cahayacinta pondokkecil bayuk3nangan
tak kenal maka tak cinta
akubiomed pondokkecil apacerita
tehramuan

Berbalas Pantun | Terengganu VS Negeri Sembilan

Acara berbalas pantun dimulakan oleh Pasukan Negeri Sembilan kerana mereka merupakan Naib Juara Piala Malaysia 2010 selepas kalah kepada Kelantan. :D

Buah jambu jatuh ke parit,
Terus sahaja hanyut ke muara;
Kalau terengganu rela sakit,
Cubalah datang ambil piala.

Makan lokan terpilih-pilih,
Makan tebu patah gigi;
Negeri sembilan usah berdalih,
Silalah tunggu malam nanti.

piala-malaysia-2011

Tiba giliran Pasukan Terengganu, Juara Piala Malaysia 2001 pula menjual pantun kepada Pasukan Negeri Sembilan, Juara Piala Malaysia 2009.

Penyu bukan sebarang penyu,
Penyu tidak menangis lagi;
Gganu bukan sebarang gganu,
Gganu mengamuk penuh seni.

Kakap bukan sebarang kakap,
Kakap dasar dari kolam;
Cakap boleh sebarang cakap,
Cakap besar nanti tenggelam.

Tepuk. Tepuk. Dalam dewan berbalas pantun mereka hanya tepuk tangan je. Dalam Stadium Shah Alam malam nanti, mungkin lain pula jadinya. Maklum saja, penonton Malaysia ni memang selalu baling macam-macam objek kalau menonton perlawanan bola sepak. Kan? Kan?

TehrDemikian kisah 'Berbalas Pantun | Terengganu VS Negeri Sembilan' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



28 Comments

  1. kakyong says:

    siapa jua yg bakal menang nanti.. didahulukan dgn ucapan Tahniah..
    kakyong baru je tulis kisah Masalah Pembelajaran – DisleksiaMy Profile

  2. yas says:

    Disebabkan Pahang tak layak…maka pasukan pilihan aku malam ni ialah Ganu kite..pantai timur yeahhh…hehehe
    yas baru je tulis kisah Menarik!!! ~ Band Padang Jambu,Dungun.My Profile

    1. tehr says:

      kelantan juga dah terkeluar
      dan terengganu pula dah kalah
      huhu

  3. titan says:

    sape menang malam ni..diorang la paling kacak. hehe..
    titan baru je tulis kisah Naruto dan Musang Oren Sembilan ekorMy Profile

    1. tehr says:

      hairudin omar la tu :D
      tahniah untuk n9

  4. Jai says:

    Yang penting, x mao la gaduh2… Adt bersukan ada kalah dan menang..
    Jai baru je tulis kisah Siaran Langsung Final Piala Malaysia 2011 Terengganu Lwn Negeri SembilanMy Profile

    1. tehr says:

      nampak ok je tadi, jai
      game pun bagus

  5. Pacifista says:

    biasanya yang cakap besar ni yang akan kalah,macam MU aritu :P
    Pacifista baru je tulis kisah Kucing ComelMy Profile

    1. tehr says:

      haha
      memang benar la kata orang
      gganu dah kalah

      1. Pacifista says:

        jadi berhati2 la bila bertutur tu :)
        Pacifista baru je tulis kisah Pendekar Laut, Wira Tunggal FinalMy Profile

    2. chii says:

      chii setuju…
      tu yg terjadi bila ramai yang meramal..ganu menang..tp last2..n9 yang sapu..ehehe
      chii baru je tulis kisah cuti2 malaysiaMy Profile

      1. tehr says:

        memang tak ada rezeki pasukan terengganu ni
        dah dekat sangat dah dengan piala

        1. Pacifista says:

          rezeki tu kat tangan Allah.walaupun menang kat tangan kelantan dan selangor,takkan menang dengan negeri 9 dengan izin Allah.marah kat keeper sebab cuai pun tak guna :)
          Pacifista baru je tulis kisah Pendekar Laut, Wira Tunggal FinalMy Profile

          1. tehr says:

            aku setuju sangat
            tak usah marah2
            tahun depan boleh cuba lagi dengan lebih baik

  6. padin says:

    opsss pembetulan tu, perenggan pertama baris kedua
    “naib juara piala Malaysia 2010″ :D
    padin baru je tulis kisah Liga Super Asrama 2003My Profile

    1. tehr says:

      :D
      thanks, aku dah betulkan
      nampaknya tahun ni n9 juara piala malaysia

      1. padin says:

        kesilapan sikit je,
        memang bawak padah..

  7. ghost writer says:

    aku tunggu keputusan perlawanan baru nak komen.

    sedikit kesilapan terus akan dihukum.itulah badluck untuk team Ganu.

    Sang Penyu menangis!
    ghost writer baru je tulis kisah tuhan benarkan kamu memakikuMy Profile

    1. tehr says:

      kesilapan yang perit untuk dikenang
      sabar je la…

  8. titan says:

    kan dah aku kata..negeri sembilan menang. hehe..
    titan baru je tulis kisah Hairuddin Omar paling kacak malam ini.My Profile

    1. tehr says:

      dan mereka semua sangat kacak malam tadi
      tahniah

  9. zulkbo says:

    salam..
    TAHNIAH buat pasukan dan
    orang Nogori-9 menang lagi
    tahun nih..tahun lepas naib
    juara je..ada peningkatan tu :)
    zulkbo baru je tulis kisah Negeri Sembilan Di Nobatkan Juara Edisi Ke-85 Piala Malaysia 2011My Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      memang bagus mereka ni di piala malaysia
      3 tahun berturut di akhir

  10. zik says:

    terengganu walaupun dah leading… tetapi disebabkan bola itu bolat… mengatasi segalanya… tahniah negeri sembilan
    zik baru je tulis kisah Negeri 9 juara piala malaysia 2011 kali ke 3!!!! Tahniah WeyhMy Profile

    1. tehr says:

      n9 memang lebih baik, zik
      tahniah

  11. Sana sini org tulis pasal Malaysia Cup.. Dah abis idea kawe nak komen bro :D Apa-apa pun tahniah N9
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Gambar Untuk Web Dan Gambar Untuk CetakanMy Profile

  12. Mus says:

    terlambat pulak aku dengan entri ini..
    n9 dah menang.. huhu..
    Mus baru je tulis kisah Lobster Harga Murah Di Pulau Jambongan, Paitan, SabahMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar