Berbuka : Ingat Lima Perkara

kurma ajwa enak dan lazat
hidangan untuk waktu berbuka
beringat-ingat semasa sihat
sebelum sakit datang menerpa

sementara menunggu azan bergema
berehat sekejap di atas pangkin
banyak bersedekah sementara kaya
sebelum ketika datangnya miskin

bazar ramadhan singgah membeli
kuih dan lauk juadah berbuka
sementara muda sedarlah diri
sebelum tua datang menjelma

waktu berbuka tersenyum senang
ucapkan syukur kehadrat Illahi
penuhkan ibadat di masa lapang
kerana kesibukan kian menanti

makan minum sekadar cukup
jangan membazir juadah berbuka
berbuatlah amal ketika hidup
sebelum ajal datang menerpa

“Ingat lima perkara sebelum datangnya lima perkara iaitu sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, muda sebelum tua, lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati.”

TehrDemikian kisah 'Berbuka : Ingat Lima Perkara' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun