Bila Dapat Gaji Awal

Bulan ni, bulan 10 atau bulan Oktober 2013, kakitangan kerajaan dapat gaji awal [hari ini] kerana akan menyambut Hari Raya Korban pada 15 haribulan nanti. Baru 10 haribulan dah dapat gaji. Sedangkan duit gaji bulan lepas belum habis lagi. Betul ke?

Seronok tak? Seronoooooooook!

Burung tempua menari-nari,
Burung belatuk bergerak kaki;
Seronok rasa dah dapat gaji,
Rezeki untuk anak dan isteri.

syilingMemang la seronok dapat gaji. Yang tak seronoknya bila ambil gaji awal dan habiskan duit gaji tu awal-awal. Bulan depan mula la payah nak nampak senyuman di bibir. Cakap pun asyik nak marah-marah je. Kawan nak belanja minum pun dia marah. Ada ke patut?

Ha ha ha…

Buka mata terus mandi,
Kejar bas sebelah pagi;
Ada kerja adalah gaji,
Siapa malas dia yang rugi.

Langkah kaki kiri kanan,
Tak dilupa hayun tangan;
Terima gaji di awal bulan,
Molek juga kalau disimpan.

Bila dah dapat gaji awal,
Terlebih nafsu dari akal;
Bulan depan mulalah kesal,
Kerana belanja tak terkawal.

Ada seorang ustaz kat sekolah yang tak suka ambil gaji awal. Bila pun tarikh gaji, beliau akan ambil gaji bila cukup bulan. Kata beliau, saja nak jaga keselamatan! :D

TehrDemikian kisah 'Bila Dapat Gaji Awal' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


20 Comments

  1. bahaya gak kalau gaji awal nie hehe
    Khairul Zamri baru je tulis kisah Teknik Pemasaran Facebook BerkesanMy Profile

    1. suri says:

      kena bahagian 2 untuk awal bulan dan hujung bulan kot
      suri baru je tulis kisah Panduan Menjaga Dan Merawat Pokok Bunga RosMy Profile

  2. hafiz says:

    Samalah saya dengan ustaz tu..
    hafiz baru je tulis kisah Khas untuk wanitaMy Profile

  3. Best la jadi kakitangan kerajaan… Dapat gaji awal :) Gunakan sebaikanya dengan shopping secara online. Haha…
    Firdaus Azizi baru je tulis kisah Nak Kurus Tapi Masih Menyusukan Anak?My Profile

  4. titan says:

    masa macam inilah best kalau pasang umpan. hoho..
    titan baru je tulis kisah Jobdirumah Payment – Kali ke 69My Profile

  5. Aik, gambar duit syiling. Gaji kena bayar dgn duit syiling ker bro?
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah MotherMy Profile

  6. Gunalah gaji dengan berhemah. Hehe
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Google Malaysia Kena HackedMy Profile

  7. daddydee says:

    Dapat gaji awal merana hidup kalau salah langkah….heheheh
    daddydee baru je tulis kisah Motosikal Kuasa Tinggi : Naked Bike KTM DUKE 390My Profile

  8. Cikgu Hairul says:

    Sudah ramai orang yang pandai urus duit. Pengalaman lalu banyak mengajar. Situasi semasa juga banyak mengajar. Gaji walaupun masuk awal, keluarkan dan guna pada masa yang sepatutnya sahaja.
    Cikgu Hairul baru je tulis kisah Melayu Macam Keropok LekorMy Profile

  9. Mak lagenda says:

    Gaji masuk awal ni adalah ujian utk kita uruskan duit sebaik2nya. Klu belanja sesuka ati, mmg sakit la nk tunggu gaji di bulan akan datang!

  10. mohdridzwan says:

    Ada pro dan kontranya jugak hal mcm ni. Yg penting disiplin. Bukan apa, takut terlebih belanja kalau tak kontrol. Kang ujung bulan sakit la plak. Heheheh
    mohdridzwan baru je tulis kisah Rahsia Khusyuk Dalam SolatMy Profile

  11. suri says:

    saya nampak duit jadi boleh ambil tak.ni ambil sebab tu minta kebenaran..bukan curi kan ahaks..
    suri baru je tulis kisah Perkhabaran Alam Barzakh, Perjalanan Yang BerpanjanganMy Profile

  12. Bahrain says:

    Duit dapat awal kena pandai jaga and budget, silap2x boleh habis awal.
    Bahrain baru je tulis kisah Runner Runner: Siapa Sebenarnya Dipermainkan?My Profile

  13. wazy says:

    Bila dapat gaji awal,banyak yang kena bayar itu ini,tapi masih ada bajet untuk simpanan
    wazy baru je tulis kisah Pengalaman Beli-Belah Di ZaloraMy Profile

  14. papa mifz says:

    kene pandai mengawal kewangan , kalau tak terseksa bulan depan…hoho
    papa mifz baru je tulis kisah FM Legoland MalaysiaMy Profile

  15. Harian Post says:

    Time macam nilah yang diguna pakai sebaiknya untuk run iklan di Facebook! haha

    Selamat berkenalan :)
    Harian Post baru je tulis kisah 3 Cara Berkesan Buat Duit OnlineMy Profile

  16. akubiomed says:

    Untunglah dapat gaji awal. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Bateri Rechargeable Evolta Panasonic untuk SpeedliteMy Profile

  17. ohcikgu says:

    asal aje waktu gaji..semua cikgu gembiraaaa…haha
    ohcikgu baru je tulis kisah Panduan Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Pembangunan Masyarakat S41My Profile

  18. UmmiKami says:

    Assalamu’alaikum cikgu….

    Gosok baju berkanji tebal,
    Seterika hangat bercampur pewangi;
    Seronok hatiku bergaji awal,
    Seketika diingat bersyukur Ilahi.

  19. Hafizul says:

    Pandai-pandai lah berjimat..nak tunggu gaji lain lambat lagi tu..hehe..kerajaan memang prihatin..,kan bro?hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Apabila Terlebih Aura JobdirumahMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun