Berita Kemalangan Jalan Raya

kemalangan jalan rayabila tiba hari raya
satu kisah sudah biasa
ada kemalangan jalan raya
setiap tahun sama sahaja

pulang dari kuala lumpur
sebelum subuh henti sahur
sepanjang malam tidak tidur
jalan raya menjadi kubur

Saya sedih dengan kemalangan yang berlaku terutama mengakibatkan kehilangan nyawa, kerajaan melalui kementerian serta agensi berkaitan berusaha secara berterusan bagi mengurangkan kadar kemalangan.
[Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak]

hidup mati tuhan tentukan
tetapi kita punya pilihan
bila memandu di atas jalan
mesti mahu ikut peraturan

bukannya ikut hati sendiri
orang yang lain tidak peduli
hingga terlupa anak isteri
di dalam kereta sama sertai

Tahun lalu lebih 6,900 kematian dicatatkan akibat kemalangan dan ia rekod tertinggi berbanding tahun sebelumnya iaitu 6,700 kematian.
[Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar]

berita kemalangan jalan raya
kisah pusara di lebuh raya
bukan satu cerita gembira
untuk tatapan sanak saudara

TehrDemikian kisah 'Berita Kemalangan Jalan Raya' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


12 Comments

  1. de engineur says:

    Tulah, bila tiba musim perayaan saya cuba utk tidak keluar memandu klu bukan hal mustahak.
    Tapi bagi yg harus balik kg tu kenalah ikut peraturan & saranan drp pihak berkuasa.
    de engineur baru je tulis kisah Use your urine to charge mobile phone!My Profile

  2. dja@sishaza says:

    Betul apa yg cikgu TehR katakan tu. Saya otw balik Ganu ni, baru je tadi tersangkut dlm kesesakan kerana ada accident motor dan kereta area Wakaf Bata…
    dja@sishaza baru je tulis kisah PETUA AGAR DAGING CEPAT EMPUKMy Profile

  3. akubiomed says:

    Faktor kecuaian manusia antara dikenal pasti punca kemalangan berlaku.
    akubiomed baru je tulis kisah Institusi perkahwinan semakin goyah.My Profile

  4. UmmiKami says:

    Salam Syawal hari ketiga…

    Tutup peti ada yong taufu,
    Hanyir plata sebelah bilis;
    Hidup mati tiada yang tahu,
    Takdir kita sudah tertulis.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Lambaian Ramadhan Gemerlap Syawal…..My Profile

  5. hafiz says:

    Kena berhati2 dijalan raya
    Selamat hari raya bro…
    hafiz baru je tulis kisah Menurunkan berat badan selepas rayaMy Profile

  6. kena lebih berhati hati… tp klu dah ajal mmg x key elak, kemalangan yg berlaku sekadar penyebab.
    the malay male baru je tulis kisah spot the difference : edisi rayaMy Profile

  7. Mohd Shubhi says:

    Memang susah naik kawal fenomena kemalangan di musim perayaan ini. Doakan moga kita selamat.
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah 5 terhebat minggu ini #10My Profile

  8. papa mifz says:

    semoga masalah kemalangan pada hari raya akan berkurangan di masa hadapan…
    papa mifz baru je tulis kisah Pagi Hari Raya di SerembanMy Profile

  9. azura says:

    pandu cermat jiwa selamat.. selamat hari raya cikgu maaf zahir dan batin
    azura baru je tulis kisah Raya Tak Lama LagiMy Profile

  10. kena bersopan santun di jalan raya tu…
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Resepi Biskut Raya Cornflake & Kurma Butter Cookies Paling SpecialMy Profile

  11. titan says:

    kena hati-hati..kena hati-hati..
    titan baru je tulis kisah Duit raya dari Jomniaga yang terakhir..My Profile

  12. Hafizul says:

    Emm selalulah berwaspada pada suasana pemanduan kita…
    Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #66 – Luahan Hati Pondok KecilMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun