

      yups
      asam garam dalam kehidupan

  8. chii says:

    nanti bila xde perasaan cemburu..terasa pelik plak kan dalam perhubungan..

    cenburu tanda sayang..skali skala xpe..kalau da slalu sangat..tu bukan sayang..da boleh melayang nnt jadinya =)
    chii baru je tulis kisah cuti2 malaysiaMy Profile

    1. tehr says:

      kalau selalu cemburu
      memang akan melayang-layang periuk belanga kat dapur :D

  9. ghost writer says:

    kalau suami melenting tak tentu pasal bila isteri rasa cemburu,confirm mesti ada sesuatu yang tak kena.tapi lau cool jer,maknanya itu hanya benda remeh.
    ghost writer baru je tulis kisah tuhan benarkan kamu memakikuMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      betul sangat
      kalau tak ada apa2, memang boleh buat tak kisah je

  10. Pacifista says:

    baru lepas pujuk orang rumah tadi :p
    Pacifista baru je tulis kisah Pendekar Laut, Wira Tunggal FinalMy Profile

    1. tehr says:

      knape pulak, bro?
      kena pujuk betul2 tu
      biar kita mengalah dulu, nanti menang kemudian
      macam team n9 semalam :D

  11. akubiomed says:

    Kalau isteri cemburu kita akan dapat yang terbaik betul tak bro TehR? :-)

    1. tehr says:

      ikut pengalaman aku la
      memang kita tak akan rugi
      untung sokmo :D

  12. Jai says:

    Kalau org rumah aku x cemburu, aku dah mula konfius..ha3. Mnalah tau kan.. Apa yg penting ialah saling percaya mempercayai..
    Jai baru je tulis kisah Gambar Khairul Fahmi Dan Dahlia Teck Yang SeksiMy Profile

    1. Persada says:

      Orang kata kalau seseorang tu dah lain tabiatnya… maknanya ada yang tak kena.. :D
      Persada baru je tulis kisah Kekurangan Hormon – Akibat kekurangan Hormon testosterone dan estrogenMy Profile

  13. Cemburu itu tandanya sayang,
    Terlebih cemburu membawa padah,
    Doa selalu selepas sembahyang,
    Semoga rumahtangga bertambah indah.

    Sarapan pagi Pake LakSa..
    Minum nya Pulak pake Sirup MeRaH..
    Cemburu bukanlah Cemburu Buta…
    Cemburu ini Tanda SayaNg Lah..

    Cemburu biar berpada-pada,
    Cemburu buta bertambah parah,
    Luah segala pada yang Esa,
    Buang segala ego dan marah.

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    Cara Post mortem ayam dan lain2 burung
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip periksa kerosakan dan Servis RadiatorMy Profile

  14. yas says:

    Hehehe…aku tgh dok bayangkan…ade tak isteri yang tak pernah cemburu kat dlm donia nih..
    yas baru je tulis kisah Tradisi Yang Masih DipertahankanMy Profile

    1. Persada says:

      Isteri yang dah meninggal kot… :D
      Ps: kat dunia lagi cuma dalam sikit :D
      Persada baru je tulis kisah Hormon Testosterone – Sindrom kurang Hormon testosterone mula seawal usia 35My Profile

  15. Mus says:

    cemburu tanda sayang..
    terlebih cemburu sayang melayang..
    Mus baru je tulis kisah Lobster Harga Murah Di Pulau Jambongan, Paitan, SabahMy Profile

  16. Persada says:

    cemburu memang tanda sayang tapi terlebih cemburu bukan bermakna terlebih sayang… :D
    Persada baru je tulis kisah Kencing Tak Lawas – Masalah Kencing Tak lawasMy Profile

  17. fiezaradzi says:

    bro titan mmg selalu dgn kacaknya.. hehe.. cemburu mmg tanda sayang, daripada takde perasaan ape2.. tapi biarlah cemburu tu bkn cemburu buta.. silap2 makan diri tu..

  18. fiezaradzi says:

    lupa… tahniah buat n9.. gol last, terbaek.. bukan rezeki negeri tganu dan lain2 negeri, apatah lagi negeri pulau pinang.. haha.. (tiba2..). so, tahniah, jgn masam muka,..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge