Bila Aku Terima Nikahnya

Setuju berkahwin bermakna setuju dengan segala bentuk peraturan dan ketetapan alam perkongsian hidup berumah tangga. Peraturan agama, adat dan budaya perlu diikut dan dipatuhi dengan penuh rela, dengan penuh rasa syukur.

apa guna kita bertengkar
suami isteri harus bersabar
kasih sayang rukun dan damai
hidup seperti dalam mahligai

Berkahwin kerana sayang dan kerana mahu hidup bersama. Saling tegur menegur sebarang kesilapan untuk mengelakkan kerugian dan kekecewaan. Saling bantu membantu dan melengkapkan antara satu sama lain. Berat sama dipikul dan yang ringan sama dijinjing.

suami isteri mesti berpakat
rumah tangga mendapat berkat
apa guna selisih faham
kalau kini aman tenteram

Berkahwin dengan seseorang bermakna kita berkahwin dengan batang tubuhnya, hati dan perasaannya, hobi dan minatnya. Berkahwin dengan semua sifat baik yang ada padanya dan yang paling utama berkahwin dengan segala sikap buruknya.

Sanggup berkahwin dengan sikap buruk yang ada dalam diri orang yang kita sayang?

TehrDemikian kisah 'Bila Aku Terima Nikahnya' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


74 Comments

  1. Juan says:

    tajuk buku agama nih
    Juan baru je tulis kisah Kemajuan Bangsa IranMy Profile

    1. tehr says:

      betul ke, juan
      Tak pernah aku baca

      1. suri says:

        pernh jumpa kt popular heee…

  2. lunaticg says:

    Bukan senang nak membina satu masjid tapi nak merobohkannya sejam dah cukup.
    lunaticg baru je tulis kisah Tan Sri Ali Abul Hassan storyMy Profile

    1. tehr says:

      Betul tu
      Moga2 lebih ramai yg mahu meneguhkan masjid

  3. akubiomed says:

    Lidah Lagi Tergigit, Inikan Pula Suami Isteri
    akubiomed baru je tulis kisah Cucur Kodok pengikat kasihMy Profile

    1. nurmisnan says:

      hari2 gigit lidah pendek brother… hik3..
      nurmisnan baru je tulis kisah Khasiat petai belalang, jering dan bunga kemunting china penawar kencing manisMy Profile

      1. tehr says:

        untung orang tak ada gigi
        tergigit lidah pun tak la sakit sangat, kan? :-)

        1. suri says:

          gigi kena gosk sllu yer

  4. dinar says:

    tehr, kalau dah sayang semuanya indah…teringat pantun 2 kerat ustaz dalam semanis kurma minggu lepas:
    kalau hati sudah terpikat,
    tahi kucing pun terasa coklat!!
    dinar baru je tulis kisah Harga emas tertinggi dicatat pada minggu lepas….My Profile

    1. tehr says:

      haha
      harapnya aku tak macam tu
      teruk sangat

  5. floyd says:

    Itu komitmen seumur hidup. Janji itu bak hutang yg perlu dilunaskan, jadi tepati janji utk menyayangi pasangan kita sehingga ajal menjemput kita.

    Betul tak, tehr?
    floyd baru je tulis kisah Car InsuranceMy Profile

    1. tehr says:

      betul2
      juga berjanji dengan Allah tu

  6. nurmisnan says:

    bertepuk tampar dalam gurau2an itu paling best
    baru ada kick.. hik3
    nurmisnan baru je tulis kisah Khasiat petai belalang, jering dan bunga kemunting china penawar kencing manisMy Profile

    1. tehr says:

      jangan la ‘kick’ kuat sangat
      terpelanting jatuh bawah katil nantinya :-)

  7. mie says:

    itu la!!
    perkahwinan bukan untuk masa yang singkat…
    harus berfikir demi masa depan
    ehhee
    mie baru je tulis kisah Wordless Wednesday #7My Profile

    1. tehr says:

      minta doa dan minta petunjuk, bro

      1. mie says:

        amin!!
        begitulah hendaknya…
        ehehehee
        mie baru je tulis kisah Bila Si Gadis Dibotakkan KepalaMy Profile

  8. mak lagenda says:

    selain berkahwin dgn batang tubuh,perasaan,hobi dan minatnya, kita jugak berkahwin dgn seluruh keluarga dan mmg tak leh lari dr berkahwin juga dgn kelemahannya.

    Alhamdulillah..mak bersyukur sgt2 kerana Allah mengurniakan mak seorang suami yg melengkapi kelemahan yg mak ada. So, mak adalah wanita yg sempurna dgn kehadiran seorang suami..:).
    mak lagenda baru je tulis kisah WORDLESS WEDNESDAY:MUJUR TAKDE KEPALAMy Profile

    1. tehr says:

      syukur alhamdulillah
      moga mak dan keluarga bahagia selamanya
      amin

  9. shraqs says:

    Kalau tak sanggup menghadapi kesemua perkara yg disebutkan di atas, jangan kahwin lagi, biar betul2 bersedia
    shraqs baru je tulis kisah Valentines Day Gifts Dari Samsung Untuk Pengguna Android Dan BadaMy Profile

    1. suri says:

      he betul2 be serius bukan buat main2 tu yg kwin tka smpi beberapa bulan..mggu dh cerai huuu

    2. hafizmd says:

      Betul. Kena sedia dr segenap segi. Mental kena kuat. Fizikal kena standby.

      Ramai yg kecundang sbb kurang persediaan.

      Sama2 kita perkukuh rmhtangga dgn iman kepadaNYA
      hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday #9 Halal & SuciMy Profile

      1. tehr says:

        sentiasa minta pertolongan dari Allah

        1. suri says:

          klu tersadung ckp lin ok lagi jgn tersadung bab cerai kata mmg ada yg merana

  10. nizam says:

    itu sebab dalam Islam kita perlu melihat keturunan terlebih dahulu kan…kalau keturunan baik2 insyaAllah, yang buruk dalam diri bisa diubah..tapi kalau sebaliknya kita cuba la elakkan…
    nizam baru je tulis kisah EPF Naik Ke?My Profile

    1. tehr says:

      yups
      itu antara cadangan yg diberi

  11. hatiputera says:

    sedangkan lidah lagi tergigit
    apa pula suami isteri,,,

    asam garam rumah tangga,,,
    hatiputera baru je tulis kisah Madu lebahMy Profile

    1. tehr says:

      betul
      asam garam cili gula lengkuas… :-)
      semua ada

  12. suri says:

    terima seadanya..bila tegur mkn hati tapi fikir baik2 ada benar dan tidknya jagn marh pula sllu melulu mmg tak patut hee

    1. tehr says:

      yg banyaknya tak sabar
      memang masalah besar ni

  13. suri says:

    bro ada beli novel dia ke atau ada tgok cerita ini aku terima nikanya heee..

    1. tehr says:

      kedua2nya belum, suri

      1. suri says:

        wah isyh pgi tangkap muat 1 heee

  14. Norizwan says:

    baru lah teguh peribadi…:)suami isteri berpakat….:)
    Norizwan baru je tulis kisah India mengharamkan poligami, talak tigaMy Profile

    1. tehr says:

      sepakat membawa berkat tu :-)

  15. adele says:

    sebelum bertanya “Sanggup berkahwin dengan sikap buruk yang ada dalam diri orang yang kita sayang?”

    tny diri kita sendiri, kalau dengan sikap buruk yg aku ada kat diri sendiri ni? nak tak aku kawin dgn org berperangai mcm aku ni?

    jom kita ubah sikap buruk sama2..wuwuwu
    adele baru je tulis kisah Kekucingan Yang SengalMy Profile

    1. tehr says:

      kita dapat apa yang kita buat
      kan?

  16. yas says:

    Bila tak sanggup tu yg jadi kes cerai berai tue….
    yas baru je tulis kisah Wordless Wednesday – Ugutan Tak RasmiMy Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal, yas
      kalau hanya bayangkan dan harap yg baik je
      susah juga nanti
      kena gak bersedia dengan hal yg kurang baik

  17. fuad ansari says:

    kalau nak berkahwin dgn sikap buruk, ramai yang tak sanggup.. (“,)
    fuad ansari baru je tulis kisah KiSaH BeLaLaNG SaMBuT MauLuD NaBi..My Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal
      semua orang ada sikap buruk ni
      kecuali nabi dan rasul

      mesti bersedia gak dengan sikap buruk bakal pasangan
      dah lama kawin nanti tentu akan nampak

  18. zulkbo says:

    salam..
    indahnya pantun..
    terasa nak bercinta
    macam muda2 dulu
    pula rasanya :)
    zulkbo baru je tulis kisah Video Gaduh Di Restoran KFC Bila Ayam Habis Punya PasalMy Profile

  19. faizul says:

    Secara otomatik teringat adegan P. Ramlee dan Sarimah bercengkerama di kandang kuda berbantalkan jerami. :)
    faizul baru je tulis kisah Akhirnya dapat tablet ASUSMy Profile

  20. rahman says:

    kalau dah nikah.. baik atau buruk harus di telan sahaja.. moga berbahagia :)
    rahman baru je tulis kisah Pemain bolasepak beragama Islam terbaikMy Profile

  21. kakyong says:

    menerima seadanya tu yg ramai susah nak terima dgn lapang dada…

    bergaduh sikit2 masa awal kahwin tu okay.. yg penting sama2 usaha utk mencari titik persefahaman…

    jgn gaduh2 terus blah.. tu yg haru..
    kakyong baru je tulis kisah WW : Hening pagiMy Profile

  22. ghost writer says:

    aku sedang menuju ke arah itu,bro.masih diselubung dengan rasa gentar sedikit.
    ghost writer baru je tulis kisah separuh tubuh masih dalam penjaraMy Profile

    1. fiezaradzi says:

      moga selamat menempuh zaman itu bro.. all d best..
      fiezaradzi baru je tulis kisah Selamat dan Selamat BuatmuMy Profile

  23. masa bercinta semua terasa indah.. tapi bila dah berkahwin, terlupa pulak nak bawak sekali percintaan tu ke alam perkahwinan
    sabree hussin baru je tulis kisah Kategori Urus Niaga Umat Manusia Secara UmumMy Profile

  24. Amirez says:

    berkahwin dengan segala sikap buruknya….itu yang kita selalunya tak nampak sebelum berkahwin. dah jadi suami isteri barulah tau sikap yang tak pernah ditunjuk sebelum kahwin. tapi…bak kata pakar motivasi cinta, sentiasa ingat sikap2 baiknya dan lupakan segala sikap2 buruknya :)
    Amirez baru je tulis kisah Amalan Diet RasulullahMy Profile

    1. fiezaradzi says:

      betul.. tapi kita kena ingat jugak, sebab diri kita sendiri ada baik buruknya.. jadi give and take..
      fiezaradzi baru je tulis kisah Selamat dan Selamat BuatmuMy Profile

  25. Ad-Dien says:

    Assalamualaikum, tak boleh nak komentar sangat sebab saya masih belum berkahwin..hehe..

    jadi tak ada pengalaman macam akhi lagi, insyaAllah bakal-bakal, doakan lah saya ye :D

    menjemput ke forum WADi, di blog :)
    Ad-Dien baru je tulis kisah Tauhid Dan PembahagiannyaMy Profile

  26. kakyon says:

    ingat lagi pesanan emak masa baru kawen dulu..duduk elok2..jangan gadoh2..klau ada apa2..jangan sorok2..bagitau kat emak. simple aje pesanan..tapi ingat sampai sekarang..
    kakyon baru je tulis kisah kami ke frezer hill part 1My Profile

    1. fiezaradzi says:

      tapi lau yg kecik2 pun bagitau, susah jugak kakyon.. lebih baik selesaikan suami isteri dahulu..
      fiezaradzi baru je tulis kisah Selamat dan Selamat BuatmuMy Profile

      1. rahman says:

        betul tu.. bahaya bagi tahu mak .. sebab kebiasaannya emak ni suka menyebelahkan anak sendiri. kalau boleh hal kecik kecik kawtim sendiri jer.. lebih baik :)

        1. kakyon says:

          itu cuma pesan emak..pandai2 ler kita bawak diri..hehe
          kakyon baru je tulis kisah kami ke fraser hill part 3My Profile

      2. kakyon says:

        agak2 ler..takkan tak belikan belacan pun nak ngadu..huhuh
        kakyon baru je tulis kisah kami ke fraser hill part 3My Profile

  27. Buruk dan baik masing2 ada standard dan pemahaman masing-masing. Ia difahami semasa kita membesar oleh ibu bapa dan mereka yg terdekat dengan kita :D
    Apa yg kita lihat buruk yg dibuat isteri kita tak semestinya buruk pada pendapatnya.
    Contoh: Kita mungkin di didik yg org perempuan WAJIB pakai tudung tapi our wife mungkin tidak. :wink:
    My 5 cents jer…
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Electricity Theft – Meter Tempering CaseMy Profile

  28. maza says:

    psst: ada kena mengena dgn slot Akasia, tak pun Samarinda di tv3..

    skrg ni cerita2 drama yg dimainkan berkaitan dgn apa yg Tehr perkatakan.. hehehehe
    maza baru je tulis kisah Cikgu SurayaMy Profile

    1. fiezaradzi says:

      peminat citer drama melayu ni.. hehe
      fiezaradzi baru je tulis kisah Selamat dan Selamat BuatmuMy Profile

      1. suri says:

        asal cerita melau ada pasal ni hee..nympah i

  29. fiezaradzi says:

    kdg2 lau dah sayang, apa aje leh terima..

    berkahwin kerana Allah, insyaallah yg mana kurang tu, kita rasa cukup…
    fiezaradzi baru je tulis kisah Selamat dan Selamat BuatmuMy Profile

    1. yas says:

      Betul tu fie….yas sokong sesangat
      yas baru je tulis kisah Filipina DiLanda Gempa Bumi – [Gambar]My Profile

  30. sud@is says:

    berkahwin dengan dirinya dan keluarganya
    sanggup terima baik buruknya
    hidup bahagia hendaknya
    moga kekal keakhirnya

    aminnnn
    sud@is baru je tulis kisah WWMy Profile

  31. azura says:

    sedangkan lidah lagi tergigit
    inikan pula suami isteri

  32. ciksembang says:

    berkahwin perlu pengorbanan.. berkorbanlah menerima sifat buruknya.. tapi kalau saya, sy pilih juga sifat buruk yg mana satu..hehe
    ciksembang baru je tulis kisah Tali laju vs tali skippingMy Profile

  33. ciksembang says:

    tips suami isteri..perkara kecil jangan dibesarkan.
    ciksembang baru je tulis kisah Tali laju vs tali skippingMy Profile

  34. kimmie says:

    kalau dah setuju untuk berkahwin, maknanya sanggup untuk menerima pasangan dari semua segi, baik atau pun buruk.
    kimmie baru je tulis kisah Santai: Percutian di Kota Kinabalu – 1My Profile

  35. masuk kebun bawa parang
    masuk gelangang lawan sengit
    suami isteri jangan berperang
    sedang lidah lagi tergigit

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    diy wheel bearing kereta

  36. suri says:

    dia suamiku kenalah terima seadanya…

  37. chii says:

    kahwin..semua mampu..tp bila masuk bab tanggungjawab..berapa ramai yg betul2 menjalankannya…

    bila sudi utk menerima org trsyg..baik buruk dia..kena terima..sbb tu..patutnya syg org sebab keburukan..so nnt xde la sakit sgt. :p
    chii baru je tulis kisah Menghadapi Kebingungan dan KegelisahanMy Profile

  38. amirulfaiz says:

    Bertengkar sikit-sikit jer, nak minta perhatian pasangan. Pastu damai dah. :)
    amirulfaiz baru je tulis kisah Joomla! DJ-Image Slider.My Profile

  39. Jamal Ali says:

    Bila aku terima nikahnya, hmmm…

    Ia hampir sama dengan judul buku trilogi ustaz Hasrizal – Aku Terima Nikahnya terbitan Galeri Ilmu.

    Bagus buku itu, cuma saya masih tak memilikinya secara total – buku trilogi itu – hanya ada buku sekuelnya sahaja.
    Jamal Ali baru je tulis kisah ANTOLOGI UNTUK HATI – Harapan dan Kita di SiniMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun