Bercakap Dengan Pantun

Ada pula yang tersesat melantun, dengan penuh sopan santun, mencari baris-baris ayat tersusun, bercakap dengan pantun,

Jadi, untuk tidak menghampakan mereka yang tersesat dan mengharap, aku kongsikan 2 keping gambar yang comel lagi manja untuk tatapan bersama.

Tengok gambar dua keping,
Jangan sampai mata juling.

Rasanya cukup buat memuaskan hati ghairah korang?

Dalam banyak-banyak filem Melayu lama, aku perasan ada satu filem yang bercakap dengan pantun. Dari mula sampai habis, dialognya adalah pantun dua kerat.

Aku memang tabik dengan S. Sudarmaji yang menulis dialog untuk filem ini.

Filem Panca Delima diterbitkan pada tahun 1957 oleh Malay Film Productions Ltd. Filem ini dalam bentuk hitam putih dan diarahkan oleh P. Ramlee.

Pelakon utama Filem Panca Delima ialah Jins Shamsuddin sebagai Suria Kencana, Hashimah Yon sebagai Teratai dan Udo Omar sebagai Karma.

Kisah mengenai Suria Kencana anak raja yang disumpah. Siang menjadi ular, malam menjadi manusia.

Judul awal yang diberikan kepada filem ini ialah Anak Raja Ular tetapi akhirnya ditukar kepada Panca Delima.

Ok. Jom kita bercakap dengan pantun dua kerat dalam kotak komen di bawah. Bila lagi korang mahu tunjuk bakat pantun yang sudah sekian lama terpendam.

Anak raja menjadi ular,
Korek pantun bawa keluar.

Bila malam jadi manusia,
Boleh dibaca bersama-sama.

Usah disimpan sahaja bakat menulis pantun yang dah lama terpendam. Jangan sampai berkarat nanti. :D

TehrDemikian kisah 'Bercakap Dengan Pantun' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


26 Comments

  1. Anuar says:

    Pergi ke Zoo tengok keldai
    nak berpantun memang tak pandai
    Anuar baru je tulis kisah RM335K dalam Tempoh 4 Hari atau RM900K untuk satu produk, Mana lagi banyak?My Profile

    1. TehR says:

      Pergi bersama anak isteri,
      Pantun ini dah pun menjadi.

  2. akubiomed says:

    Eh comel pula kucing bermain didalam kotak. :)
    akubiomed baru je tulis kisah Ulasan speedlight diffuser untuk kamera DSLRMy Profile

    1. TehR says:

      anak kucing dua saudara
      bermain bergurau sama-sama

  3. hehehehe…

    oi, aku di dalam…

    siapa di luar ooi?
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah mesyuarat mingguan (2) : menyelam sambil minum airMy Profile

    1. TehR says:

      buat apa kat dalam tu?
      kenapa tak buka pintu?

  4. comel kucing tu dok dalam dan luar.
    Raihanah Ahmad baru je tulis kisah Cara Merawat Bengkak MataMy Profile

    1. TehR says:

      satu di dalam satu di luar
      dua-duanya tak pakai seluar :D

  5. mohdhiruan says:

    hujan hujan sedap tido,
    apa khabar bro?
    mohdhiruan baru je tulis kisah bukan mementingkan diri sendiri, sekadar mengutamakan diri sendiri.My Profile

    1. TehR says:

      hujan turun waktu senja
      alhamdulillah sihat sejahtera

  6. jaymiee says:

    makan nasi depan pintu,
    taun rumah tengah buat apa tu?
    jaymiee baru je tulis kisah Apa itu WhoHAA? Kumpul point dan TebusMy Profile

    1. TehR says:

      makan berlauk ikan kering
      aku baru je nak blogwalking

  7. anak aku suka kartun,
    aku ni tak reti berpantun,
    blogger lelaki baru je tulis kisah Vitamin Shaklee Bagus Untuk KesihatanMy Profile

    1. TehR says:

      anak saya suka biskut
      hentam saja apa yang patut

  8. Hero Borneo says:

    saya cuma tahu…

    pecah kaca pecah gelas,
    lepas baca harap balas!
    Hero Borneo baru je tulis kisah Cara Nak Cegah Mati PucukMy Profile

    1. TehR says:

      pecah jerawat keluar darah
      sudah jawab jangan marah

  9. Cik Siti says:

    Berjalan kaki selisih bahu,
    Nak komen apa pun tak tahu.
    Cik Siti baru je tulis kisah Seisi Teh Tarik Bersama GMMy Profile

    1. TehR says:

      sakit kaki tersepak batu
      hentam saja la labu…

  10. suri says:

    kucing dan kotak tak dapat pisahkan darinya
    suri baru je tulis kisah Alexander And The Terrible, Horrible, No Good, Very Bad DayMy Profile

    1. TehR says:

      kucing masuk dalam kotak
      intai pun tak nampak

  11. suri says:

    kucing bercakap sama kotak tak mungkin ke cakap dalam hati jer
    suri baru je tulis kisah Bersyukurlah Jika Dijentik Secara HalusMy Profile

    1. TehR says:

      kucing cakap dengan kotak
      saja nak bagi tuan gelak

  12. Hafizul says:

    Ha ah..pandai pulak kucing tu berpantun yer..berapa tahun ajar berpantun tuhhh..hhaha
    Hafizul baru je tulis kisah Segment Blog Review by Syukurnya Sihat.ComMy Profile

  13. Lyn™ says:

    Kucing memang tak pernah berus gigi
    Ea eh..,tiba-tiba idea lari.
    Lyn™ baru je tulis kisah Perniagaan yang paling menguntungkanMy Profile

  14. Kak Ton mahir masak maruku
    Berpantun cairkan otak beku
    Malaysia Tercinta baru je tulis kisah Vitamin Shaklee Bagus Untuk KesihatanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun