Biarkan Mereka Jatuh Cinta

Saya pasti ramai di antara pembaca yang pernah jatuh cinta kepada seseorang. Beringat-ingatlah sekiranya masih dalam dunia cinta, kerana cinta banyak dugaan dan pantang larangnya. Kiranya telah menduduki jinjang pelamin, doa saya semoga anda berbahagia selamanya. Atau mungkin juga ada yang pernah kecewa dalam cinta atas berbagai sebab dan alasan. Jangan pula benci bilang cinta, biarkan ia berputik dan berbunga kembali. Hanya ‘Say NO to Click Fraud’.

‘say no’ amaran nuffnang
‘click fraud’ dia tak senang

ramai blogger yang buat hal
main klik-klik mencari pasal

nuffnang memang tahu semua
sesiapa juga yang punya kerja

blogger lama tentu tak buat
kerana mereka selalu beringat

pastinya mainan blogger baru
kerana mungkin mereka tak tahu

bermain-main klik kerja salah
dihukum nanti sesal tak sudah

kerana sikap malas berusaha
hanya mencari mudah sahaja

menjadi blogger bukannya susah
juga bukanlah kerja yang mudah

buatkan entri paling menarik
dapatkan BE barulah cerdik

jadikan tetamu pembaca setia
seperti cinta pandang pertama

Jadikan tetamu di blog kita sebagai pembaca setia. Sekali mereka bertamu, mereka akan selalu teringat dan teringin datang membaca lagi. Biarkan mereka seperti orang yang sedang dilamun cinta. Kalau pun tak dapat berjumpa si buah hati untuk melepas rindu, curi-curi juga melihat bumbung rumah. Buah hatinya bekerja di rumah sahaja. :D

TehrDemikian kisah 'Biarkan Mereka Jatuh Cinta' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


One Comment

  1. Dja@SisHaza says:

    ni tentu bab aura BE… setakat ni sekalipun tak pernah ambe buat kerja klik iklan blog sdri.biarlah org lain tlg klikkan lagipun iklan tupun mcm dah tak sudi menjengah
    Dja@SisHaza baru je tulis kisah TEMA SAMBUTAN HARI GURU SEPANJANG 41 TAHUNMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun