Berfikir

Tanpa disangka-sangka gempa bumi, tsunami dan kebocoran loji nuklear di Fukushima, Jepun memberi faedah pula kepada kita semua di Malaysia. Sangat banyak dan teramat besar sekali faedahnya melebihi nilai kemusnahan yang telah terjadi.

pesanan ibu sering berlari
di kala duduk atau berdiri
ketika petang menyapa pagi
sebelum jasad dibawa pergi

fikir adalah pelita hatifujiyama
cahaya dian di kelam hari
banyak pedoman di alam ini
menunjuk arah ke kanan kiri

alam semesta memberi ingatan
rezeki umat dalam penghidupan
juga sentiasa memberi panduan
terkadang pula memberi amaran

begitu bumi uzur dan tua
ingatan diberi buat semua
apabila nafsu menjadi ketua
hancur musnah segala-gala

kerana hidup di alam dunia
bukan untuk perut sahaja
ada suara mahu bertanya
ada kasih mahu berbicara

Siapa sangka harta dan nyawa yang musnah, hilang dan tercemar dapat memberi faedah kepada semua. Kepada mereka yang mahu berfikir mengenai mula dan akhir. Kepada ahli politik yang mahu berfikir mengenai rakyat dan negara. Kepada peniaga dan kapitalis yang mahu berfikir mengenai pembeli dan pengguna. Juga kepada orang biasa yang hanya tahu mengangguk dan mengeleng sahaja.

TehrDemikian kisah 'Berfikir' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


29 Comments

  1. padin says:

    Menguatkan lagi kepercayaan kita,
    apa sahaja boleh berlaku atas kehendakNya,

    1. tehr says:

      memang begitu kehendakNya

  2. ghost writer says:

    mula berfikir apa kesannya pada rakyat malaysia dengan kemusnahan yang dah terjadi..

    apakah cukup dengan hanya kesedaran?
    ghost writer baru je tulis kisah jangan salahkan 3 stoogesMy Profile

    1. tehr says:

      sangat tidak cukup tu, bro
      tidak sama sekali

  3. suri says:

    dah terlebih canggih maka makn diri sendrilah huuu

    1. tehr says:

      harap2 negara kita pula tidak terlebih pandai :)

      1. adele says:

        negara kita pun pandai juga bak kata Rosmah “kaji dlu faktor persekitaran sblum membuat pembangunan”

        :D

        1. tehr says:

          negara kita ni kecik je, adele
          kalau 1 loji meletup, hilang seluruh semenanjung

  4. kakyon says:

    sudah terjadi kejadian begini..masih ada juga lagi negara yg nak membina logi nuklier..
    kakyon baru je tulis kisah tikam belakangMy Profile

    1. tehr says:

      rasanya tak akan ada yang nak berhenti
      memang berlumba pulak lagaknya

  5. akubiomed says:

    Saya dapat merasakan inilah adala disaster paling besar selepas apa yang berlaku di Chernobyl, Pulau Three Mile dan terkini Fukushima Daiichi.

    Kalau pencemaran radiasi tidak dibendung ia akan menjadi kawan sekitar loji tidak lagi berpenghuni lagi.

    1. tehr says:

      mala petaka untuk semua
      pencemaran radiasi memang sukar untuk dikawal kerana seluruh dunia saling berhubung

  6. mie says:

    ini satu petanda..
    beringatlah wahai semua yang hidup di muka bumi ini..
    mie baru je tulis kisah Bunga Telur VS Bunga Ferero RocherMy Profile

    1. tehr says:

      betul
      petanda yang kesekian kalinya

      1. mie says:

        walaupun begitu…
        masih ada yang alpa…
        mie baru je tulis kisah Bunga Telur VS Bunga Ferero RocherMy Profile

  7. toyol says:

    memang jelas dan nyata..
    sehebat2 teknologi manusia, hebat lagi Maha Pencipta..
    toyol baru je tulis kisah TITANIC- TENGGELAM DALAM KEANGKUHANMy Profile

    1. tehr says:

      moga2 kita adalah antara orang2 yang sentiasa bersyukur

  8. adele says:

    moga Malaysia terselamat drpd ujian sbgni…

  9. yas says:

    Bumi semakin tua…air laut semakin tinggi…tanda2 telah diberi….janji tuhan tetap ditunaikan,hanya masa yg menentukannya…..
    yas baru je tulis kisah Bila cuti sekolahMy Profile

    1. tehr says:

      harap2 kita tidak terlewat
      kan, yas? :D

  10. Cik Siti says:

    berfikirlah sebelum melakukannya kerana setiap perbuatan itu ada akibatnya… yang baik, baiklah…. yang buruk sendiri fikirkan
    Cik Siti baru je tulis kisah Malunya Cik SitiMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      kita dapat apa yang kita buat
      jangan nak salahkan sesiapa

  11. Jangan lupa untuk belajar dari kesilapan Jepun. Di mana silapnya negara maju seperti Jepun tidak ada sistem amaran untuk tsunami?
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah New Blogspot DashboardMy Profile

    1. tehr says:

      saya percaya jepun telah melakukan yang terbaik
      lebih baik dari kita di malaysia

      tapi, itu la kan? akal dan kemahiran manusia tidak sesekali dapat mengetahui apa yang akan berlaku selengkapnya

  12. Norgadis says:

    Ayam jantan menabik dada
    ayam betina bertambah semangat
    banyak petunjuk banyak petanda
    supaya kita selalu beringat.
    Norgadis baru je tulis kisah Mesyuarat Agung Peladang Unit Bukit Kalam 2011My Profile

    1. tehr says:

      ayam betina tambah semangat
      bertelur sebiji riuh sekampung
      supaya kita selalu beringat
      tidak nanti terpekik melolong

  13. Ismail N says:

    Syukur jadi rakyat Malaysia.. amin..

    1. tehr says:

      amin

      dengar cerita, amerika dah serang libya
      kacau lagi la dunia arab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun