Bersenda

ketawaTak tahu la kalau ada orang yang tak pernah bergurau senda. Pasti tak ada kan. Bergurau senda boleh saja berlaku ketika di rumah, sambil bekerja pejabat, waktu minum teh di kantin, dalam kenderaan atau di mana sahaja. Boleh berlaku dalam kumpulan lelaki, wanita atau kumpulan lelaki bersama wanita. Biasa berlaku di antara keluarga, rakan atau sahabat yang telah biasa bersama.

Korang jangan pula nak bersenda dengan orang yang baru je kenal atau memang langsung tak dikenali. Jangan nak cari pasal dan penyakit. :D Jom kita sama-sama bernyanyi dan bersenda dengan lagu Bersenda oleh Ramli Sarip dan Sweet Charity.

bersenda mari bersenda
membuat hati gembira
asal jangan keterlaluan
kalau salah pengertian
boleh jadi pertengkaran

bersenda mari bersenda
bersenda boleh bersenda

kalau orang sedang bersenda
duduknya senang tiada fikiran
tapi jangan banyak bersenda
di waktu kita sedang bekerja

bersenda mari bersenda
bersenda boleh bersenda

Gurau senda adalah seri dalam kehidupan. Ia boleh juga terjadi antara sahabat blogger di alam maya. Kita boleh bersenda ketika meletakkan komen, berchatting atau catatan pada facebook. Ada kan? Tapi Mr Tehr memang tak suka dengan gurau senda mengenai hal peribadi, tentang kekurangan seseorang, fitnah atau cerita khabar angin.

Kadang-kadang gurau senda orang perempuan lebih dahsyat dari lelaki.

TehrDemikian kisah 'Bersenda' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


41 Comments

  1. Seri Bahasa says:

    hari lebaran makan ketupat,
    jangan gelogoh nanti tersendat;
    ingat adat kita setempat,
    kalau bersenda biar bertempat.
    Seri Bahasa baru je tulis kisah Terima Kasih SURF7My Profile

    1. tehr says:

      ketupat sotong ketupat palas
      makan bersama daging rendang
      tiadalah untung kalau bermalas
      rajin bekerja boleh bersenang

      1. surihatiku says:

        makan ketupat makanan kegemaran
        letak sepinggan lima minit habis
        gurau senda ubatkan fikiran
        buat penawar senyum pun manis
        surihatiku baru je tulis kisah Adni Adakah Ini Suratan Atau KebetulanMy Profile

    2. Mus says:

      memang betul tu..
      terlajak perahu boleh diundur..
      terlajak kata.. buruk padahnya..

  2. Cha'on says:

    bosan la kalau takda gurau senda.. takkan nak serius je sepanjang masa kan.. kalau macam tue takda istilah enjoy la dalam hidup.. :)
    Cha’on baru je tulis kisah Awas | Lokasi Permanent Speed Traps Di Seluruh Semenanjung MalaysiaMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      hidup mesti sentiasa riang gembira

      1. surihatiku says:

        suri tak reti serius tapi kekadg serius gak nulis entri erk…haaaa
        surihatiku baru je tulis kisah Mengemis Ala Jakarta, New DelhiMy Profile

      2. Mus says:

        kemurungan boleh membawa maut

  3. padin says:

    haha kat pejabat aku memang tiap hari ade je perkara yang boleh
    buat gelak.. takde jurang antara senior n junior..

    eh, bro ada kena gurau kasar ke dengan rakan blogger?
    padin baru je tulis kisah Tahniah XYZMy Profile

    1. tehr says:

      tak ada le kena gurau kasar, bro
      cuma kadang2 tak selesa dengar gurauan yang sangat tak senonoh
      ada yang dah berubah muka walau pun belum naik kaki tangan

      1. surihatiku says:

        tak kans dengas sayas kotsss.. :(
        surihatiku baru je tulis kisah Adni Adakah Ini Suratan Atau KebetulanMy Profile

  4. zulkbo says:

    salam..
    layan..lagu lama ni
    memang best Bro..
    sezaman kita..he he
    zulkbo baru je tulis kisah Tektik Terbaru Penyamun : Sembur Tayar Keluar AsapMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      kadang2 seharian layan lagu r azmi dan yang seangkatan dengan beliau :D

  5. gurau senda pompuan lebih dasyat?camne tuh :)
    alexa yussida baru je tulis kisah pic of the day: create ur own dialogueMy Profile

    1. tehr says:

      payah la nak terangkan, doc
      mungkin kerana ada kalanya kata2 mereka lebih berbisa dan tajam
      [pada pandangan saya]

  6. Juan says:

    gurau senda pompuan memang dahsyat, ni kalau ikut pengalaman saya la, hehe, mereka diam diam berisi, hehehe
    Juan baru je tulis kisah Tip MenabungMy Profile

    1. tehr says:

      bro juan pun pernah dengar dan alami gurauan orang perempuan ke?

    2. Cik Siti says:

      kalau orang pompuan dengan tangan sekali dia jalan…
      Cik Siti baru je tulis kisah Minggu yang BZMy Profile

      1. surihatiku says:

        silap haribulan kwn tgh minum dia tolak..langsng tersedk hiii
        surihatiku baru je tulis kisah Kerana Cinta Akukah Yang TerlukaMy Profile

        1. dnoBiz says:

          Macam ada pengalaman je suri :D
          Ni terkena ke terbuat ni…D

      2. dnoBiz says:

        wah bahaya tu cik siti..
        tangan tu hayun ke tonjol….???
        dnoBiz baru je tulis kisah Hukum Hudud – Hudud belum sesuai dilaksanakan ( Dr Asri )My Profile

    3. Mus says:

      berdasarkan pengalaman.. memang begitu..
      Mus baru je tulis kisah Singgah Makan Di Restoran Tanjung Puteri, RanauMy Profile

  7. Hadi Rofiee says:

    Tinggal di rumah sewa yang berbeza negeri sangat menuntut kepada bergurau senda yang berhati2. Masing2 negeri dengan cara gurau sendanya. Kadangkala apa yang dianggap gurau senda tidak kasar oleh 1 negeri dianggap kasar oleh negeri yang lain. :-)
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah Pengalaman Menjadi Pemandu PelancongMy Profile

  8. Cik Siti says:

    kalau nak bergurau ada hadnya… mana tahu boelh tersinggung… kalau jenis yang tak kisah tak pe le juga… yang jenis sensitif mahu payah nak pujuk balik
    Cik Siti baru je tulis kisah Minggu yang BZMy Profile

    1. surihatiku says:

      setuju tu..rasanya bab lain ok tapi be ware bab2 yg sensitf..ada org tak kisah ada stgh org mmg mudha naik angin huuu
      surihatiku baru je tulis kisah Muka Ketat Atau Muka JambuMy Profile

  9. Kena nyanyi sambi suara serak ehhh… barulah mcm bersenda :D
    DuluLainSekarangLain baru je tulis kisah David Beckham Mahu Keluarga Macam SayaMy Profile

    1. bEe says:

      Nyanyi apa tu bro IN???

  10. bEe says:

    Kdg2 cikgu, kena tgk juga dgn sape kita bergurau tu ;)
    Sbb bila kita bergurau dgn dia tp takleh terima dan sebaliknya….

    Ada juga yg dah bergurau & kita balas semula gurauan tu terus jadi musuh huiissshhh

  11. adele says:

    mujurlah sy ni pandai bergurau orgnya..tak adalah serius sgt.. :D
    adele baru je tulis kisah Theme, Header dan Tulip – A Thousand Thanks to NizamGhazi and AdilaMy Profile

  12. Mus says:

    rindu dengan senda gurau anak-anak di kampung..

  13. Norgadis says:

    Kalau mengenai hal peribadi, tentang kekurangan seseorang, fitnah… itu bukan lagi dikira gurau senda…
    Norgadis baru je tulis kisah Kemeriahan Jalinan Mesra Aidilfitri Tadika Islam WP LabuanMy Profile

  14. dnoBiz says:

    Bersenda biar ada hadnya…
    terutama dengan bukan muhrim lebih lebih lagi suami dan isteri orang
    dnoBiz baru je tulis kisah Lampu Solar – Bila dah Terdesak Bahan buangan pun bergunaMy Profile

  15. gurau senda pengubat hati yg tgh duka lara :D
    aktechpage.com baru je tulis kisah Tips Bersangka Baik Sesama KitaMy Profile

  16. sud@is says:

    hehe jgn gurau senda lebih2 dlm kereta sudah
    sud@is baru je tulis kisah Jangan Pandang-pandangMy Profile

  17. iwan delaroc says:

    ada yg suka gurau kasar… huhu

    pandai2 la jaga hati
    iwan delaroc baru je tulis kisah seperti biasaMy Profile

  18. akubiomed says:

    Bergurau senda tidak salah kalau kena pada tempatnya tapi asyik kena senda mahu angin satu badan :-)

  19. Gayahspears says:

    Nak bergurau pon ada batasnya :D
    Tapi Gayah suka bergurau,huhu
    Ada x selama ni gayah gurau yg sakitkan hati Bro Tehr??? kalau ade maaf ya..hihi 0-0
    Gayahspears baru je tulis kisah SemutMy Profile

  20. Khidhir says:

    err.. gurau senda perempuan yg mana yg dahsyat tu..
    Khidhir baru je tulis kisah Cara Memastikan DNS Yang Anda GunakanMy Profile

  21. ohcikgu says:

    bukan tak leh bergurau, cuma berpada-pada lah. hehe..

  22. yas says:

    setuju gak ngan bro…kenkadang senda org pompuan lagi kasor dr org lelaki….penah tgk kat opis….hehehehe
    yas baru je tulis kisah Isu Hantu Bonceng, Ahmad Idham menjawab kritikan…My Profile

    1. tehr says:

      kadang2 memang ada
      tak sanggup nak dengar rasanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun