Berkongsi Kasih

Ada sesiapa di antara rakan kita yang hidup bemadu? Semoga bahtera kehidupan yang dilayari sentiasa bahagia bersama rahmat Allah. Ada orang kata, hidup bermadu ni seperti belayar dengan satu kapal, dengan satu nakhoda tetapi mempunyai dua orang tukang masak. :D Kalau bijak membahagikan tugas, boleh sahaja nanti menikmati keindahan pulau dan batu karang di laut.

buah langsat kuning mencelah
senduduk tidak berbunga lagi
sudah dapat wordpress indah
blogspot tidak dipandang lagi

Sedih dan hiba rasa hati, hu hu hu… wa wa wa wa… Tiba-tiba saja aku terkenangkan blogspot tehramuan dulu. Tak salah kan kalau kita terkenang kekasih lama? Kekasih yang pernah mengajar kita erti kehidupan. :D Mahu rujuk semula pun tak salah juga, kan? Menyambung semula ikatan lama yang terputus. Kalau tak rujuk pun, masih tak salah juga untuk bertegur sapa atau berbalas senyum. Bukankah itu lebih baik.

angkat kain hujan tak jadi
awan berat berlalu senja
pasal kahwin nak ikut nabi
buat amal ikut nafsu sahaja

Selama ni blog blogspot tu masih kekal di situ dengan arahan untuk membawa pengunjung ke blog wordpress ni. Sekali dua kali fikir, rugi juga ia di situ tanpa apa-apa kemas kini atau entri terkini. Jadi mula la aku godek-godek, pikir-pikir apa nak buat dengannya.

tudung periuk pandai menari
menari lagu putera mahkota
barang yang lama berguna lagi
jangan dibiarkan begitu sahaja

Rasanya ok je kalau aku berkongsi kasih blog tehramuan ni. Aku cuba-cuba fikir dan buat apa yang sesuai untuk blogspot tehramuan tu dan akhirnya aku buat keputusan untuk letakkan avatar dan senarai 10 blog pengomen terbanyak yang berkomen di sini sepanjang bulan November lepas. Bulan depan aku akan tukar dengan pengomen terbanyak bulan Disember pula. Ok ke?

TehrDemikian kisah 'Berkongsi Kasih' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


31 Comments

  1. Cuai memandu mengundang padah
    kereta baru tukar lama
    hidup bermadu memang indah
    Biarlah adil lagi saksama

    pergi kelaut menagkap ikan
    untuk dijual dipasar pekan
    Yang lama jangan diketepikan
    Yang baru jangan abaikan

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    claim insurans motorsikal langgar kereta
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip periksa kerosakan dan Servis RadiatorMy Profile

    1. tehr says:

      motor baru baju pun baru
      pakai topi pergi ke pekan
      senang ria anak dan cucu
      setiap hari di dalam aman

  2. amirulfaiz says:

    Agak molek juga idea tuan itu. :)
    amirulfaiz baru je tulis kisah Makan-makan di KarachiMy Profile

    1. tehr says:

      belum tahu juga nak jadi lagu mana tu, bro
      sempat ke tidak nak urus
      huhu

  3. Encik Mus says:

    saya sekarang dah bermadu kasih..
    Encik Mus baru je tulis kisah Saya Nak Balik KampungMy Profile

    1. tehr says:

      blog baru ke ni, mus?
      tahniah kerana berjaya membuat kasih baru

  4. yas says:

    Saya masih setia dengan yang satu…tak rela bermadu kasih…hehehe
    yas baru je tulis kisah Promosi dari ProtonMy Profile

    1. tehr says:

      i tak rela u
      haha

  5. LiFe KaMi says:

    idea yang menarik tu bro,
    dari situ kita bermula jangan dilupakan yer,
    at least ada juga gunanya,
    rugi le kami tak tesenarai dalam pengomen terbanyak tu..huhu

    1. tehr says:

      sebenarnya aku masih dok pikir2 lagi ni apa nak buat
      harap boleh jadi berguna

  6. Pacifista says:

    setakat ni aku tengok kawan2 aku yang berpoligami ni memang tak berapa teratur kehidupannya.nampak mudah dalam pandangan mata tapi sukar untuk dibahagikan kasih dan sayang tu sebaiknya…
    Pacifista baru je tulis kisah Contest Gadget Impian: Like, +1, Tweet, Tolonglah…My Profile

    1. tehr says:

      hehe
      aku ada gak jumpa
      ada yang o.k, ada yang k.o

      1. Pacifista says:

        yang ok tu sampai boleh tinggal satu rumah.yang k.o tu jumpa pun tak boleh…
        Pacifista baru je tulis kisah Contest Gadget Impian: Like, +1, Tweet, Tolonglah…My Profile

  7. adele says:

    tak penah rindu pun blogspot sy tu..hehe. sbb dah import smuanya ke wordpress…jahat kannn :D
    adele baru je tulis kisah Kancil, Library dan IswaraMy Profile

    1. tehr says:

      nanti la
      satu masa, adele akan rasa rindu juga :D

  8. razlan says:

    Moga kisah hempedu hidup bermadu antara meraka menjadi panduan bagiku
    razlan baru je tulis kisah Set Lengkap Contoh Resume Dan Surat IringanMy Profile

    1. tehr says:

      ayat penuh irama ni
      moga2 kita semua beroleh rahmatNya

  9. titan says:

    hidup bermadu ni seronok. hoho..lebih kacak. haha..
    titan baru je tulis kisah Komisen ke 9 dari 701panduanMy Profile

    1. dnoBiz says:

      titan bukan setakat bermadu lagi dah… siap ada gundik Power lagi hehehe (superblog)
      dnoBiz baru je tulis kisah Aksi Ranjang – Perlukah Aksi ranjang diterjemahkan secara lakonan dalam filem ???My Profile

      1. tehr says:

        haha
        supermadu

  10. chii says:

    wuwuw..berkongsi kasih..ingtkan cikgu nak berkongsi kasih yang baru..rupa2nya..sekadar blogspot je..ehehe..
    chii baru je tulis kisah Penangan Cinta Najwa LatifMy Profile

    1. tehr says:

      masih juga guna tangga yang sama untuk naik ke rumah :D

  11. dnoBiz says:

    tempat jatuh lagikan dikenang…
    Nikan pula tempat tersungkur…
    benda lama kalau dijadikan Muzium memang bagus…
    Tapi muzium pun kena ada tambahan benda baru gak baru dapat menarik perhatian… :D
    dnoBiz baru je tulis kisah Bayi Comel – Bayi Comel dijual RM 21 ribuMy Profile

    1. tehr says:

      pasal benda/tulisan baru yg aku dok pikir ni, bro
      nak tulis apa lagi agaknya

  12. Kak Long pun ada juga jengok-jengok blog lama Kak Long tu. Tempat jatuh lagi dikenang, ini kan pula tempat bermain kata. :wink:
    Kak Long Mawar Merah baru je tulis kisah Erra Fazira yang tabah dan Aaron Aziz yang berubahMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      masih boleh diguna sebenarnya blog tu

  13. padin says:

    hehe aku pernah juga berkhemah di blogspot bro dulu, sejak berpindah pacak tiang di sini plak.. emm kalau ada masanya, boleh kemudi dua – dua blog pon, lagi cantik, :D
    padin baru je tulis kisah GESS Alumni DinnerMy Profile

    1. tehr says:

      tu la yang aku dok pikir ni
      boleh ke tidak, boleh ke tidak

    1. tehr says:

      kalau hati panas, tak sanggup nak tempuh
      baik tak payah je

  14. zulkbo says:

    salam..
    saya masih setia di sini
    tak kira apa platformnya..
    :)
    zulkbo baru je tulis kisah Ombak Rindu Yang Meletup : Sinopsis Dan Klip VideoMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun