Berbalas Pantun Dengan YB

Untuk tahun 2011 ini, satu dah lepas dan ada dua lagi yang sedang menunggu giliran. Pada 30 Januari 2011 pilihan raya kecil [PRK] Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang (N05), Johor telah berlangsung dalam banjir. Mohd Azahar Ibrahim (BN) telah berjaya menewaskan Normala Sudirman (PAS).

Pada 6 Mac 2011 nanti akan berlangsung pula PRK DUN Merlimau (N27), Melaka berikutan kematian ADUN Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lalu. Belum tahu lagi siapa lawan siapa kerana tarikh penamaan calon hanya akan diadakan pada 26 Februari 2011 nanti.

Kini kerusi DUN Kerdau (N28), Pahang pula kosong ekoran kematian Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari 2011. Nampak seperti PRK ini tidak mahu berhenti rehat, belum pun selesai satu PRK datang lagi PRK yang lain.

spr berbalas pantunSekali hujan pasir berubah,
Air tenang menuju muara;
Datuk yb jemputlah singgah,
Ada soalan kami nak tanya.

Anak kerbau menangis hiba,
Perut kembung ibunya mati;
PRK merlimau menjelang tiba,
Jalan kampung cantik berseri.

Inilah tujuan sebenar entri ini. Ruangan Pantun Pilihan Dari Sahabat sekali lagi mengisi kesempatan. Kali ini setiap pantun perlu mempunyai salah satu perkataan ini, Tenang, Merlimau atau Kerdau. Ingin benar nak lihat dan dengar calon-calon YB berbalas pantun ketika berceramah nanti. :D

Bagaimana mahu menulis pantun boleh disemak pada entri saya yang lepas. Bahagian PertamaKedua dan Ketiga. Saya harap akan menerima pantun terbaik daripada kawan-kawan dan pengunjung sebelum 19.02.2011 jam 11.59 malam.

TehrDemikian kisah 'Berbalas Pantun Dengan YB' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


32 Comments

  1. Zik says:

    tak henti2.. pilihanraya… lepas pilihanraya .. minyak naik harga???
    Zik baru je tulis kisah Teknik penyamaran ikan sebelah “the flounder fish”My Profile

    1. tehr says:

      tu la, zik
      lepas prk tenang hari tu, terus je petrol naik harga

  2. Air yang tenang ada buaya,
    Buaya merlimau bujang kerbau,
    Jadilah YB kalau nak kaya,
    Kita jumpa di Pilihanraya Kerdau….

    Hahahahahahahaha…. :D :D :D
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Join this blog for a blog reviewMy Profile

    1. tehr says:

      jom pakat jadi yb
      cepat jadi kaya :D

  3. tips-kurus says:

    Undilah dengan bijaksana:)
    tips-kurus baru je tulis kisah Waktu Tepat Buang Lemak JahatMy Profile

    1. tehr says:

      masa nak pangkah tu
      cuba agak2 kejap
      lepas ni nanti yb ni akan datang ke tidak jenguk kita
      atau nak kena tunggu 5 tahun lagi

  4. Ismail N says:

    pagi-pagi pergi kuala
    ingin memancing si ikan keli
    amalan demokrasi Malaysia sudah terlaksana
    16 pilihanraya kecil menjadi bukti

    gasak je ni cikgu he he :D

    1. tehr says:

      tak apa, gasak je
      jangan bergasak pada hari penamaan calon dah la

  5. padin says:

    Jalan di hutan terjumpa harimau,
    berlari laju sepantas kilat,
    siapa pun bakal YB Merlimau,
    harap nanti menjaga amanah rakyat.

    1. tehr says:

      betul tu, bro
      jaga amanah, jangan jaga geng je

  6. Cik Siti says:

    Dulu Tenang kini Merlimau
    Keduanya tempat Cik Siti bermanja
    menyusul pula pilihanraya kerdau
    laksanakanlah tanggungjawab bersama
    Cik Siti baru je tulis kisah SELAMAT PENGANTIN BARUMy Profile

    1. padin says:

      memang hebat cik siti berpantun ya, hehee

    2. hafizmd says:

      hebat sungguh cik siti berpantun…memang kenalah gayanya..
      hafizmd baru je tulis kisah Pok De dan cicak tokek…My Profile

    3. tehr says:

      mana2 yang belum daftar tu, elok la berbuat demikian
      pru nanti boleh laksanakan tanggung jawab

  7. suri says:

    ya piliha semua ada d tangan anda hee..

    1. tehr says:

      pilih yang terbaik daripada yang baik

  8. hafizmd says:

    YB Tenang sudahlah diundi
    Kini Merlimau sedia menanti
    Siapa sahaja calon pengganti
    Biarlah molek akal dan budi
    hafizmd baru je tulis kisah Pok De dan cicak tokek…My Profile

    1. tehr says:

      betul tu, bro
      orang berbudi kita berbahasa
      rakyat mengundi YB bekerja

  9. etomyam says:

    air yang tenang jangan disangka tiada buaya,
    kat tenang baru habis pilihanraya… huahuahua pantun ku :D
    etomyam baru je tulis kisah Blog Dan Strategi Laut BiruMy Profile

    1. tehr says:

      kerdau juga akan pilihanraya
      sebarang pantun boleh terima :D

    2. dnoBiz says:

      hahaha
      pantun dua kerat
      dnoBiz baru je tulis kisah Pelakon Gangster – Dua lagi lelaki serah diriMy Profile

  10. akubiomed says:

    Sudah makin kerap pilihanraya kecil
    akubiomed baru je tulis kisah Angka pertama didalam kehidupanMy Profile

    1. tehr says:

      kesempatan rakyat melupakan kesan dari kenaikan harga barang

  11. kulanz says:

    elok juga tu buat acara berbalas pantun dengan YB.. mesti ada yang jadi tak tenang tu :D
    kulanz baru je tulis kisah Ketahui Siapa Membuang Anda daripada Senarai Rakan FacebookMy Profile

    1. tehr says:

      kalau tak dapat jawab pantun
      jangan benarkan berceramah
      hehe

  12. ghost writer says:

    pilihanraya sudah bermula di merlimau
    aku lebih suka santai sambil makan limau
    di kerdau pun pilihanraya sudah bermula
    tapi aku kena buat kerja semula…

    pilihanraya is pilihanraya
    kedua tempat aku rasa umno berjaya
    ghost writer baru je tulis kisah so keep breathingMy Profile

    1. tehr says:

      ikan tenggiri dalam perahu
      belum mengundi belum tahu :D

  13. zulkbo says:

    Kalau padi katakan padi
    Tidak saya tertampi tampi
    Kalau jadi katakan jadi
    Kami di Merlimau dah termimpi mimpi

    Sorong papan tarik papan
    buah keranji di dalam perahu
    Tenang menang BN kekalkan
    Kerdau nanti siapa yang tahu

    Tanam pinang rapat rapat
    biar puyuh senang berlari
    Apa pengundi akan dapat
    Janji janji harapan jauhari
    zulkbo baru je tulis kisah 5 Perkara Yang Perempuan SukaMy Profile

  14. mie says:

    jom mengundi sambil bekerja..
    eheheeeee
    mie baru je tulis kisah Contest – Kisah Pelaut Terlampau PilihanMy Profile

  15. toyol says:

    haha.. TK terlmbt sudah..
    tutup dh sesi pantunnye..
    bnyk sungguh pilihanraya kcil akhir2 ni ye..
    smua nk pkai duit tu untuk kempen..
    hrp yg terpilih jd YB mmg orang yg layak..
    toyol baru je tulis kisah CONTEST BESDAY KAD UNTUK SAFIYYAMy Profile

  16. dnoBiz says:

    aku memang jauh terlepas…
    dnoBiz baru je tulis kisah Pelakon Gangster – Dua lagi lelaki serah diriMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun