petang semalam kisah terjadi
bertentang mata bro sangilapi
dari johor berkunjung kemari
datang menyapa hamba di sini
berjumpa lagi di malam hari
kami berborak di mamak spicy
dnobiz dan akmal sama sertai
sedar tak sedar jam satu pagi
mereka bertiga masih muda
hamba seorang sudah berusia
mereka masih belum berpunya
hamba pula sudah berkeluarga
tidak tersangka tanpa terduga
sesekali anugerah hadir menerpa
dapat bertemu bertentang mata
syukur hamba kepada yang esa
Itulah kali pertama saya berjumpa dengan sahabat blogger. Mulanya rasa macam tak percaya pula. Apa yang pasti, ada banyak bayangan yang kita bina di fikiran selama ini sebenarnya salah. Maklum sahaja hanya kami berkenalan di alam maya. Bertemu dan berhadapan memang dapat menjelaskan segalanya.
Terima kasih banyak-banyak kepada saudara Sangilapi, dnoBiz dan Akmal yang sudi menjemput saya minum sambil borak-borak. Harap-harap dapat berjumpa lagi di lain tempat dan ketika.
Demikian kisah 'Bertemu Rakan Blogger' yang sempat Mr TehR tulis untuk kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan untuk Mr TehR boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.
Tweet


wah.. bestnya..
dari dunia maya ke dunia realiti..
Mus recently posted..Gambar Minum Sedap Di Mukah – Jus Cinta
memang sangat bagus, mus
satu pengalam baru ni
saya pula tak pernah lagi jumpa rakan blogger
Mus recently posted..Industri Membuat Sesar Unjur Di Pulau Bruit- Daro
salam..
suka dgn ayat bro yang ni “bertemu dan berhadapan memang dapat menjelaskan segalanya”
kata org dah jumpa baru dpt tafsir orgnya bagaimana… heee blum kenal blum tahu heeee
kalau terserempak kawan masa belajar dahulu
memang banyak perubahan kan?
mungkin apa yang kita lihat pada gambar rakan blogger di blog tak memadai dengan berjumpa secara bertentang mata..
tehr pun rasanya tak pernah tunjuk muka di blog..
sesekali buatlah kejutan..
manalah tahu berselisih di jalan.. bolehlah bertegur sapa
Mus recently posted..Stesen Kuasa Arang Batu Di Mukah
menarik betol pantunnye..bole mnceritakan sgala
dr tak mahu cuba berpantun ke?
cuba le sesekali nanti
Memang kagum dgn kehebatan saudara tehr berpantun…mmg best!
hafizmd recently posted..Tak belajar kat sekolah ke
wah mesti seronok ye jumpa rakan blogger..cik tom pernah join 2x gathering blogger di terengganu..mmg happening…
cik tom recently posted..Blog Under Construction
pengalaman baru tu, cik tom
semoga semakin erat lah silaturrahim…

kakyong recently posted..Tips untuk anak cepat membaca ade yang sudi kongsi!
insya allah, kakyong
bro… bile nak datang KL lak? hoho
kaizen recently posted..GeMPa BuMi JePuN 7 APRiL 2011 MaLaYSia STiLL SiBuK DeNGaN PoRN
ada tu nanti ketikanya, bro
insya allah
wah,
jumpa 3 0rang sekaligus,
tu dah dikira bagus!!
kih3 aku pernah jumpa Belalang je,
melalak anak dia masa 1st time tengok aku,
muka macam penjenayah agaknya kih3
memang tak tersangka tu, bro
satu anugerah yang sangat bernilai
suatu perjumpaan yang langsung tidak dirancang sebenarnya..
dnoBiz recently posted..Telur Tiruan – Cara mengenal telur tiruan
sama la Tehr satu pengalaman menarik dan csukar diterjemahkan
Ps :Imaginasi tidak seindah realiti
dnoBiz recently posted..Gambaran kiamat menurut Al-Quran
sekali lagi terima kasih, dno
wah..
seronoknya..
btuah sungguh dpt btemu blogger shebat mereka..
toyol recently posted..IMPIAN
memang bertuah, tk
tetiba je saya dapat call
x pernah lg berjumpa 4 mata dgn rakan2 blogger…selalunya di alam maya saja..
satu pengalaman baru yang seronok
kadang2 tak tahu nak cakap apa2
kadang2 cakap ntah apa2
hahaha
aci pulak letak ‘spicy’? hehe..!
tips-kurus recently posted..Keli atau Sembilang Gergasi di SOGO!!
asal boleh je
lagi pun bunyinya sama kan?
boleh aje..sedap dan kena…

hafizmd recently posted..Tak belajar kat sekolah ke
Tahniah bro…sessi mengeteh mmg lama kalau memacam hal nak disembangkan…tahniah juga kpd sume yg terlibat.
Gamaknya isu2 blog la yg jadi tajuk utama…hehehe
yas recently posted..Kontroversi Loji LYNAS- Pahang
macam2 topik ada keluar, bro
biasa la kalau borak2
mesti 2 hari [lepas jam 12 dah kira hari baru]
Inilah dunia tanpa batasan.. internet memperkenalkan kita kepada yang jauh..
Donny recently posted..Live streaming anugerah bintang popular bharian 2010
betul tu, bro
sempadan semakin menipis sekarang
tiada yang mustahil sekrang ni
Mus recently posted..Stesen Kuasa Arang Batu Di Mukah
sekalipun bayangan tidak serupa,
apa pun beza diterima seadanya,
walau di mana jua berada,
persahabatan tetap kekal selamanya
tengkorak emas recently posted..Sambungan- Formula penyelesaian masalah
segala ciptaan yang maha esa
semua sempurna tiada tercela
bersyukur kita dalam menerima
hidup tenteram selama-lama
Cikgu sorry sbb bg no telefon cikgu pada bro joe sangilapi tanpa kebenaran cikgu…em muka mcm ali xpdc bro joe kan, hehe
tak kisah, mijie
terima kasih kerana temukan saya dengan joe
sayang juga mijie tak dapat bersama
tu la pasal..,

susah sangat nak jumpa si Miji ni. nak tunggu ada yang kena bakar baru dia nak turun kot hahahah
dnoBiz recently posted..Remaja terlampau – Tipu Bapa Langgan Ayam
bagus… bagus…. boleh tambah rakan…. bestnya…. kadang-kadang terfikir juga… kita selalu mengunjung rakan blogger di alam maya … di luar siapa tahu kita pernah berlaga bahu tapi tak bertegur sapa
Cik Siti recently posted..Pengalaman yang mendebarkan
tu la pasal
mungkin sekali terserempak kat mana2
malaysia ni pun bukan besar sangat
memang setuju tu tehr..
Mus recently posted..Industri Membuat Sesar Unjur Di Pulau Bruit- Daro
IM pula segan nak jumpa blogger.
pernah beberapa blogger minta nak datang rumah. IM bagi berbagai alasan. segan..
siapalah sangat IM nih!
insan marhaen recently posted..Ampunkan Aku- Tuhan!
saya juga segan sebenarnya, IM
sebab saya ni bukan lagi golongan muda belia
tapi, saya ketepikan semua tu untuk satu pengalaman baru
bila kita nak berjumpa ni?hehe
serol recently posted..Misteri Jam 12-rancangan radio yang seram
takdir menentukan segalanya, serol
insyaallah.. amin..
Mus recently posted..Gambar Makan Sedap – Udang Mukah
Dapat bertemu secara 4 mata dapat menjelaskan segala persoalan didalam benak fikiran
akubiomed recently posted..Abang Koning kembali ke zaman Dinosaur
bagus la begitu..
hubungan lebih dieratkan lagi…
ehehehee
mie recently posted..Petronas Malaysia Grand Prix F1 2011
memang banyak untungnya, mie
satu pengalaman baru juga
itu la…
belajar dari pengalaman..
ehehheeee
mie recently posted..Petronas Malaysia Grand Prix F1 2011
saya pon ada gak jumpa blogger lain tapi kejap saja pon,sebab banyak urusan.kena cepat.cukup memenuhi permintaan…
ghost writer recently posted..quis
wah bestnya dapat jumpa…. kalau turun muar, batu-pahat johor.. bagitahu lah ek.. boleh jumpa..hehe
zik recently posted..Terima kasih anjung streamyx- saya menang motor!
wah.. wakil blogger johor ni..
Mus recently posted..Industri Membuat Sesar Unjur Di Pulau Bruit- Daro
Wah… seronoknya tu, kadang2 kita tak sangka pertemuan itu boleh berlaku…
Norgadis recently posted..Apa Yang Berlaku Di Malam Pementasan Teater PERWILA
Perjumpaan blogger…, balik Sabah hari tu dapat jumpa blogger Kulanz jer. Yang lain sibuk nak menghadiri kenduri kahwin.
Sabahan Bloggers Club recently posted..We are back
Mmg satu anugerah ni…sambung silaturrahim…subhanallah…
Moga ada juga kesempatan dan peluang utk bertemu rakan2 blogger…insyaAllah
hafizmd recently posted..Tak belajar kat sekolah ke