Berikan Waktu Rehat

Malam ini saya gagal untuk memasuki beberapa blog yang ada memaparkan iklan dari Nuffnang termasuk blog tehramuan ini. Banyak kali dicuba masih juga tetap sama, ‘waiting for synad2.nuffnang’. Anehnya beberapa blog rakan yang tidak mempunyai iklan dari Nuffnang dapat pula dipaparkan dengan cepat dan selesa.

masa berbuka makan pengat
segelas air diminum bersama
biarkan nuffnang ambil rehat
usahlah blogger rasa kecewa

waiting for nuffnangbangun sahur di bulan terang
hidangannya gulai si ikan keli
bukan sengaja berpatah arang
besok lusa bersama kembali

Agaknya iklan-iklan Nuffnang juga seperti kita yang perlukan rehat dan ambil cuti sekaki-sekala. Sayang juga kerana masih ada beberapa Buffered Earnings [BE] yang masih leka bermain-main di blog ini.

TehrDemikian kisah 'Berikan Waktu Rehat' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


18 Comments

  1. Khidhir says:

    alamak. nuffnang rehat lak. camne nak dapat duit raya ni..
    Khidhir baru je tulis kisah Daftar Email 1 Malaysia Myemail.myMy Profile

    1. tehr says:

      nampak gaya lambat la nak penuh tabung
      huhu sabar je la

  2. zulkbo says:

    salam..
    takkan buang terus
    cuba tinggalkan satu
    script sahaja sudahlah
    dahulu bro
    zulkbo baru je tulis kisah Wordless Wednesday # 8 : Approved By MyselfMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      malam tadi, satu pun tak boleh jalan, bro
      tu yang buang habis tu

  3. Hadi Rofiee says:

    Walaupun kurang memahami beberapa perkara berkaitan dengan Nuffnang, namun diharapkan ianya akan beransur pulih. ;-)
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah #2 Wordless WednesdayMy Profile

    1. tehr says:

      sekarang dah ok nampaknya
      saya pun dah masukkan semula skrip iklan nuffnang ni :D

  4. titan says:

    samalah..aku kena gak. last2 aku buang iklan nuffnang malam tadi. pagi tadi baru aku letak balik bila dah ok..
    titan baru je tulis kisah Masalah iklan Nuffnang dan Intensif 1.0My Profile

    1. tehr says:

      kalau tak buang, memang tak siapa dapat nak baca apa pun

  5. kulanz says:

    malam tadi aku tak buka blog.. jadi tak perasan..
    tapi confirm blog akupun mesti susah nak buka sebab ada iklan nuffnang tu..
    kulanz baru je tulis kisah Penulis Blog Terdedah Kepada BahayaMy Profile

    1. tehr says:

      memang hampir pastu tu, bro
      saya cuba baca entri baru kawan2
      tapi memang tak dapat

  6. maza says:

    ah’ah la…. maza tak perasan…

    bila baca blog ni baru maza perasan…. hehehehe

    agaknya dia pun letih tu….
    maza baru je tulis kisah Satu Hari Di Hari RayaMy Profile

    1. tehr says:

      hari ni nampak dah ok
      saya pun dah pasang balik iklan tu

  7. akubiomed says:

    Biasa berlaku blog yang memasang iklan Nuffnang akan mengambil masa untuk loading. Mungkin pihak Nuff set masa untuk penyelenggaraan selepas tengah malam
    akubiomed baru je tulis kisah Wordless Wednesday #8 – Jampi pujuk anak nangisMy Profile

    1. tehr says:

      yang ambil masa tu memang tak dinafikan, bro
      tapi yang ni dah ambil dengan jam sekali :(
      memang tak mahu keluar

  8. padin says:

    hehe malam tadi sampai petang aku tak online
    so taktau le plak masalah ni.. hee blog aku pun tinggal satu je iklan :D
    padin baru je tulis kisah Cara Membuat Header FlashMy Profile

    1. tehr says:

      blog bro padin juga aku tak dapat masuk malam tadi
      pasti sebab iklan nuffnang juga

  9. ghost writer says:

    itu sudah cukup bagus.
    ghost writer baru je tulis kisah masih lagiMy Profile

  10. bEe says:

    Bulan puasa….
    Penat kot! ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun