Bersenang-senang

Hari ini selepas hantar anak ke sekolah, ingat nak bersenang-senang dengan Mrs Tehr kat rumah. Sambil layan kopi dan nasi kerabu, boleh juga berpantun-pantun dengan Mrs Tehr nanti. Lagi pun, cuti Tahun Baru Cina ni tak boleh pula nak ke mana-mana. :D

red warriors dah turun berjuang
berebut bola di tengah padang
selangor kalah kelantan menang
piala sumbangsih dibawa pulangtenang

jepun juga nampaknya lapang
piala asia mereka dah tayang
satu jaringan sekali tendang
bola masuk ke dalam gawang

wakil rakyat baru di dun tenang
calon barisan tersenyum senang
para penyokong semuanya riang
masih gelap bulan mengambang

tapi tenang tak dapat tenang
air melimpah banjir dah datang
hati gusar air mata berlinang
melihat anak bermain berenang

sarapan kasih mrs tehr hidang
mata melirik tersenyum sayang
sambil makan hati terkenang
anak gadis yang telah pulang

Dunia ini memang dicipta penuh dengan pasangan. Ada siang, adalah malam. Ada kawasan terang, ada pula yang bergelap. Ada bumi yang kering kontang dan ada juga yang dilanda banjir. Harap rakan-rakan di Johor yang dilanda banjir sentiasa berwaspada. Selamat Tahun Baru Cina untuk semua.

TehrDemikian kisah 'Bersenang-senang' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


31 Comments

  1. padin says:

    ahaha 1st ke? kih3
    sini ujan dari hari Sabtu Tehr..
    tak henti lagi, nasib baik Larkin ni kawasan tinggi…

    1. tehr says:

      dengar berita banyak kawasan kat johor banjir
      tengok2an juga budak2 tu bro
      dah menggigil tu main hujan :D

      1. padin says:

        boleh tahan juga ramai yang demam tuh, adehh

  2. mie says:

    hujan2 begini..
    seronok menenagkan fikiran..
    ehehee
    mie baru je tulis kisah Pertandingan Ratu Cantik Kanak-KanakMy Profile

    1. tehr says:

      kalau hujan berterusan, tido pun best, bro
      hehe

      1. Mus says:

        lama sangat rilek.. malas jadinya..
        Mus baru je tulis kisah Mari Tengok Design Background Theme Yang Tak Berapa Nak MenjadiMy Profile

  3. Cik Siti says:

    ada gelap ada terang
    ada kalah ada menang
    kepada sahabat yang seronok berenang
    jangan pula nyawa yang melayang

    * teringat pulak kawan-kawan kat segamat. terutama sekali di Tenang. pengalaman main banjir memang tak boleh lupa.
    Cik Siti baru je tulis kisah Kenangan Bersama dengan TersayangMy Profile

    1. padin says:

      tak berpengalaman lagi dalam banjir nih ekekee

      *kenapa xde no last blog post return ek?

    2. tehr says:

      ada angin adalah awan
      ada panas adalah hujan
      semua ada dalam kehidupan
      semuanya ciptaan tuhan

  4. zulkbo says:

    salam..
    time bemesra-mesra
    dengan mrs la sekarang
    ye..?kasih sayang moga
    berkekalan..selamat
    bercuti saudara..
    zulkbo baru je tulis kisah Bagaimana Rasanya Berada Di Carian Hadapan SERP GoogleMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      peluang macam ni bukan selalu datang, zul :D

  5. toyol says:

    emm..
    bersenang-senang kt rumah pun best jg..
    jimat belanja..
    toyol baru je tulis kisah UNIKNYA WANITA TAJIKISTANMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      sangat jimat dan sangat menyenangkan

  6. bisk says:

    ada kalah ada menang…
    ada berjaya ada gagal…
    bisk baru je tulis kisah sahabatMy Profile

    1. tehr says:

      begitulah selalunya, bisk
      semuanya berpasangan

  7. sud@is says:

    hujan dah sampai ke johor
    utara pula giliran panas
    sud@is baru je tulis kisah Bolehkah Kita MemaafkanMy Profile

    1. tehr says:

      nampak makin teruk pula banjir kat johor
      harap2 tak ada kemalangan jiwa

  8. etomyam says:

    tak sangka banjir besar pulak kat Johor tahun ni…esok ku nakbalik kg harap2 hujan tak lebat sepanjang perjalanan :D

    1. MDHAFiZ.NET says:

      aamiin…semuga selamat pergi dan selamat tiba.. eh ke aku pulak yg kena reply komen ni tehr?? bukan ko ker??
      hahaha.. :)
      MDHAFiZ.NET baru je tulis kisah FrenbookNetAnother Facebook From INDONESIAMy Profile

      1. tehr says:

        aku baru je nak reply
        ko lebih cepat :D

        memang tak best memandu dalam hujan
        lambat dan merbahaya

  9. MDHAFiZ.NET says:

    last komen utk bulan nih.. lepas nih aku akan membizikan diri lg.. hehehe.. :)
    MDHAFiZ.NET baru je tulis kisah FrenbookNetAnother Facebook From INDONESIAMy Profile

    1. tehr says:

      last? :D
      tak apa la, bro
      bila2 tak bz boleh jenguk2 lagi
      ada yang penting dan ada yang lebih penting

  10. Norgadis says:

    Selamat Tahun Baru Cina,
    esok sibuk nak buat kek untuk tahun baru cina, maklumlah keluarga sebelah mama tu berbangsa cina.

    1. tehr says:

      selamat tahun baru, nor
      buat kuih bakul ke?
      dah lama benar tak makan kuih bakul

      1. Norgadis says:

        buat kek je, tak tau pula mcm mna nak buat kuih bakul, nanti kek tu simpan kat bakul je lah hehehe…
        Norgadis baru je tulis kisah Selamat Menyambut Hari WilayahMy Profile

  11. Hadi Rofiee says:

    Alhamdulillah, banjir di Kedah telah lama pulih. Kini giliran negara sebelah selatan pula diuji. Semoga mereka semua tabah dengan ujian ini. Pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Harapnya mereka selamat semuanya. i’Allah. :-)
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah Ketegangan di Mesir &amp rakyat Malaysia di sanaMy Profile

    1. tehr says:

      semua ada hikmatnya, hadi
      moga2 mereka tabah hadapi ujian

  12. decrewz says:

    Selamat tahun baru cina jugak tuk orang2 cina, yang melayu, selamat bercuti..yeehaaa…hu3
    decrewz baru je tulis kisah Panduan Perjalanan Cuti Tahun Baru Cina 2011My Profile

  13. akubiomed says:

    Negara kita didalam keadaan aman manakala negara Mesir didalam keadaan bergolak. Macam berpasang-pasang sahaja perbendaharaan kata
    akubiomed baru je tulis kisah Sambutan majlis hari lahir rakan sekerjaMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      memang sentiasa ada pasangan, bro

  14. zik says:

    selamt bercuti bagi yang balik kg… yang tak balik kg… selamat berehat…
    zik baru je tulis kisah Mereka yang sempoi Januari 2011!!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun