Beregu

BereguAcara perseorangan acara beregu,
Siri Super Terbuka Malaysia;
Bertepuk tangan menyanyi lagu,
Kedua-duanya kita muncul juara.

Kejohanan Terbuka Siri Super Malaysia 2014. Datuk Lee Chong Wei muncul juara acara perseorangan lelaki. Lebih seronok buat kita bila pasangan Malaysia, Goh V Shem dan Lim Khim Wah pula muncul juara acara bergu.

Bergu?

Atau beregu? Ejaan yang bagaimana yang kita biasa tulis. Yang biasa kita gunakan?

Beli madu di rumah Busu,
Rumah Busu tiada bendul;
Tulisan bergu atau beregu,
Manakah satu ejaan betul.

beregu berpasangan (dua orang dlm satu pasukan yg bertanding): pertandingan per­seorangan dan ~ lelaki; Kamus Dewan Edisi Keempat

Aku sendiri, dalam blog ini banyak kali menulis bergu. Sangat banyak. Nampaknya selama ini aku telah menggunakan ejaan yang salah. Sedangkan ejaan yang betul ialah beregu.

Kalau dapat mencari madu,
Madu asli di pohon tualang,
Tahniah buat pasangan beregu,
Moga prestasi terus cemerlang.

Harap korang maafkan kesalahan ejaan aku. Aku juga sudah pun maafkan kesalahan ejaan aku sendiri dalam blog ini. :D

Lagi pun blog ini bukan blog tatabahasa!

TehrDemikian kisah 'Beregu' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


14 Comments

  1. guliroket says:

    yehhh!! dua-dua jadi juara!
    guliroket baru je tulis kisah Dua-dua JUARA!My Profile

  2. kakiblog says:

    beregu dalam sukan..kalau pasal nyanyi berduet!
    kakiblog baru je tulis kisah alangkah seronoknya jika goyang kaki dapat duit!My Profile

  3. Cik Siti says:

    Tahniah kepada beregu lelaki dan perseorangan..

    Semoga selepas ini ada pelapis untuk menyemarakkan lagi sukan badminton tanahair kita
    Cik Siti baru je tulis kisah Januari Penuh Dugaan… Tidur Di HospitalMy Profile

    1. akubiomed says:

      10 tahun DLCW menjuarai juara perseorangan. Satu rekod yang panjang
      akubiomed baru je tulis kisah Tak sampai seminit Milo ais licinMy Profile

  4. hafizmd says:

    Mmg best perlawanan petang tu. Dah lama tak tengok beregu Malaysia setangkas tu. Tahniah!
    hafizmd baru je tulis kisah Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.comMy Profile

  5. akubiomed says:

    Berita gembira untuk pemain beregu dan berita kurang enak hasrat status persaraa DLCW.
    akubiomed baru je tulis kisah Tapis kentut dengan seluar dalam high techMy Profile

  6. Adeh, mcm ni kawe pon mesti ada kamus dewan disebelah. Kawe pun selalu eja bergu. :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Malaysian Super League 2014: Let’s Get The Party Started!My Profile

  7. UmmiKami says:

    Apapun tahniahlah kepada pemenang… :)
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Harap…My Profile

  8. hafiz says:

    nasib ada beregu yg menang ada harapanlah malaysia nak pecahkan dominasi china
    hafiz baru je tulis kisah Anakku Yaya genap 5 bulanMy Profile

  9. tahniah buat Datuk LCW memang terbaik sejak dulu ag prestasi masih mantap
    Khairul Zamri baru je tulis kisah Dapat Duit Ke Menulis Blog?My Profile

  10. Hafizul says:

    Leh catat sejarah ni kan..hehehe..bukan selalu macam ni…
    Hafizul baru je tulis kisah Pendapatan Ke 27 Dari JobdirumahMy Profile

  11. kite baca kenapapun kau minta maaf kene tulisan kau sendir

  12. Saya memang suka tengok beregu badminton main..pantas dan tangkas
    Noriza Rahman baru je tulis kisah Halitosis Penyakit Mulut BerbauMy Profile

  13. muliani says:

    arwah aboh dulu sangat suka tngok badmitonn..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun