Bersih 2.0 – A Blogger View

“What do you think about this bersih 2.0? Write your own post with the same title.” Ayat terakhir yang aku salin dari blog Sabahan Bloggers Club. Tiba-tiba saja aku teringatkan sebuah lagu yang sering diajar dan dinyanyikan oleh kanak-kanak sekolah rendah sejak di tadika lagi. Jom, apa kata sesekali kita menyanyi sama-sama. :D

Lagu Bangun Pagi-Pagi

bangun pagi-pagi, bangun cuci gigi
mandi buang daki, badan jadi cuci

pakai baju bersih, duduk makan pagi
dengan hati kasih, sekolah kita pergi

jalan tepi-tepi, jalan cepat-cepat
sampai awal pagi, belajar biar dapat

Sebuah lagu ringkas dengan lirik yang sangat bagus. Mengajar kita agar sentiasa bersihkan diri, bersihkan pakaian, bersihkan kenderaan, bersihkan rumah, bersihkan kelas, bersihkan alam sekitar, bersihkan tingkah laku serta sentiasa bersihkan hati dan minda kita. Mahu membersihkan sesuatu juga perlu dilakukan dengan cara yang berhemat agar tidak berlaku sebarang kerosakan. Begitu, kan?

bersih 2.0 a blogger view

Tapi aku juga pernah gunakan cara kasar untuk membersihkan karat yang sudah lama melekat pada besi. Aku terpaksa gunakan semburan anti karat, ketuk dengan tukul, canai serta menggunakan kertas pasir untuk membersihkannya. Selepas itu dicat semula dengan cat anti karat dan cat kilat. Memang payah nak bersihkan karat besi ni.

TehrDemikian kisah 'Bersih 2.0 – A Blogger View' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


47 Comments

  1. aRoL says:

    salam,
    penuh berkias, tak sampai di akal untuk menterjemahkan apa yang tersurat dan tersirat…
    aRoL baru je tulis kisah eBaki MARAMy Profile

    1. Itulah.Macam kempen perhimpunan bersih pulak,hehehe.
      InfoBuahPinggang baru je tulis kisah Kegagalan Buah Pinggang Bagi Kanak-KanakMy Profile

      1. tehr says:

        sekarang ni macam2 ada, bro :D

    2. tehr says:

      yups
      tak apa, bro
      kadang2 google translate pun tersasar

    3. dnoBiz says:

      aku suka cara kiasan Tehr… :D
      dnoBiz baru je tulis kisah Peristiwa 13 Mei – Punca tragedi berdarah 13 MeiMy Profile

      1. tehr says:

        harap2 tak mengguris hati sesiapa
        amin

  2. Karat besi basikal tak melibatkan orang di sekeliling Tehr.
    Orang kata nak tarik rambut dalam tepung kena pandai jangan sampai berterabur tepung kat muka. :D
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Sabah vacation contest winnerMy Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal, sbc
      semua kena berhemat juga

      kita tak mahu nanti
      yang kalah jadi abu, yang menang jadi arang
      gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati kat tengah2

      1. Saya dah rasa dah jadi pelanduk masa 2007 dulu. Ada dalam kereta dengan kawan tersepit dalam jem. Tak tahu time tu ada perhimpunan bersih ni.
        Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Your best blogging adviceMy Profile

        1. tehr says:

          haha
          kan saya dah kata
          kancil akan tersepit kat tengah2
          masa tu naik kereta kancil ke, sis? :D

        2. hafizmd says:

          huuuh…time tuh, aku jugak jadi pelanduk walaupun duduk dalam kereta pahlawan (satria)…seksa tunggu berjam2 atas jalan raya…

          niat yg baik, tp perlu berhemah (lau tak, takkan ada kata2 ini ‘niat tak menghalalkan cara’)

          terbaik saudara tehr…ada tersurat dan tersirat…terbaik! :D
          hafizmd baru je tulis kisah Pesanan buat Kakak…My Profile

          1. dnoBiz says:

            hehe hanya manikam yang kenal Maruku, yang lain biasanya hanya tahu makan maruku je… :D
            dnoBiz baru je tulis kisah Bersih 2.0 – Bahan Letupan Dan Senjata DitemuiMy Profile

            1. tehr says:

              aku la tu, dno
              tahu makan je :D

          2. tehr says:

            aku setuju
            niat tidak menghalalkan cara
            tidak akan pernah

  3. zulkbo says:

    salam..
    dah berkarat sangat dah..
    cat tahan karat pun dah tak daya
    melainkan kita TUKAR baru je..
    amacam..jangan lupa semak
    daftar undi anda…he he
    zulkbo baru je tulis kisah Mak Cik Yam Dalam Kenangan : Al-FatihahMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      eh, aku belum semak lagi ni
      harap2 masih kekal macam biasa

  4. Nik Thoha says:

    Isu bersih telah menjadi isu besar dinegara kita. Semoga isu ini tidak akan menggugat keamanan dalam negara kita..
    Nik Thoha baru je tulis kisah Penting Tidur Yang MencukupiMy Profile

    1. tehr says:

      moga2 aman sentiasa, nik

  5. akubiomed says:

    Tidak guna Terputin lagi cepat tanggal cat tapi awas jangan terkena tangan

    1. tehr says:

      yups
      semua kena hati2
      kalau berdarah nanti, sendiri juga yang susah

      1. akubiomed says:

        Karat ini kalau masuk didalam luka boleh terkena kancing gigi

        1. tehr says:

          memang bahaya tu, bro :D

  6. sud@is says:

    tambah karat yang berpuluh tahun tentu payah kan
    sud@is baru je tulis kisah Rejab di PenghujungMy Profile

    1. tehr says:

      semuanya perlukan kesabaran, sud@is
      menyelesaikan masalah lebih payah dari membuat masalah

      1. hafizmd says:

        buat masalah mmg senang…lebih2 lagi kalau jenis baling batu sembunyi tangan :D
        hafizmd baru je tulis kisah Pesanan buat Kakak…My Profile

        1. tehr says:

          ramai yang suka main baling2 batu ni, bro
          kadang2 dorang baling ke atas
          kadang2 terkena muka sendiri :D

  7. ghost writer says:

    kata-kata kau penuh sinikal…nak bersihkan sesuatu yang sangat degil memang agak sukar.liat!
    ghost writer baru je tulis kisah sedang ikan terbang di udaraMy Profile

    1. tehr says:

      aku sekadar menaip je, ghost
      sebarang perkataan yang elok, harap semua boleh copy
      yang tak elok delete je:D

  8. shameel says:

    bersihkan benda yg kotor(najis) dgn air yg kotor. rasa-rasanya bertambahlah kotor. Tapi najis tetap kena dibersihkan juga. Tak sabar nak bersihkan ni dgn saluran undi.
    shameel baru je tulis kisah HUKUM BERSOLAT DENGAN MEMAKAI KASUTMy Profile

    1. tehr says:

      betul sangat tu
      perlu bijak memilih bahan dan alat pencuci

  9. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_—\_l__l—[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)–o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    happy 2nd anniversery

    Pergi ke hutan terlihat kera,
    Kera bergayut di atas dahan,
    Sampah bertabur kutiplah segera,
    Inilah asas menjaga kebersihan.

    menjaga kebersihan sebahagian dari iman.

    eeemmm mmg tersirat tersurat kali ni…..
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tips-tips periksa kereta untuk perjalanan jauhMy Profile

    1. tehr says:

      kera bergayut atas dahan
      terjatuh seekor terus mati
      itulah asas jaga kebersihan
      hindari kotor bersihkan hati

  10. zik says:

    bersih pada zahirnya… tapi kalau kita mikroskop, mungkin masih ada lagi kekotoran yang kita tidak nampak… wallhuallam… kita manusia biasa…
    zik baru je tulis kisah Malaysia tewas 2-3 vs taiwan, tetapi mara ke pusingan ke2 bertemu singapuraMy Profile

    1. tehr says:

      betul, zik
      perlu bersih luar dalam
      [bukan seluar dalam] :D

  11. kotoran tak boleh dibiar lama2 nanti liat nak dibersihkan, jadi terus bersihkan bila kotor

    semua org sedar pencuci yg paling berkesan..tapi berat nak membersihkan, nak cari cara yg dianggap senang tapi tambah menyusahkan

    1. tehr says:

      senang dalam kesusahan
      susah dalam kesenangan
      hehe

  12. titan says:

    emmm.bab bersih nih..payah nak cakap..
    titan baru je tulis kisah Komisen ke 42 dari Text Link AdsMy Profile

    1. tehr says:

      aku setuju
      payah nak cakap
      payah juga nak diam

    1. tehr says:

      silakan, alya
      tq

  13. yas says:

    Lepas buat demo kasi cuci bersihkan tempat tu plak yerrr…jgn tau buat sepah jerr….

    #Polis pun tgh sibuk dok “membersih”kan segala kotoran2 degil nih…hehehe
    yas baru je tulis kisah Sambungan entri nasi ArabMy Profile

    1. tehr says:

      sokong2
      jangan tau dok suruh orang je bersihkan segala :D

  14. Cikgu Hairul says:

    bab bersih atau at toharoh adalah perkara utama diajar kepada orang islam selepas syahadah.

    Kadang-kadang ada orang selesa dengan karat dan kekotoran. Bukan sikit tapi ramai yang selesa.

    Tak mandi sebulan pun takpe.. Jimat air katanya..
    Cikgu Hairul baru je tulis kisah Menjejak Artikel dan Gambar Yang DiplagiatMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      air ni masalah juga ni, cikgu

  15. dnoBiz says:

    menarik dan terbaik dari Tehr.. :D
    Tapi adakah pasti yang kuning itu karat,
    adakah kita kata itu karat kerana orang sekeliling cakap itu karat, atau keputusan yang mengatakan itu karat adalah hasil daripada ujian dan kajian tang kita buat… ???

    Ps : Jangan sampai emas disangkakan karat.. :D
    dnoBiz baru je tulis kisah Peristiwa 13 Mei – Punca tragedi berdarah 13 MeiMy Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal, bro
      harap2 mereka selidik betul2
      kalau cat, boleh je bersih dengan air
      kalau karat, payah la…

  16. maza says:

    …Oh kuning.. heheh

    sudah semacam paranoid pula..
    maza baru je tulis kisah Cinta Kulapuk dan sahabat handainya…My Profile

Leave a Reply to Sabahan Bloggers Club Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun