Berkongsi Rahsia

Apa khabar semua? Sihat? Syukur Alhamdulillah.

Semalam hari Isnin 05112011 aku tidak menulis apa-apa entri untuk blog tehramuan ni. Korang nak tahu sebabnya? Rahsia! Buat masa sekarang ia masih aku letakkan dalam kotak rahsia. Tak tahu la bila-bila nanti rahsia tu mungkin juga bocor, secara sengaja atau tak sengaja. :D

Membocorkan rahsia. Bolehkah membocorkan rahsia kita? Terserah sahaja kepada kita untuk memberitahu orang ramai atau tidak. Itu hak kita dan diiktiraf oleh undang-undang. Tapi kalau membocorkan rahsia orang, bagaimana? Tentu sekali tidak boleh kan? Tak pasal-pasal nanti kita didakwa di mahkamah dengan saman malu.

“Ni, rahsia ni. Aku bagi tahu ko sorang je ni. Janji tau, ko tak bocorkan rahsia ni pada siapa-siapa. Janji?”

Pernah dengar ayat macam tu atau seakan-akan seperti itu? Kalau aku yang dengar, dah pasti aku akan gelak besar [dalam hati]. Rahsia tak boleh dikongsi atau dibocorkan. Kalau bocor ia bukan satu rahsia lagi. Bukan dan bukan!

danial craigDanial Craig mendakwa berjaya merahsiakan perkahwinan beliau dari pengetahuan umum. Benarkah begitu? Aku sendiri dah tahu dia telah berkahwin dengan Rachel Weisz. Mana ada rahsia lagi.  Craig sekarang sedang menyiapkan filem James Bond ke 23, ‘Skyfall’. Ini juga bukan satu rahsia lagi kepada peminat beliau.

Bila menjual diri [dunia hiburan] usah berangan mahu punya privasi. Jangan marah kalau orang ambil tahu hal kita. Juga jangan melenting kalau ada orang copy paste gambar kita dari facebook. Hal keluarga, rahsia rumah tangga atau cerita dalam selimut, jangan sekali diceritakan. Ia perlu dirahsiakan selama-lamanya.

Aku tinggalkan korang dengan serangkap pantun rahsia. [pantun ni aku tak tulis kerana ia adalah rahsia]. :D

TehrDemikian kisah 'Berkongsi Rahsia' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


61 Comments

  1. eiela says:

    pernah terbaca jugak aritu, dok gelak je la. rahsia tetap rahsia.
    eiela baru je tulis kisah Alhamdulillah.. Berita GembiraMy Profile

    1. tehr says:

      simpan dan kunci betul2 :D

  2. LadyBird says:

    mungkin lady seorg perahsia..
    lady x pernah percayakan org..
    krn yakin.. manusia waktu kite rpt.. mereka akan jadi shbt.. time kita berselsiih pendpt.. kite akan menjadi musuh.. time tu la segala rahsia tidak menjadi rahsia lagi..

    musuh kita merupakan yang pernah menjadi shbt kita..
    LadyBird baru je tulis kisah Wanita Yang Dihindari LelakiMy Profile

    1. tehr says:

      kadang2 memang macam tu, lady
      dah berselisih nanti, semua rahsia bocor

  3. bEe says:

    As Salam cikgu ;)

    Berckp ttg rahsia ni cikgu…. Susah sbnrnya kalau kita ketemu org yg mulut tempayan ni.

    Org skang ni muka nmpk mcm baik tp hati wallahualam. Kwn baik sendiri pun takleh caya skang!

    Jadinya, RAHSIA biarlah rahsia dlm hati kalau rasa perkara tu betul2 perlu dirahsiakan. Bg bEe yg dah kahwin, lbh suka berckp dgn husband ;)

    1. tehr says:

      tambah lagi rahsia rumah tangga
      jangan nak cerita pada sesiapa

  4. akubiomed says:

    Pernah cakap dengan kawan ini maklumat rahsia kemudian akan ada kawan lain menyampaikan maklumat yang sama kemudian suruh kita simpan rahsia? :-)

    1. tehr says:

      tu la pasal, bro
      memang mesti dirahsiakan selamanya

  5. ghost writer says:

    aku juga ada rahsia…

    daniel craig tuh pernah berlakon dengan aku dulu dalam filem pertamanya.

    alamak!dah tak jadi rahsia dah.dah bunyi macam cong jer.haha!
    ghost writer baru je tulis kisah menganyam awan di kaliMy Profile

    1. tehr says:

      nampaknya rahsia dah diketahui oleh james bond ni :D

  6. suri says:

    saya ada rahsia tapi rahsia saya pasal cinta heeee
    suri baru je tulis kisah Sekeras Batu Berlekuk Jua AkhirnyaMy Profile

    1. tehr says:

      rahsia cinta lagi la nak kena simpan betul2

  7. b3njy says:

    mula baca tajuk dah intresting … cam ada rahsia je yang nak dikongsikan … mungkinkan rahsia harta karu jack pairet … terus klik di side bar ..
    b3njy baru je tulis kisah KAJI SELIDIK TENTANG CONTEST DI BLOGMy Profile

    1. tehr says:

      memang ada, bro
      tapi tak boleh cakap. rahsia!

      1. b3njy says:

        janganlah macam tu … ni rahsia kita berdua je jangan bagi tahu orang lain … amacam setuju tak cikgu ?
        b3njy baru je tulis kisah KAJI SELIDIK TENTANG CONTEST DI BLOGMy Profile

        1. tehr says:

          ok. tak setuju! :D

  8. ohcikgu says:

    sebab tu malas bagitau rahsia kat orang lain. haha
    ohcikgu baru je tulis kisah Ong Kim Swee hentam WartawanMy Profile

    1. tehr says:

      bagitau aku sorang je
      aku tak cakap kat orang :D

  9. Hadi Rofiee says:

    Hehe.. pantun rahsia pun ada. :mrgreen:

    Benar. Jika di facebook, tidak semua perkara boleh dikongsikan. Ada yang perlu dirahsiakan. Maksudnya, rahsia itu perlu dirahsiakan. :-)
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah 7 Rahsia PerkahwinanMy Profile

    1. tehr says:

      tak kan ada sapa tahu pantun rahsia tu
      aku pun tak tahu :D

  10. b3njy says:

    benjy pun ada satu rahsia nak kongsi kat cikgu … nak tahu tak ?
    b3njy baru je tulis kisah KAJI SELIDIK TENTANG CONTEST DI BLOGMy Profile

  11. b3njy says:

    entah kenapa setiap orang ada rahsianya … alangkah baiknya jika tak ada rahsia kan.
    b3njy baru je tulis kisah KAJI SELIDIK TENTANG CONTEST DI BLOGMy Profile

    1. tehr says:

      semua orang tak ada rahsia?
      macam bagus je :D

      tapi tak ke serabut kepala kita nanti, bro?

  12. b3njy says:

    Dulu benjy ada rahsia tetapi telah dikongsikan 80% dengan isteri benjy perlukan ku kongsi 20% lagi kepada isteriku atau perlukah benjy menyiapkan segala baju kalis peluru sebelum 20% rahsia tu dikongsikan dengan isteri ku ?
    b3njy baru je tulis kisah KAJI SELIDIK TENTANG CONTEST DI BLOGMy Profile

    1. tehr says:

      rahsia ni, bila dah diberitahu, dah tak jadi rahsia lagi
      ada rahsia yang boleh ditukar sahaja menjadi cerita
      ada juga rahsia yang perlu dibawa sampai ke kubur

  13. fuad ansari says:

    nak komen sesuatu, tapi nantilah, sebab rahsia.. (“,)
    fuad ansari baru je tulis kisah TaK SeMua oRaNG PaNDai BaHaSa aRaB..My Profile

    1. tehr says:

      molek sangat tu
      biar je ia tetap rahsia :D

  14. Mus says:

    kalau nak buka rahsia. kena pikir 10 kali.
    Mus baru je tulis kisah Makanan Tradisional Orang Bajau (Semporna)My Profile

    1. tehr says:

      rahsia terpilih je tu, mus
      yang boleh ditukar menjadi cerita je

      1. Encik Mus says:

        memang betul tu..
        terlajak perahu boleh diundur..
        terlajak kata buruk padahnya
        Encik Mus baru je tulis kisah kkplace.info – Directory And Event ListingsMy Profile

  15. nurmisnan says:

    Nama pun james bond.. serata dunia dah tau.. hik3
    nurmisnan baru je tulis kisah Kejadian dan fadhilat di hari Asyura 10 MuharamMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      semua dah tak jadi rahsia lagi

  16. Wan Perlis says:

    tiada rahsia antara kita

    1. tehr says:

      haha
      benar tu
      rahsia bocor pun tak ada :D

  17. padin says:

    haha kalau dah bagitau, memang dah bukan rahsia la namanya, adehh
    umm betul jugak, kalau taknak orang copy paste gambar, jangan upload kat mana2, hahaha tak gitu tehr? cadang nak gak copy gambar bro (klu ada, hahaha)
    padin baru je tulis kisah Noktah Penghujung?My Profile

    1. tehr says:

      gambar aku dah ada dalam fikiran tu
      cuba lukis :D
      kartun pun ok gak

  18. Juan says:

    pantun pon nk rahsia ker, hehe
    Juan baru je tulis kisah Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda TUDMMy Profile

    1. tehr says:

      hahaha
      kali ni semua hal rahsia je :D

  19. zool says:

    Banyak rahsia diri ini yang tak de org pun yg tau.hanya diri ini dan Dia yang tahu….
    zool baru je tulis kisah Pengalaman masuk ke MRIMy Profile

    1. tehr says:

      semoleknya begitu la, bro
      rahsia tetap rahsia

  20. yas says:

    Waaaa…mana bro letak pantun rahsia tu…..ce citer sikit kat aku nihhh….he3x!!!
    yas baru je tulis kisah A.C.I.D Advance Creatif Innovation DesignMy Profile

    1. tehr says:

      tak boleh citer la, yas
      rahsia! :D

  21. Kita duduk di negara Malaysia
    Aman makmur tidak takut
    Rahsia tetap jadi rahsia
    pecah di perut jangan di mulut

    tepat sasaran anak panah
    ikut jalan mencari makan
    Rahsia disimpan jadi amanah
    bukan mudah untuk dibocorkan

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    claim insurans motorsikal langgar kereta
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip periksa kerosakan dan Servis RadiatorMy Profile

    1. tehr says:

      tarik busur melancar panah
      laju pergi sasaran tak kena
      siddiq amanah tabligh fatanah
      sifat terpuji junjungan mulia

  22. jai says:

    Kalau rahsia, sampai bilakah ianya boleh disimpan kecuali hari kiamat.. Sampai sekarang dan bila2 akan kadi rahsia.. :)

    1. tehr says:

      memang perlu simpan baik2, jai

  23. ni macam kes yang dia hentam pasal kardasian tu je .. pasal ada filem james bond baru tu macam betul2 rahsia hhehe
    sabree hussin baru je tulis kisah Dua Kumpulan Pekerja Di Kalangan Ahli DuniaMy Profile

    1. tehr says:

      memang mulanya dari situ la, bro :D

  24. faizul says:

    Entri ni serius + lawak sikit. Mula-mula nak baca jugak pantun tu, tapi rahsia!

    Hampeh tul. Hahahaha
    faizul baru je tulis kisah Berurusan dengan ‘Haters’My Profile

    1. tehr says:

      sebenarnya
      aku tiba2 jadi malas nak tulis pantun :D

  25. Rahsia says:

    [komen adalah rahsia]
    Rahsia baru je tulis kisah Thunder..Thunder..Thunder… Thundercats 2011My Profile

  26. zulkbo says:

    Salam..
    ha ha..pantun raahsia
    mana boleh jual kan..
    nak beli pun kena rahsia
    juga jawabnya :)
    zulkbo baru je tulis kisah Tornado Sebelum Dan Sesudah : Wordless WednesdayMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      nasib juga bukan entri rahsia
      kalau tidak… kosong je :D

  27. levelsatu says:

    pandai benar pakcik danial main nyorok-nyorok ye..
    levelsatu baru je tulis kisah Baddrol Bakhtiar tunggu jawapan dari KFA untuk ke Pelita Jaya FCMy Profile

    1. tehr says:

      007 tu, bro

  28. Norgadis says:

    Dah rahsia… biarlah rahsia…
    Norgadis baru je tulis kisah Resepi Kek Sarang Semut Untuk Lovely EddaMy Profile

  29. chii says:

    aduhai..banyak sangat pula berahsianya cikgu ni entri ni ya..ni mesti penangan lagu dato ct biarlah rahsia ni

  30. Norizwan says:

    Biar lah berahsia….untuk kebaikan….:)

  31. adele says:

    “apa rahsia kejayaan kau?”

    “mana boleh bg tau, nnt tak jadi rahsia lagi”

    di secret recipe:

    “encik nak order apa?”

    ” rahsialah..menu apa best?”

    ” rahsialah..nama pun secret”
    adele baru je tulis kisah Twinkle Twinkle Little StarMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun