Besar

Kata orang:
Tukang rumah yang pandai bukan kerana mereka menggunakan tukul yang besar. Tukang cat yang mahir juga bukan kerana dia menggunakan berus cat yang paling besar.

Kata orang lagi:
Tidur yang lena bukan kerana mereka dapat tidur di atas tilam yang besar. Mimpi yang indah juga bukan kerana mereka menggunakan bantal yang paling besar.

Kata orang juga:
Isteri yang bahagia bukan dapat dilihat pada penggunaan beg tangan yang besar. Keluarga yang sempurna juga bukan kerana mempunyai bilangan ahli yang paling besar.

Kata peribahasa:
Besar, besar gunung dipandang; kecil, kecil hutang disandang.

Kata peribahasa lagi:
Besar, besar istana raja; kecil, kecil pondok sendiri.

Kata Mr Tehr:
Apa diharap gelegar besar,
Rasuk rumah dimakan bubuk;
Apa diharap kepada khabar,
Mimpi indah diganggu beduk.

Kata Ustaz:
Hanya Allah Yang Maha Besar.

TehrDemikian kisah 'Besar' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


45 Comments

  1. kulanz says:

    kalau boleh semua orang nak yang besar-besar.. tapi besar macam mana pun memang tak dapat mengatasi kebesaran Allah swt..
    kulanz baru je tulis kisah Dia Buat Hal LagiMy Profile

    1. tehramuan says:

      asal saja tak bawa beban yang besar :D

  2. Ad-Dien says:

    kata saya: Allahu akhbar (Allah Maha Besar)
    :)

    p/s- jarang online dah sekarang ni akhi tehr… moga sentiasa dalam rahmatNya
    Ad-Dien baru je tulis kisah Syamail Muhammadiyah: Fizikal Rasulullah s.a.w (iii)My Profile

    1. tehramuan says:

      Allahu akhbar!

  3. mie says:

    tiada yang dapat menandingi kuasa besar (Allah)
    walau sebesar manapun..
    mie baru je tulis kisah Makanan Unik Di Pasar Terapung HatyaiMy Profile

    1. tehramuan says:

      kuasa2 besar yang dok berlagak juga bukannya besar mana
      suatu masa hancur juga nanti

  4. suri says:

    kami dpt sederhana itu sudah memadai hee
    suri baru je tulis kisah Suri Bagaimana Nak Saya Masukkan Diri Dalam Bungkusan ItuMy Profile

    1. tehramuan says:

      yups
      hidup sederhana dan berpada
      syukur kerana masih dapat hidup sederhana

  5. suri says:

    ada kata dia lagi besar.sebenarnya tidak..dia kata berkuasa sampai nak takluk dunia tapi tidak juga..sebenarnya Dialah Yang Maha Besar Lagi Maha Kaya..
    suri baru je tulis kisah Pengalaman http://cahayacinta.com Sebagai Penulis BlogMy Profile

    1. tehramuan says:

      Semuanya akan hancur nanti, suri
      Semua sekali melainkan Allah

  6. Cik Siti says:

    Biar kecil keraknya usah besar gadainya
    Biar kecil budinya usah besar bangganya
    sesungguhnya biarlah dengan landasannya…
    biar sederhana tidak lebih nafsunya
    kelak tenang dan hati tidak akan mempertikaikannya
    Cik Siti baru je tulis kisah Soalan yang menguji kesabaran….My Profile

    1. tehramuan says:

      betul2
      asal saja hati sentiasa tenteram penuh syukur

  7. titan says:

    itulah masalahnya..orang kata..
    titan baru je tulis kisah Komisen ke 5 dari TipsPTD.comMy Profile

    1. tehramuan says:

      macam2 orang kata, bro
      ada yang boleh diikut
      ada juga yang langsung tak boleh dipakai

  8. akubiomed says:

    Saya suka akan entri ini penuh dengan mesej yang tersirat. Kalau boleh mahu peluk gunung tapi tangan tidak sampai. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Kain tudung sudah sampai terima kasih kak SitiMy Profile

    1. tehramuan says:

      cukup kiranya dapat memandang gunung
      ada insan yang langsung tak dapat memandang
      moga mereka juga bahagia…

  9. onlajer says:

    Suka yang besar2 ,cuma takde kuasa untuk menjadi pembesar
    onlajer baru je tulis kisah Anak Yang SolehMy Profile

    1. tehramuan says:

      musim plihan raya dah dekat ni, bro
      hehe

  10. besar2 ubi diam berisi..
    besar2 tong..kuat bunyiknya.. :)
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Bangkang Dari LongkangMy Profile

    1. tehramuan says:

      haha
      tong kosong memang kuat berbunyi
      tong berisi senyap je :D

      1. eh..btul jugak kan..hehe
        Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Nasi Ayam IstimewaMy Profile

  11. chii says:

    mcm pepatah mengatakan..makin besar periuk nasi..makin besar gak keraknya..makin besar duit..makin besar juga kehendak manusia :)
    chii baru je tulis kisah Part III : Ekps Ke Gunung StongMy Profile

    1. tehramuan says:

      kehendak dan nafsu manusia memang tak pernah cukup

  12. ProfHariz says:

    Semua mahu yang besar. Usaha tak besar tak guna :P

    Kalau dapat badan besar bolehlah~
    ProfHariz baru je tulis kisah Luahan hati lelaki kacakMy Profile

    1. tehramuan says:

      bahaya tu bila badan terlebih besar, bro
      banyak penyakit mudah datang

  13. azura says:

    besar gunung tinggi bukit
    hutang menggunung otak sakit
    azura baru je tulis kisah Give Away Papan Kekunci Dot Com 2012My Profile

    1. tehramuan says:

      usah termenung di dalam bilik
      bayarlah hutang walau sedikit :D

  14. MDHAFiZ.NET says:

    dunia.. . tidak lain hanyalah senda gurau.. .
    rumah besar.. kereta mewah.. .duit manusia takkan pernah cukup.. :)
    MDHAFiZ.NET baru je tulis kisah Kelantan Vs Sime Darby 2012 Malaysia FA CupMy Profile

    1. tehramuan says:

      sudahnya berhenti kat lubang kubur je
      minta dijauhkan Allah

  15. cik tom says:

    betul hanya Allah yang maha besar..
    cik tom baru je tulis kisah Review Blog Ronaldmohoni.ComMy Profile

    1. tehramuan says:

      Allah Yang Maha Besar!

  16. iwan delaroc says:

    hidup bersederhana
    iwan delaroc baru je tulis kisah luar biasa ni!My Profile

    1. tehramuan says:

      yups
      biar sedang2 saja :D

  17. besar dan dalam maknanya nukilan itu ….
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Society for the Prevention of Cruelty to AnimalsMy Profile

    1. tehramuan says:

      untuk mengingatkan diri sendiri yang sering terlupa

  18. zool says:

    betul tu. besar tak semesti bahagia…
    yang penting cukup untuk diri…
    zool baru je tulis kisah SOHO yang sempitMy Profile

    1. tehramuan says:

      setuju, bro
      banyak pun kalau tak cukup, tak ada gunanya

  19. zulkbo says:

    salam..
    jadi orang nih jangan “kepala besar”
    payah nak berkawan..semua dia betul je..
    he he
    zulkbo baru je tulis kisah Hafiz Suip Juara Galaksi Mania PertamaMy Profile

    1. tehramuan says:

      salam kembali
      masalah yang besar ni bila berhadapan dengan orang yang besar kepala

  20. Seselesa manapun kita… Ingatlah keselesaan itu sementara dan besar itu hanya milik Nya ;D
    Izzuddin Fauzi baru je tulis kisah Masa Makin Sempit dan SempitMy Profile

  21. kakyon says:

    besarnya rumah en jaafar
    besar lagi rumah cik nyonya
    apa guna rumag yang besar
    jumlah anak yang di tanya

  22. iAwani says:

    ..ramai orang mahukan yang besar-besar, gaji besar, kereta besar, motor besar, jumlah artikel di blog yang angkanya besar. er .. termasuk jugak ka tu?
    iAwani baru je tulis kisah Android 4 ICS Hanya Dalam 8.5% Peranti SahajaMy Profile

  23. fiezaradzi says:

    lau semau benda besar pun, hati susah tak de makna juga..

    yg last tu paling besar dan benar…
    fiezaradzi baru je tulis kisah Piala Thomas Malaysia Lawan Afrika SelatanMy Profile

  24. Gaji besar pon bukan ukuran… Kalau hati xde sinang :P
    Melatiqistyna baru je tulis kisah Korean Movie – My WayMy Profile

  25. bayar habis dapat geran
    kereta idaman dalam pesanan
    besar harapan besar sandaran
    Semoga Allah permudah urusan

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    diy repair door trim kereta
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Diy Repair Doortrim keretaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun