Bersih Rumah Untuk Sambut Raya

Eh, korang dah bersih rumah untuk sambut raya? Aku dah mula sebelum puasa hari tu lagi. Tapi malangnya sampai hari ni belum juga siap sepenuhnya.

Ha Ha Ha

Malasnya aku…

***

Dalam kita semangat nak bersih rumah, kadang-kadang kita terlupa malah terlanjur membuang beberapa barang berharga. Memang tak dapat nak elak. Nak buat macam mana. Masa tu kita rasa barang tu tak berharga. Dah tak ada gunanya. Buat menyemak je!

Jadi kita ambil keputusan untuk sapu, kumpul, letak dalam beg sampah dan buang ke tong sampah. Kita dah anggap ia sampah.

tong sampah

Yalah. Kita mahu rumah kita ceria. Nampak kemas dan nampak baru. Kita tak mahu tetamu kita yang datang berkunjung kata kita simpan sampah dalam rumah. Malu la, kan?

Kemudian kita tersedar. Kita dapati ia masih satu barang yang sangat berguna untuk masa depan.

Tapi… mana nak cari lagi, kan? Dah terlanjur dibuang!

***

Isu gelandangan di Bandaraya Kuala Lumpur.

Aku harap kerajaan tak nampak pengemis dan gelandangan ini macam sampah. Benda yang patut dibuang untuk bersihkan bandar raya. Untuk ceriakan bandar dan untuk gembirakan tetamu dan pelancong yang datang berkunjung.

Tak ada kesudahannya halau pengemis dan gelandangan ini.

Orang bandar tak mahu dan halau mereka ke luar bandar. Kemudian orang luar bandar juga tak mahu dan halau mereka masuk hutan. Orang hutan juga tak mahu terima…

Nak halau ke mana lagi? Bakar saja biar jadi abu?

Sampah orang kaya tak sama dengan sampah orang miskin!

***

Insan yang ikhlas, bijak, rajin dan kreatif sentiasa dapat mengubah bahan terbuang menjadi hasil seni yang bernilai tinggi. Orang buta seni tak nampak dan tak pandang benda-benda macam ni.

TehrDemikian kisah 'Bersih Rumah Untuk Sambut Raya' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


19 Comments

  1. amirulfaiz says:

    Mungkin rumah tuan TehR ni besar, tu yang kemas dari sebelum puasa sampai sekarang, tak siap-siap lagi. Hehe. :)
    Nak buang sampah, perlu ada ilmu juga, macam orang Jepun uruskan sampah mereka.
    amirulfaiz baru je tulis kisah Berbuka Puasa di Surau – Banyak ManfaatMy Profile

    1. TehR says:

      betul tu
      nak buat apa pun kena ada ilmu
      kena ikut aturan

  2. Cik Siti says:

    Biasalah En Tehr… Bila dah dibuang lepas tu mencari balik..
    Cik Siti baru je tulis kisah Template Bayu Kenangan dari Dunia Impian FatinMy Profile

    1. TehR says:

      sebab tu la kena pikir masak2 sebeluam buat sesuatu
      kan?

  3. dja@sishaza says:

    Jangan buang orang sudah lah.. menangis nak dapatkan balik nanti ;)
    dja@sishaza baru je tulis kisah RESEPI BISKUT RAYA SEDAP DAN GEBUMy Profile

    1. TehR says:

      yups, menangis guling2 pun dah tak guna :D

  4. akubiomed says:

    Sempena sambutan Raya memang perlu bersihkan rumah sebab tetamu akan datang beraya. Lagipun boleh hindar masalah pembiakan nyamuk Aedes yang menular sekarang ini.
    akubiomed baru je tulis kisah Projek hujung minggu DIY touch up cat kereta sempena RayaMy Profile

    1. TehR says:

      kebersihan sebahagian daripada iman

  5. Eellee Nana says:

    sy pernah alami
    ingat kan dah tak guna dah barang tu, so bunag
    tgk2 sekarang tercari2 nak guna plak..alahaiiii

    apa yg penting jgn buang org dlm hiduo kita :)
    Eellee Nana baru je tulis kisah Ubat Sakit Jantung: 100% Berkesan & SemulajadiMy Profile

    1. TehR says:

      ya. jangan buang orang yang kita sayang

  6. bersih rumah hari-hari u, bukan tunggu raya je. :p
    Raihanah Ahmad baru je tulis kisah Vivix Suplemen Anti Aging TerbaikMy Profile

  7. hehe sabar…ketahanan mental ni ..ehhe
    syaifuddin alias baru je tulis kisah JIHAD : Cara Derma SMS Ke Tabung AMAN PALESTINMy Profile

  8. Padin says:

    hahahaa hari2 biasa campak je sana sini
    bila mengemas mulah jumpa barang itu barang ini..
    tilik punya tilik hapa pon xsempat siap keh3

  9. titan says:

    belum kemas rumah lagi.

    Tunggu cuti nanti. haha
    titan baru je tulis kisah Buffet Ramadhan Casa Ombak – 8 Sebab aku dan bini kena CUBA.My Profile

  10. faizal says:

    mengemas rumah mana boleh berhenti…betul tak?
    faizal baru je tulis kisah Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus IkhlasMy Profile

  11. Mohd Shubhi says:

    tak ada benda la pulak nak dibuang, semua dah dijual pada keling botol…hehe

  12. Yeen says:

    Betol betol betol.. setuju sangat! Patut ambikla dieorg bagi kursus keje ke. Bantu dieorg dengan ajar hidup berdikari dan tak hanya mengharapkan simpati. InsyaaAllah dari asik mintak jer, jadi penyumbang kepada tumbesara ekonomi negara :)
    Yeen baru je tulis kisah Tak suka MLM haram jadah? Elak diri dari jadi mangsa!My Profile

  13. hanari says:

    memang sering mengalami kejadian seperti iu. Barang yang sudah hilang susah dicari kembali.
    hanari baru je tulis kisah Manfaat Puasa Untuk Pasien DiabetesMy Profile

  14. Nurul says:

    Sama la saya. kemas rumah tak hbs2.hehe
    Nurul baru je tulis kisah Wordless WednesdayMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun